Cara Mudah Hilangkan Rasa Hanyir Ikan!!

Share

 

Perap Dengan Tepung Gandum / Beras

Taburkan tepung pada ikan dan biarkan ia diperap seketika atau lebih kurang 15-30 minit. Kemudian, barulah basuh ikan tersebut dan kemudian goreng seperti biasa.

 

Ramas Dengan Daun Serai

Ambil daun serai dan potong pendek-pendek. Ramaskan daun serai dan gaulkan pada ikan. Lebih elok rendamkan sekejap. Kemudian barulah bilas seperti biasa. Daun serai mempunyai tekstur kasar serta aroma yang wangi dan mampu menghilangkan lendir ikan dengan berkesan.

 

Lumur Daun Pisang / Daun Jambu

Satu lagi petua adalah dengan menggunakan daun pisang yang dicarik-carik. Lumurkan daun pisang ini pada seluruh bahagian ikan. Lendir akan tertanggal, bau hanyir pun hilang. Selain daun pisang, boleh juga gunakan daun jambu dengan cara yang sama.

 

Rendam Dengan Garam + Limau Kasturi

Biasanya di setiap rumah memang ada garam kasar kan? Kalau susah nak dapatkan bahan-bahan lain di atas, cuma gosok dengan garam kasar tanpa air. Lendir akan mudah tertanggal apabila dicuci. Kalau masih berlendir juga, toskannya dan masukkan lebih 3 sudu besar garam bersama beberapa biji perahan limau kasturi untuk diratakan ke seluruh badan ikan. Perap atau rendamkan selama 15 minit sebelum dibilas. Gunakan limau untuk menggosok badan ikan dengan bersih.

 

 

Guna Air Basuhan Beras

Ramai juga yang mencadangkan supaya guna air basuhan beras. Kalau nak basuh beras, simpan air basuhan itu dan gunakan untuk mencuci ikan. Air basuhan beras lebih senang menanggalkan lendir-lendir pada ikan. Bau hanyir pun hilang.

 

Rendam Dalam Susu

Masukkan ikan yang sudah dibersihkan dalam susu dan biarkan seketika kemudian bilas dengan bersih. Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan.

 

Perap Dengan Halia

Halia bukan sahaja menghilangkan bau hanyir malah membuang toksin yang ada pada ikan. Caranya, cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit.

 

Guna Lemon

Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan seketika sehingga ia meresap ke dalam ikan kemudian baru dibilas dengan bersih. Kalau tiada lemon, boleh juga gunakan limau purut.

 

Published by
Amang