Jigging merupakan antara segmen memancing yang menelan belanja yang agak tinggi. Dari peralatan sehinggalah kos trip jigging, ternyata ia bukanlah hobi yang sesuai untuk semua orang.

Sekiranya anda bukan dalam golongan pemancing bangsawan, di sini kami menyediakan satu tip menyediakan assist hook dengan kos bajet.

 

Cara Menghasilkannya:

 

Langkah 1

Panjang tali (kevlar) dan saiz mata kail terpulang kepada bergantung mengikut kesesuaian jig & mata kail.

Jika tali tersebut tidak cukup tebal. Gandakan tali tersebut sehingga yakin tali tersebut benar-benar telah kuat.

Ads

Seperti gambar di bawah, saya menggandakan tali berkekuatan 80lb kepada 2 kali. Ini bermakna tali yang digunakan ini akan mempunyai kekuatan 160lb.

 

Langkah 2

Masukkan solid ring di tengah-tengah tali tersebut dan simpulkan pada satu arah.

 

Ads

Langkah 3

Kemudian masukkan shrink tube danikat pada mata kail seperti gambar di bawah.

Seterusnya, ikat tali sulam pada mata kail dengan ikatan yang anda gemari.

Masukkan shrink tube pada teras mata kail sehingga menutupi bahagian simpulan dan layurkan tube dengan api lighter.

 

Ads

Langkah 4

Kurang 5 minit untuk menyediakan assist hooks dengan kos bajet.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI