Diketahui umum pokok kelapa merupakan pokok serba guna. Kelapa turut menjadi salah satu bahan penting dalam dunia memancing khususnya pancingan kolam air tawar. Gabungan kelapa dan roti boleh menjadi umpan yang cukup berkesan.
Bahan-bahan:
Perisa Kelapa Original
Perisa Pandan Kelapa Original
Kelapa parut goreng
Kelapa parut peram
Roti ban (kosong atau manis)
Cara penyediaan:
Langkah 1
Parutkan roti ban sekitar 4-5 buku ke dalam bekas.
Langkah 2
Masukkan kira-kira segenggam kelapa parut yang telah digoreng sehingga wangi.
Langkah 3
Masukkan pula kira-kira segenggam kelapa parut yang telah diperam semalaman.
Langkah 4
Setelah digaul dengan sekata masukkan kira-kira 5 penutup perisa kelapa.
Langkah 5
Masukkan pula 3 penutup perisa pandan kelapa dan gaul sekata.
Langkah 6
Lebihan roti ban dipotong dadu untuk dijadikan inti dicucuk pada mata kail.
Langkah 7
Cucuk roti dadu yang telah digaul bersama umpan pada mata kail.
Langkah 8
Inti yang dicucuk pada perambut dua mata kail.
Langkah 9
Kepal umpan roti kelapa pada mata kail yang dicucuk inti tadi.
Langkah 10
Umpan yang dikepal dengan sederhana sedia untuk digunakan.
Sebagaimana buah kelapa sawit yang boleh digunakan untuk memancing ikan kelah, tengas dan sebagainya lagi, buah ara juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Malah, kelebihan buah ara ia tidak perlu diperam sebagaimana buah sawit untuk diguna pakai. Ia boleh diguna secara asalkan buahnya sudah cukup masak.
Cara-cara Menggunakan Umpan Buah Ara
Jika tidak dapat mengambil buah ara yang masak (kebanyakan bewarna merah tua keungguan) pada dahan pokok, kutip saja buah-buah yang masih baru gugur. Buah yang baru gugur biasanya masih elok sifatnya berbanding buah yang sudah lama gugur dan buruk.
Potong buah ara dengan pisau yang tajam supaya elok belahan buahnya. Sebaiknya setiap biji buah itu dipotong empat.
Dengan menggunakan mata kail (tunggal) berperambut tali tangsi 20-30lb sepanjang 1-2 kaki, cucuk potongan buah ara pada mata kail satu persatu.
Potongan buah ara haruslah melepasi mata kail dan tersusun pada perambut. Sebaiknya potongan buah ara dicucuk kira-kira panjang sejengkal pada perambut sementara dua potongan buah dicucuk kemas pada mata kail.
Dengan menggunakan teknik pancingan dasar (saiz batu ladung hidup bergantung kepada kelajuan arus sungai), umpan ini sudah boleh dilontar ke lubuk untuk memikat kelah, tengas, jelawat ataupun patin liar.
Beberapa perisa produk Original jika dicampurkan akan menghasilkan satu gabungan bau dan aroma yang memikat.
Selain menggunakan sos campuran perisa ini dengan palet, ia juga berkesan jika digunakan dengan roti sanwic atau roti potato (kentang).
Bahan-bahan keperluan:
Perisa pandan kelapa Original
Perisa kelapa Original
Perisa badam Original
Perisa honeydew Original
Roti Potato
Cara penyediaan Umpan:
1. Kupas atau buang lapisan atas roti potato. Belah roti potato menjadi dua bahagian.
Bahagian atas dipotong dadu sebagai bahan kepal manakala bahagian bawah pula dipotong dadu untuk dijadikan inti yang dicangkukkan pada mata kail.
2. Sediakan satu botol kosong. Masukkan 100 gram perisa pandan kelapa Original (anggaran 10 penutup botol), 50 gram perisa kelapa Original (anggaran 5 penutup botol), 20 gram perisa honeydew Original (anggaran 2 penutup botol) dan 1 gram perisa badam Original (anggaran 1 atau 2 titik).
Goncang botol yang berisi campuran perisa ini sehingga ia menjadi sebati.
Cara menggunakan umpan:
1. Sebaik-baiknya dapatkan dua plastik kosong bagi membancuh roti potato untuk inti dan kepal.
Masukkan kira-kira 5 penutup umpan campuran perisa (bergantung kepada kuantiti roti yang digunakan) ke dalam dua plastik kosong. Ratakan umpan keseluruh bahagian plastik.
2. Masukkan roti untuk kepal dan inti ke dalam dua plastik berasingan yang telah diratakan dengan umpan. Kembungkan plastik yang berisi roti dan umpan, goncang perlahan-lahan agar setiap inci roti mengenai umpan.
3. Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa roti dadu yang bersalut umpan perisa campuran (inti).
Gabungkan kedua-dua mata kail tersebut (atau salah satu daripadanya) dan kepal dengan roti dadu (kepal) sehingga menjadi seperti bebola. Sebaiknya biarlah kepalan itu tidak terlalu longgar atau terlalu padat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...