Mata dua (double hook)
Jarum besi bercangkuk
Perambut
Mula-mula sekali buat ikatan pilihan anda untuk menyambungkan perambut pada mata kail double hook (mata dua). Kemudian cucukkan dawai tajam yang bercangkuk pada hujungnya atau jarum ke mulut ikan sehingga keluar pada pangkal ekornya.
Ads
Kemudian letakkan simpulan perambut pada cangkuk jarum dan tarik perlahan-lahan sehingga simpulan perambut turut sama keluar pada pangkal ekor ikan gelama.
Ads
Tarik simpulan perambut sehingga mata kail berada di luar mulut gelama. Pastikan point mata kail berada di bahagian atas kepala umpan bagi mengelak dari situasi tersangkut pada dasar.
Ads
Perambut mata dua umpan gelama yang sedia untuk disambungkan pada set pancing. Jika tiada mata dua, boleh saja gunakan mata kail tunggal. Ia juga berkesan namun peratus hook up lebih baik jika menggunakan mata dua.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umpan bulu ayam putih yang dahulunya umpan rahsia di kalangan tekong di perairan utara Malaysia boleh dianggap bukan lagi rahsia di kalangan kaki casting terutamanya di perairan Kedah.
Bahkan, umpan ’killer’ ini sebenarnya telah pun dipraktikkan di pulau-pulau berbatu yang lain seperti Pulau Sembilan, Perak. Saya sendiri pernah praktikannya di perairan selatan tanah air.
Apa yang menariknya, kehalusan umpan bulu ayam ini banyak diusahakan oleh pengusaha produk pancing tempatan. Ia dihias cantik dengan semburan cat putih, ditaburkan serbuk pengilat, selain dilapisi dengan epoxy untuk mengukuhkan keseluruhan ikatan bulu ayam berkenaan.
Cara penggunaan umpan bulu ayam atau bullet fly ini sebenarnya tidak banyak beza dengan menggunakan sesudu atau jig micro. Namun ia lebih banyak dimainkan di permukaan air bagi memburu spesies pelagik.
Kesesuaian Reel
Kekili spinning jenis high speed amat penting di sini. Disyorkan menggunakan kekili yang memiliki gear ratio 6:1 dan ke atas. Siri 2000-3000 paling sesuai digunakan dan ia mestilah tahan lasak dan kalis air masin. Jika bukan jenis air masin, harus membilasnya dengan segera bila tiba di daratan.
Kesesuaian Rod
Rod casting 6’ hingga 7’ paling seronok untuk digunakan. Tetapi sebenarnya penggunaan rod haruslah sesuai dengan tinggi tubuh badan seseorang. Ini kerana jika seorang itu bertubuh rendah rod 6’ atau 6’ setengah adalah sesuai. Pendek kata, hujung rod jangan sampai mencecah air.
Rod dengan kekuatan 10-20lb atau PE 05-2 adalah pilihan yang seimbang. Tetapi jika inginkan ‘lebih perlawanan’ boleh mencuba joran yang lebih ringan.
Kesesuaian Tali
Tidak kisah, apa brand yang digunakan. Asalkan ia jenis braided, kuat dan tahan lasak. Saiz 15-20 lb paling sesuai di sini. Boleh juga ingin menggunakan tali tangsi namun keupayaan hook up tidaklah sebagus jika menggunakan braided.
Perambut Pilihan
Pilih perambut jenis fluorocarbon 100%. Perambut nylon monofilament agak kurang praktikan berbanding fluorocarbon. Perambut berkekuatan 20-40lb adalah pilihan paling ideal.
Mata kail
Saiz mata bergantung kepada tempat. Biasanya mata kail no 2 digunakan. Paling penting, mata kail mestilah tajam, tahan lasak dan sedikit lembut, kerana jika tersangkut di celah batu, boleh menariknya sampai bengkok mata kail kerana paling penting dapatkan semula batu ladung yang berhias bulu ayam tersebut.
Selain dua mata, ikatan tunggal juga boleh dipraktikkan. Tali yang sesuai untuk mengikat mata kail adalah jenis braided berkekuatan 80 lb ke atas.
Pertama, yang paling penting nak pancing udang galah adalah lokasi. Kena tahu tempat udang lepak. Terdapat dua tempat utama rumah udang galah iaitu kat hulu dan hilir sungai.
Lagi satu kat kolam pancing udang. Hee… Kalau pergi mancing kat tempat lain, memang tak ada. Selepas musim tengkujuh adalah masa terbaik nak pancing si jenggo.
Oh ya, nak mancing jenggo mesti ada peralatan yang sesuai dan lengkap. Tak semestinya peralatan yang mahal dan canggih. Guna batang buluh pun boleh.
Peralatan ringan (rod udang) sepanjang 4 hingga 5 kaki adalah disarankan untuk kepuasan melayan Henjutan lembut jenggo.
Gunakan mata kail saiz 1 hingga saiz 6. Tapi kalau nak bapak udang seberat lima kilo, kena la guna mata kail yang besar! Itu pun kalau ada jenggo saiz lebih dari sekilo la.
