Dalam perkongsian ini kami akan perlihatkan cara penggunaan dan pilihan yang ada untuk membebaskan bahagian yang tersangkut. Lure retriever yang kami pilih ini sesuai untuk kegunaan bagi casting di daratan dan juga di atas bot.
Cara 1
Masukkan tali pancing ke dalam lingkaran gelung pada bahagian atas lure retriever terlebih dahulu.
Cara 2
Buka klip dawai, masukkan tali pancing dan kemudian tutup kembali klip dawai tersebut.
Cara 3
Lure retriever sedia untuk dilepaskan. Pastikan tali pancing dalam keadaan tegang ketika melurutkan lure retriever ini ke dalam air. Sekiranya memancing dari tebing, sebaiknya tinggikan hujung joran setinggi yang mampu.
Cara 4
Apabila hujung dawai menyentuh gewang, usahakan agar ia dapat mencangkuk kili gewang.
Cara menarik pada kili ini adalah alternatif awal sekiranya dawai pencangkuk tidak dapat masuk ke badan gewang. Jadi, pastikan kili atau swivel dan split ring yang digunakan berkuatan lebih tinggi daripada kekuatan mata kail.
Jika mata kail lebih kuat, berkemungkinan kili atau spling ring yang tewas sekaligus menyebabkan gewang pun lebur.
Cara 5
Sekiranya gewang tersangkut menerusi mata kail belakang, maka dawai pencangkuk boleh dihenjut memasuki badan gewang sehingga mencangkuk mata kail atau split ring. Cara menarik bahagian ini lebih berkesan dan paling kurang risiko kehilangan gewang.