Cara memancing lobster sebenarnya tidaklah susah sangat. Apa yang penting ialah menyediakan perambut mata kail yang khusus.
Perambut khusus tersebut ialah perambut cabang atau Y dengan empat mata kail berangkai sebagaimana gambarajah yang disertakan ini. Pilihan mata kail yang efektif ialah dari jenis wormer hooks.
Perambut yang disarankan adalah jenis monofilament dengan ukuran diameter 0.28mm.
Teknik pancingan adalah pancingan dasar dengan menggunakan pemberat atau batu ladung hidup kecil yang dimasukkan ke tali utama.
Ads
Saiz batu ladung bergantung kepada kelajuan arus. Tidak perlu terlalu besar tetapi pastikan ia tidak dihanyutkan oleh arus dengan mudah.
Pemilihan joran memadai yang tidak terlalu kaku dan reel berukuran kecil saja. Setup ultralight fishing pun boleh digunakan untuk memancing lobster.
Panjang joran disesuaikan dengan spot memancing kerana lobster biasanya bersembunyi di balik karang.
Ads
Umpan seperti udang hidup atau segar, hirisan ikan segar atau sotong segar boleh digunakan untuk memancing lobster. Apa yang penting, umpan perlulah dihantar tepat ke kawasan berkarang ini.
Memandangkan lobster adalah haiwan nokturnal yang aktif pada waktu malam maka waktu yang tepat untuk memancing lobster adalah ketika bulan tidak bersinar pada malam hari.
Ads
Ketika malam gelap pekat lobster akan keluar dan lebih aktif mencari makan. Lobster sangat sensitif terhadapan cahaya maka dari itu kurangkan penggunaan lampu suluh dan jangan gunakan lampu suluh yang terlalu terang untuk memilih spot.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pancingan mengunjun atau jigging merupakan teknik khusus sukan memancing bagi memburu ikan pelagik mahupun demersal. Terdapat pelbagai spesies ikan demersal namun dalam sukan memancing jigging yang berkonsepkan pancingan ikan dasar, terdapat beberapa spesies yang menjadi sasaran utama.
Kerapu Pisang / Sunoh
Dalam disiplin jigging ia merupakan spesies tangkapan impian berikutan kesukaran untuk mendapatkannya, khususnya di perairan Selat Melaka yang merupakan padang pancing utama jigging perlahan. Memperoleh spesies bersisik cantik ini sebenarnya lebih kepada kepuasan bukan kerana kudrat melawannya.
Info Kerapu Pisang
Nama saintifik: Plectropomus leopardus
Nama Inggeris: Common coral trout, leopard coral grouper
Nama tempatan: Sunoh, kerapu pisang, kerapu bara, kerapu bintang
Kerapu ini dapat dikenali menerusi badannya yang dilimpahi titik biru kecil. Bulatan cincin biru yang tersendiri di sekeliling mata. Dan sirip pektoral yang polos tanpa warna. Ia mampu membesar sehingga 120 cm panjang namun saiz yang lazim didapati sekitar 35cm sahaja.
Mandi Abu / Kaci
Dalam disiplin jigging, spesies ini hampir tidak tersenarai dalam buruan utama berikutan ia pernah dianggap tidak membaham jig kecuali jig yang ‘berumpan’. Namun tentangan yang diberikan kaci sehingga ke permukaan membuatkan ia kini menjadi spesies yang ingin diburu.
Info Kaci:
Nama saintifik: Diagramma pictum
Nama Inggeris: Grunts (sweetlips)
Nama tempatan: Kaci, mandi abu
Ciri-ciri untuk mengenali kaci atau mandi abu ini memiliki 9-10 duri pada sirip dorsal, 20-24 tompok sinar lembut. Kaci juvana atau sub dewasa memiliki tompok atau jalur. Ia mampu membesar sehingga 100 cm namun saiz biasa yang ditemui sekitar 45 cm.
Ruby Snapper / Kerisi Bali
Satu-satunya spesies idaman penggemar segmen pancingan jigging yang hanya boleh ditemui di perairan Sabah dan Sarawak. Ikan ruby snapper pada awalnya dikenali melalui hasil penangkapan ikan komersil menjadikannya banyak tersedia untuk umum.
Ketika itu kebanyakan pemancing rekreasi tidak biasa dengan spesies ini kerana habitat airnya yang dalam. Walau bagaimana pun ia tidak kekal sedemikian berikut bantuan moden kekili elektrik… dan kini melalui teknik jigging perlahan.
Info Ruby Snapper:
Nama saintifik: Etelis carbunculus.
Nama Inggeris: deepwater red snapper, deepwater snapper, jobfish, queen snapper, red snapper, ruby-colored snapper fish, snapper atau squirrelfish snapper.
Nama Melayu: Kerisi Bali
Spesies marin benthopelagic ini hanya boleh ditemui pada kedalaman 90-400meter atau pada kebiasaannya 200 – 350 meter.
Spesies Etelis carbunculus dikatakan mencapai usia matang apabila mencecah 61 cm. Ia mampu mencapai panjang maksimum sehingga 127 cm dan tempoh usia sehingga 32 tahun.
Jenak / Jenahak
Dalam disiplin jigging, ia merupakan ‘ikan sisik’ yang berada di ranking paling atas dalam spesies buruan utama. Bahkan dalam sesuatu trip jigging perlahan, trip berkenaan boleh dianggap gagal atau kumpau jika gagal mendaratkan jenahak berikutan ia merupakan spesies utama sasaran dalam aktiviti ini.
