Walaupun ia dianggap kurang aktif waktu siang, namun ada gangguan dari mangsa ia pasti agresif mengejar dan menyerang mangsa atas alasan untuk membunuh. Sekiranya mata tiga gewang ia pasti mudah tersangkut dan terpedaya.
Jika umpan hidup dihanyutkan pada siang hari, ada juga kes di mana umpan di serang secara tiba-tiba dengan mengigit, melarikan buat seketika dan melepaskan kembali mangsa tadi apabila ia tidak bernyawa lagi. Ramai pemancing menyangka ia rabut sebelum rembatan dibuat.
Seperti yang diterangkan sifat pemburu sisik perak ini, waktu malam adalah paling mudah seronok dan kadang-kala naik jemu jadinya. Ia akan menyambar umpan tidak kira hirisan ikan mati, sotong, udang atau umpan hidup ketika dilabuhkan ke dasar.
Setengahnya baru setengah meter dari permukaan ia sudah menrembat umpan jatuh. Jika diperhatikan saiz mangsa, ia banyak yang sebaya usia dan perbezaan saiz ini ditentukan oleh peringkat kedalaman air. Saya pernah melihat si kecil di atas, kemudian disusuli yang besar sedikit dan akhir sekali yang lebih besar di bawah bak kata orang mata sebesar penumbuk.