Cara mudah jadikan megi sebagai umpan

Share

 

Ada yang berasa pelik… Ada juga yang susah untuk menerima kenyataannya. Namun hakikatnya, megi atau mi segera boleh dijadikan umpan untuk memikat ikan-ikan kolam air tawar.

Percayalah, jika ia sering digunakan lama kelamaan umpan tersebut akan dimakan ikan juga.

 

Bahan-bahan:

Mi segera (kosong tanpa perisa)

Perisa Original

Cara-Cara Penyediaannya:

 

Langkah 1

Rendam mi segera dengan menggunakan air kolam atau air paip kira-kira 10 minit.

 

Langkah 2

Toskan atau jemur mi segera seketika sehingga airnya tersejat (kira-kira 5-10 minit).

 

Langkah 3

Semburkan perisa (jika ingin menambahkan bahan perisa) ke atas mi segera dan biarkan seketika sehingga perisa itu meresap pada mi segera.

 

Langkah 4

Ambil mi segera kira-kira selebar tapak tangan dan letakkan tali perambut ke atasnya.

 

Langkah 5

Gulung mi segera pada tali perambut tersebut. Gulung dan kepal sehingga mi segera melekap kemas pada tali perambut.

 

Langkah 6

Kemudian tarik tali perambut sehingga mata kail melekap kemas pada bahagian bawah kepalan mi segera.

 

Published by
Amang