Siapa yang tak suka makan ketam nipah? Tapi untuk tangkap ketam nipah bukanlah mudah. Ketam nipah spesies bersembunyi di lubuk dan sukar untuk menangkapnya.Dalam persekitaran semula jadi, ketam nipah hidup di muka muara sungai yang berlumpur. Keluar mencari makan yang terdiri dari ikan dan hidupan air lain termasuk siput.
Jadi, perlu ada kemahiran untuk menangkap ketam nipah dengan menggunakan alat tangkul atau bento yang diletakkan umpan menggunakan ikan segar biasanya tenggiri, tamban atau kembung untuk menarik ketam nipah keluar dari lubuknya. Ketam nipah akan masuk ke dalam tangkul dan terperangkap.
Teknik menangkap ketam nipah dengan bubu ketam yang dinamakan bento atau bito sebenarnya bukanlah kaedah baru. Malah ia merupakan satu-satu aplikasi yang ada dan paling berkesan untuk digunakan.
Ads
Bento merupakan bubu ketam yang diperbuat daripada kawat dan jaring yang mempunyai pintu perangkap serta diberi tali dan pelampung. Bagi membolehkannya memerangkap ketam nipah, bento akan diletakkan umpan ikan.
Apa saja jenis ikan yang telah berbau (tidak digalakkan menggunakan umpan kepala ayam atau perut ayam kerana ia akan mempengaruhi rasa ketam yang ditangkap). Saiz bento lazimnya; panjang 590mm x lebar 430mm x tinggi 270mm.
Ads
Lokasi paling sesuai untuk melabuhkan jerat ini ialah di muara sungai di hutan bakau. Ketika air laut sedang surut ialah masa yang sangat sesuai untuk melabuhkannya. Ini kerana ketika itulah ketam nipah dipercayai aktif mencari makanan.
Ads
Selain itu, ia juga untuk mengelakkan bento hilang akibat dihanyutkan oleh arus ketika air pasang. Keadaan air surut juga memberi kelebihan untuk membaling bento jauh ke tengah air.
Ada juga cara atau kaedah menjerat ketam nipah menggunakan bot dan inilah yang kebanyakannya dilakukan oleh nelayan. Para nelayan biasanya akan mencari kawasan-kawasan strategik untuk meletakkan bento.
Bento akan diletakkan ketika air surut dan dibiarkan sehingga air surut kembali untuk melihat hasilnya. Bento tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana dikhuatiri dicuri orang atau diceroboh oleh biawak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Biasanya udang galah lebih mudah dipancing dengan menggunakan sampan atau perahu disebabkan mudah untuk beralih tempat dan mencari lubuk. Malangnya tidak semua pemancing yang mampu memiliki atau pun menyewa sampan. Pilihan yang ada hanyalah mancing dari tebing-tebing sungai, jeti-jeti kecil, pelantar dan jambatan yang merentang sungai.
Bagi pancingan tebing, jeti atau jambatan ini beberapa perkara perlu difahami iaitu pengaruh perubahan suhu dan air kepada udang galah; umpan-umpan yang menjadi kegemaran udang di lokasi tersebut; jenis perambut yang terbaik untuk diguna pakai; dan lokasi dan bentuk aliran air yang disukai udang galah.
Harus faham bahawa udang galah bergerak dalam kumpulan dan adalah jenis haiwan akuatik yang tidak berhenti makan, mereka adalah spesies yang pelahap. Mereka makan tanpa mengira waktu atau keadaan air. Cuma yang perlu kita ketahui ialah bila dan di mana kumpulan udang galah ini galak dan rakus memakan umpan.
Pengaruh dan perubahan suhu dan air memainkan peranan yang paling penting kepada kerakusan udang galah memakan umpan. Suhu air yang sejuk akan membuatkan udang galah tidak galak memakan umpan. Keadaan ini akan membuatkan udang galah lebih suka berpindah ke tempat-tempat yang lebih panas suhu airnya.
Udang galah lebih galak memakan umpan pada ketika air beralih surut sehinggalah air surut sepenuhnya. Pada ketika air pasang penuh udang galah sukar dipancing kerana ia lebih suka memburu di bawah timbunan kayu dan akar-akar nipah di kawasan bertebing.
Pada ketika air mulai surut udang galah akan keluar memburu di kawasan pertengahan sungai. Musim terbaik untuk memburu udang galah ialah pada ketika musim panas atau permulaan kemarau. Udang galah juga menjadi galak jika cuaca panas selepas dua atau tiga hari hujan turun. Masa terbaik pula ialah ketika awal pagi hingga sebelum tengah hari, lewat petang hingga ke awal malam.
Jika tidak dapat mengambil buah ara yang masak (kebanyakan berwarna merah tua keunguan) pada dahan pokok, kutip saja buah-buah yang masih baru gugur. Buah yang baru gugur biasanya masih elok sifatnya berbanding buah yang sudah lama gugur dan buruk.
Potong buah ara dengan pisau yang tajam supaya elok belahan buahnya. Sebaiknya setiap biji buah itu dipotong empat.
Dengan menggunakan mata kail (tunggal) berperambut tali tangsi 20-30lb sepanjang 1-2 kaki, cucuk potongan buah ara pada mata kail satu persatu.
Potongan buah ara haruslah melepasi mata kail dan tersusun pada perambut. Sebaiknya potongan buah ara dicucuk kira-kira panjang sejengkal pada perambut sementara dua potongan buah dicucuk kemas pada mata kail.
Dengan menggunakan teknik pancingan dasar (saiz batu ladung hidup bergantung kepada kelajuan arus sungai), umpan ini sudah boleh dilontar ke lubuk untuk memikat kelah, tengas, jelawat ataupun patin liar.
Sepadan dengan nama yang diberikan, ikatan power knot sememangnya berkuasa bagi berhadapan dengan pemangsa yang ganas. Cara ikatannya cukup ringkas tapi kukuh untuk mendaratkan ikan impian korang.
Tutorial 1
Kembarkan tali perambut (perambut benang atau tali tangsi) kira-kira sejengkal atau lebih.
Tutorial 2
Masukkan hujung tali yang dikembarkan ke dalam lubang cincin swivel atau mata kail yang ingin digunakan.
Tutorial 3
Silangkan hujung tali yang dikembarkan pada tali utama.
Tutorial 4
Buatkan lilitan pada tali utama tersebut.
Tutorial 5
Lilitkan sekurang-kurang 5 kali. Lebih banyak lebih bagus ikatannya.
Tutorial 6
Masukkan hujung tali itu ke dalam simpulan pertama yang terhasil.
Tutorial 7
Masukkan pula gelung hujung tali melalui swivel.
Tutorial 8
Tarik perlahan-lahan tali utama sambil membetulkan ikatan simpulan.
Tutorial 9
Tarik sehingga simpulan yang melalui swivel bersatu dengan ikatan yang dihasilkan.
Tutorial 10
Ikatan yang telah dikemas dan bolehlah dibuang lebihan tali.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...