Gunakan batu hidup saiz 5 dan 6 kalau Memancing di sungai yang berarus dan Prambut 10lb sepanjang sejengkal.
Tali utama. Yang dicadangkan adalah benang untuk mengelak putus digigit sang buntal yang biasanya berkongsi tempat dengan jenggo.
Umpan yang sesuai dan lazat sangat dicadangkan untuk hasil yang memuaskan. Jangan ingat tekak korang je nak makanan yang Lazat, udang pun nak gak! Umpun-umpun yang
dipotong kecil, hirisan jantung ayam, anak ikan, cacing tanah, udang sungai (udang putih) adalah hidangan lazat yang disukai jenggo.
Masa yang sesuai mancing udang adalah pada masa air mati (tenang) antara 7 hingga 10 haribulan dan 21 hingga 24 haribulan dalam Kalendar Islam. Mancing udang tak perlu menyamar teruk-teruk macam nak mancing kelah. Karut semua tu!
Menggunakan sampan kecil untuk memancing Jenggo adalah sangat dicadangkan untuk memudahkan beralih tempat atau ke lubuk yang agak sukar dimasuki. Pastikan sentiasa memakai jaket keselamatan kerana malang tidak berbau.
Terakhir adalah doa dan keselamatan. Telah Diketahuai satu dunia, bila ada banyak sepit biru pasti ada pengawal peribadi yang sedia memberi perlindungan dan amaran keras pada pemancing yang terlalu rakus iaitu sang bedal.
Sila berhati-hati bila memancing jenggo kerana di situ pasti ada sang bedal. Jangan tamak dan ambillah sekadarnya.
Cubalah pilih spot di selekoh atau belokan sungai terutama di kawasan yang berarus senak atau terhenti sebelum bergerak kembali. Lazimnya ikan akan menyerbu umpan yang masuk ke spot ini.
Lubuk ini biasanya boleh dikesan berdasarkan tone warna air yang lebih gelap dan pergerakan arus dalam radiusnya amat perlahan berbanding kawasan sekitarnya.
Jika terdapat banyak selekoh di sesuatu sungai, pilihlah selekoh sungai yang banyak terdapat pokok di tebingnya. Pokok-pokok ini menyebabkan kawasan sungai menjadi redup dan ikan sememangnya menggemari lokasi yang tidak terkena cahaya terik matahari secara langsung. Selain itu akar-akar pokok yang menjalar di dalam air turut menyebabkan objek hanyut tersangkut termasuk juga makanannya.
Air sungai yang mengalir dari tempat cetek ke tempat yang dalam akan mengakibatkan aliran sungai berputar membentuk pusaran. Kesan dari pusaran ke atas permukaan dasar akan menyebabkan terbentuknya lubang yang dalam atau palung. Air sungai yang membawa pelbagai material termasuk makanan ikan juga ikut berputar dan masuk lubang. Di sinilah ikan akan menanti untuk mengambil makanannya.
Pembinaan jambatan di sungai yang mana penanaman tiang di tengah sungai secara tidak langsung menjadi satu spot ikan untuk menunggu makanan yang hanyut dan tersangkut. Ia turut menjadi spot persembunyian ikan-ikan pemangsa untuk menyerang hendap mangsanya.
Pokok yang tumbang ke dalam sungai merupakan tempat persembunyian strategik ikan disebabkan arus sungai terhalang. Kesannya, arus di sebalik batang pokok akan menjadi perlahan. Sekaligus menjadi lokasi yang baik untuk ikan berehat, menunggu makanan hanyut atau juga menjadi pemangsa kepada ikan lain.
Tidak semua sungai terdapat bongkah batu besar yang menghalang arus sungai kecuali di sungai-sungai pegunungan. Lazimnya di sebalik bongkah batu itu terdapat ikan-ikan kecil dan udang serta makanan ikan lainnya. Tidak terkecuali ikan-ikan pemangsa bersaiz besar memasuki kawasan ini untuk memburu mangsanya.
Bahagian tepi sungai khususnya berarus perlahan lazimnya ditumbuhi rumput yang agak banyak. Ia menjadi lokasi kegemaran ikan-ikan kecil mencari makanan. Sesetengah ikan betina turut menjadikannya kawasan bertelur. Maka ia merupakan lubuk yang tidak harus diketepikan untuk mencuba nasib.
Kawasan sungai yang cetek dan dipenuhi dengan batu-batu kecil yang mengakibatkan arus sungai berselerak juga merupakan habitat kegemaran ikan-ikan kecil dan udang mencari makanan. Apabila ada ikan kecil dan udang maka ia akan mengundang kehadiran ikan-ikan predator juga. Jika anda penggemar gaya pancingan mengilat atau casting, ia adalah spot yang sama sekali tidak boleh diabaikan.
Sampah semulajadi seperti ranting dan daun pokok yang dihanyutkan arus lazimnya akan berhenti di sesuatu lokasi dan akan menyebabkan arus terhambat. Dengan banyak longgokan sampah yang turut membawa makanan itu sekaligus membuatkan ikan gemar berkumpul. Jadi, labuhkanlah umpan anda di kawasan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...