Info Jenahak:
Nama saintifik: Lutjanus Johnil
Nama Inggeris: Golden Snaper, John’s Snapper
Nama Tempatan: Jenahak, jenak, ungah
Ikan yang tergolong dalam keluarga Lutjanidae ini merupakan spesies yang paling popular dalam 60 genus lutjanus yang memakai nama jenahak. Ikan jenahak boleh hidup sihat dan berenang bebas di kawasan laut beriklim tropika dan sub-tropika.
Ia mampu membesar sehingga satu meter panjang dan seberat 13 kilogram. Ia mudah dikenali dengan tompok hitam bulat di bahagian belakang badannya.
Makanlah ikan sebarau secara kerap, dengan itu akan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh anda supaya tidak mudah diserang pelbagai penyakit akibat perubahan cuaca mahupun terlalu banyak aktiviti.
Membantu pembentukan otot
Kandungan protein pada ikan sebarau tergolong tinggi sehingga bila anda memakannya secara rutin, ia banyak membantu dalam proses pembentukan otot pada tubuh manusia. Oleh karena itu seringlah memakan ikan ini.
Proses pencernaan sempurna
Pengambilan ikan sebarau tidak akan mengakibatkan susah untuk buang air besar sebab dagingnya mudah dicerna, lancar serta mudah diserap oleh alat pencernaan manusia. Sehingga tidak akan mengakibatkan penyumbatan terutama dalam usus.
Memperbaiki gizi
Daging ikan kaya dengan vitamin serta mineral sehingga dapat memperbaiki gizi yang kerap ada pada negara kita ini. Maka dari itu cobalah rutin memakannya supaya keperluan gizi tubuh dapat ditampung dengan baik.
Meningkatkan kecerdasan otak
Memakan ikan sebarau setiap hari ternyata dapat meningkatkan kecerdasan otak karena didalamnya terdapat omega 3 yang membantu menutrisi otak sehingga operasinya lancar. Selain itu juga mampu meningkatkan daya ingatan anda.
Menjaga keseimbangan cairan dalam badan
Kandungan albumin pada ikan sebarau juga berkhasiat untuk menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh. Jika kondisi kadar cairan tubuh berkurang, maka protein yang masuk akan pecah sehingga tak dapat berfungsi secara normal. Oleh karena itu anda perlu memakan ikan ini.
Menaikkan selera makan
Kalau sudah bosan dengan makanan harian anda, cubalah jadikan ikan sebarau sebagai menu anda. Ikan sebarau memiliki rasa yang lazat dan boleh dijadikan pelbagai hidangan. Tekstur daging yang sangat lembut dan lemak manis akan membantu meningkatkan selera makan anda.
Air besar dan air penuh lebih kurang pukul 8.00 malam. Air surut lebih kurang pukul 11.00 pagi. Keadaan air yang penuh dan laju membuatkan pemancingan agak sukar.
Ikan-ikan besar makan umpan waktu awal pagi dan lebih kurang pukul 8.00 malam air mula naik tinggi.
2 & 17
Air masih besar dan penuh. Air mula surut pada pukul 8.00 lebih. Betul-betul surut atau surut penuh lebih kurang pada pukul 11.00 pagi.
Ikan-ikan besar mula aktif pada pukul 8.00 malam lebih dan juga pada awal pagi.
3 & 18
Air masih besar tetapi mula menurun kecil. Air lambat untuk pasang penuh dan surut pada 12.00 tengah hari. Ikan aktif lebih lewat iaitu sekitar pukul 8.30 hingga 9.00 malam.
4 & 19
Air makin kecil tetapi masih berarus laju. Air surut pada sebelah petang. Ikan-ikan besar elok dipancing pada waktu malam iaitu lebih kurang pukul 9.00 malam ke atas.
5 & 20
Air makin kecil tetapi masih berarus. Air surut pada sebelah petang. Ikan-ikan besar elok dipancing pada waktu malam iaitu lebih kurang pukul 10.00 malam dan ke atas.
6 & 21
Air makin kecil dan arus juga makin perlahan. Air surut pada sebelah petang. Ikan-ikan besar makin tipis untuk dipancing.
Peluang untuk mendapatkan pari atau senangin masih ada tetapi peluang untuk jenahak semakin sukar.
7/8/9 & 22/23/24
Air dah mula mati (pasang mati) atau tak ada arus langsung. Ikan-ikan kecil cukup banyak seperti gelama, kunyit, dan lain-lain lagi.
Peluang untuk kena ikan besar amat tipis dan atas rezeki masing-masing kalau nak kena pun. Pada waktu ini memang sesuai sangat untuk menebing di kawasan muara.
10 & 25
Air mula bergerak dan berarus. Ikan sangat galak dan aktif. Air pasang penuh awal petang. Kalau target ikan besar sesuai pada waktu pagi. Pakai umpan hidup seperti udang hidup
11 & 26
Air mula bergerak laju. Ikan juga sangat galak dan aktif. Air pasang penuh awal petang. Kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.
12 & 27
Air bergerak lebih laju dari hari sebelumnya. Ikan juga masih aktif dan galak memburu makanan. Air pasang penuh awal petang.
Kalau target ikan besar masih sesuai pada awal pagi. Air mula bergerak surut pada lewat petang.
13 & 27
Air semakin laju dan pasang besar. Air pasang penuh awal petang. Kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi. Air mula surut pada lewat petang.
14 & 28
Air semakin laju dan pasang besar. Air pasang penuh awal petang. Waktu target ikan besar juga pada awal pagi. Air mula surut lewat petang dan awal pagi.
Ikan besar mungkin ada pada lewat petang hampir senja.
15, 29 & 30
Air semakin laju dan pasang besar.air pasang penuh hampir senja. Kalau anda target ikan besar sesuai pada awal pagi dan semasa waktu senja ke awal malam sedikit. Air mula surut petang dan awal pagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...