Larutkan garam kasar dengan air. Terpulang sama ada untuk memanaskan air supaya garam cepat larut atau sekadar mengacaunya. Yang penting dapatkan larutan air garam yang pekat tahap kemasinannya.
Ads
Langkah 2
Bawa bekas berisi air larutan garam tersebut ke lokasi mencari cacing. Lazimnya kewujudan cacing di sesuatu lokasi dapat dilihat dengan tahi-tahinya yang melata di atas permukaan tanah.
Macamana nak kenal kenal tahi cacing tu amatlah sukar untuk kami ceritakan.
Ads
Langkah 3
Curahkan sedikit iaitu sekadar bagi air larutan garam dapat meresap masuk ke dalam lubang-lubang yang digali oleh cacing.
Kemudian curahkan ke lokasi lain pula. Biarkan kira-kira 5-10 minit untuk melihat hasinya.
Ads
Langkah 4
Jika kawasan tersebut terdapat cacing, pasti berbondong-bondong cacing akan keluar ke permukaan tanah akibat kesan larutan garam tersebut.
Sebelum ia menggali masuk ke dalam tanah yang lain, maka perlu pantas untuk mengutip cacing-cacing tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan setiap pemancing mempunyai waktu kegemaran untuk memancing. Ada yang lebih gemar memancing pada siang hari dan ada yang lebih suka pada waktu malam. Dan tak kurang juga yang siang malam memancing tanpa mengira waktu. Admin pula lebih suka memancing pada waktu malam kerana sebab-sebab berikut:
Waktu Ikan Lebih Aktif
Walaupun tiada bukti-bukti saintifik yang menyokong kenyataan ini, namun masih ramai pemancing berpengalaman yang mengakui ikan lebih aktif mencari makan di waktu malam. Hal ini mungkin terjadi akibat fenomena pasang surut dan fasa-fasa bulan yang menjadikan ikan lebih aktif dan giat mencari makan di waktu malam berbanding siang hari. Ada juga yang berpendapat ikan menjadi lebih aktif kerana suhu air yang mulai sejuk di waktu malam.
Kurang Saingan Pemancing Lain
Hal ini memang harus diakui kerana tidak ramai kaki pancing yang gemar berembun dan menahan kesejukan di malam hari semata-mata untuk memancing. Jadi, saingan anda semakin kurang terutamanya jika memancing di kawasan yang popular di kalangan kaki pancing. Justeru, potensi anda untuk mendapat hasil yang lumayan juga lebih tinggi.
Lebih Mencabar
Bagi yang gemarkan cabaran, memancing di waktu malam mesti menjadi pilihan mereka. Faktor cahaya yang terhad dan faktor-faktor lain akan menjadikan aktiviti memancing di malam hari lebih mencabar. Walaubagaimanapun, sebagai pemancing anda haruslah sentiasa mengutamakan aspek keselamatan walau di mana jua anda berada walaupun anda gemarkan cabaran memancing di malam hari.
Selamat Dari Berpanas
Umum mengetahui memancing di siang hari akan mendedahkan kaki pancing kepada ‘sunburn’ terutama jika tidak menggunakan pelindung muka dan tangan. Dengan memancing di malam hari pula, potensi-potensi untuk ‘sunburn’ akan hilang sama sekali dan anda boleh memancing dengan tenang tanpa merisaukan kulit anda terbakar dek panahan matahari.
Keindahan Panorama Malam
Bukan senang nak melihat sendiri sotong berenang-renang di tepi bot dek limpahan cahaya lampu dan bukan juga senang nak menyaksikan kelip-kelip bila anda memancing di kawasan hutan dan paya bakau. Semua ni dapat dilihat bila anda memancing di waktu malam. Jadi, kesempatan yang ada itu, anda hargailah dengan menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan.
Memancing pada waktu malam tidak sama keadaannya berbanding pancingan pada siang hari. Apatah lagi jika memancing di kawasan yang terbatas sumber cahaya seperti di sungai pegunungan, sungai jauh dari penempatan ataupun lombong tinggal. Sekiranya anda memilih aktiviti pancingan sebegini maka ada baiknya teliti panduan yang kami sediakan ini.
Torchlight
Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing. Kalau bawak lampu suluh tak bawa peralatan memancing itu dah kira tujuan lain.
Dalam pada masa yang sama, seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh terutamanya tabiat gemar menyuluh ke arah air. Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita.
Insect repellent
Insect repellent atau ubat penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan kecuali sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.
Unggun Api
Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (kalau di daratan la, jangan buat unggun api di dalam sampan!)
Pakaian Sesuai
Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan berwarna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.
Pancing Berkumpulan
Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma di sungai belakang rumah atau tepi lombong, ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
First Aid
Kenali terlebih dahulu spesis tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama. Untuk merawati sebarang kecederaan sebaiknya bawa first Aid bersama.
Sejak dari dulu lagi ikan siakap dipancing dengan teknik baling dan tarik umpan atau lebih popular sebagai teknik casting. Mungkin ada yang keliru kerana menyangka casting bermakna menggunakan kekili baitcasting. Sedangkan casting itu adalah teknik pancingan.
Memancing atau casting siakap bermula dari `tengok air’ untuk mengetahui selera dan keaktifan ikan. Selepas itu barulah mengesan kehadiran siakap bermain dan spo dia menyerang hendap. Paling syok jika berpeluang mendengar dan melihat dia menghambur dan menangkap anak ikan.
Jika nak tau ada aktiviti siakap menghambur dan menangkap mangsa… korang akan terdengar bunyi sambaran seperti BOFFF yang agak kuat.
Memancing siakap memang kena usaha lebih sikit. Ini kerana memang susah memancing dengan semata-mata bergantung kepada nasib. Kena rajin dan disiplin untuk ikut waktu air yang bersesuaian. Rata-rata guru atau sifu siakap bersetuju dengan satu pendapat… ‘jika kamu nak mancing siakap, kamu kena belajar dulu berfikir macam siakap!’
Kebanyakan sifu atau otai siakap dulunya lebih suka menggunakan tali tangsi atau mono. Malah sehingga sekarang pun mereka tetap menggunakan tangsi walaupun tali sulam (braided) lebih menguasai pasaran dan pengguna. Mereka lazimnya menggunakan tali mono berkekuatan 15-20lb.
Pilihan tali pula mereka tidak akan menggunakan tali keluaran Jepun kerana diameternya yang kecil dan tidak tahan geseran. Suatu ketika produk Maxima warna hijau menjadi keutamaan kerana amat lasak. Selain dari itu tali `cap ayam’ juga menjadi pilihan kerana harga yang murah dan kurang spring.
Biasanya para otai cuma guna untuk naikkan dalam 2-3 ekor ikan, mereka buang dan isi baru. Tali yang baru diisi dalam spool, mesti dibuang `spring’ dulu untuk elak masalah di masa depan ketika casting.
Caranya, selepas isi tali dalam spool jangan terus memancing. Ikat batu ladung saiz kecil pada hujung tali dan casting sekurang-kurangnya 50 kali… lagi banyak lagi bagus. Barulah tali takkan buat masalah seperti kusut dan sebagainya. Lebih-lebih kalau guna baitcasting reel.
Jika anda casting menggunakan gewang dan sememangnya aktif memancing, sebaiknya dibuang hujung tali kira-kira 2-3 kaki setiap kali turun memancing. Ini untuk mengelak tali yang luka akan kecewakan anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...