Selain umpan organik atau semulajadi, umpan berasaskan makanan ikan dengan campuran bahan perasa juga boleh dijadikan umpan untuk memancing ikan pacu. Berikut ada contoh umpan buatan sendiri yang ringkas tetapi berkesan untuk memancing pacu kolam.
Bahan-bahan keperluan:
Palet 920
Sos Raya Kuning A1
Strawberi Musang A1
Jajan atau keropok jagung
Air
Cara-cara penyediaan umpan:
Ads
Langkah 1
Masukkan satu kilogram palet 920 ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 2
Masukkan air 200ml dan gaul palet. Biarkan seketika sehingga palet menyerap air.
Ads
Langkah 3
Masukkan pula Sos Raya Kuning A1 sebanyak 5 penutup botol, kemudian tambah sos Strawberi Musang A1 juga sebanyak 5 penutup botol.
Gaul palet ini hingga sebati kemudian perapkan ia di dalam bekas tertutup kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum digunakan.
Cara-cara penggunaan umpan:
Ads
Langkah 1
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail (teknik apung menggunakan spring dua mata kail berpelampung).
Langkah 2
Kepal palet pada spring kira sebesar penumbuk. Pastikan palet mampu dikepal dengan sempurna. Jika berderai, tambahkan sedikit air pada palet.
Langkah 3
Lontarkan ke kawasan ikan bermain air dan tunggu sehingga umpan tersebut diragut ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Secara asasnya, mata kail hitam (black nickel) dikatakan lebih sesuai digunakan di perairan air tawar. Ini adalah kerana warna hitam itu lebih serasi dengan kegelapan dasar perairan air tawar sekaligus bersifat halimunan.
Sementara mata kail berkilat (aloi atau stainless steel) lebih sesuai digunakan di perairan air masin kerana sifat kilatnya itu sedikit sebanyak memainkan peranan untuk menarik perhatian ikan.
Secara peribadi, admin bersetuju dengan pendapat ini. Malah ada juga yang berpendapat, mata kail berkilat kurang sesuai digunakan di perairan air tawar kerana kilauan mata kail itu akan menakutkan ikan.
Atas sebab itu jugalah kebanyakan mata kail gewang (mata tiga dan mata tunggal) bagi pancingan air tawar kebanyakannya adalah mata kail hitam. Sementara mata kail hitam ini kurang digunakan di laut bukanlah kerana ia tidak memiliki faktor kilauan, sebaliknya ia adalah jenis bahan yang mudah dikakis air masin dan berkarat.
Namun, untuk keberkesanan yang lebih bagi pancingan air tawar, tidak kiralah sama ada mata kail hitam atau berkilat, mata kail itu perlulah disembunyi dengan sempurna di dalam umpan.
Justeru, sebagai contoh jika menggunakan cacing sebagai umpan, cacing itu haruslah dicucuk sehingga menutup bahagian mata kail sepenuhnya. Begitu jugalah jika menggunakan umpan-umpan lain.
➡ Dalam trip ini gewang yang dianggap berstatus tahyul adalah Rapala Fat Rap 5cm dan 7cm sama ada selaman cetek mahupun selaman dalam.
Selain sebarau, ikan-ikan lain turut melahap gewang ini. Gewang selaman cetek disarankan di sini adalah kerana Sungai Gay (anak sungai Kelay yang merupakan lubuk utama) terdiri jeram-jeram cetek berbatu.
➡ Penggunaan gewang selaman berkesan di sungai utama (Sungai Kelay) yang lebih dalam.
Namun kebanyakan ahli trip yang menggunakan gewang selaman dalam berakhir dengan kekecewaan akibat tidak dapat diselamatkan apabila tersangkut pada celahan batu terutamanya di kawasan jeram.
➡ Set peralatan yang disarankan; rod 10-20 lb memadai panjang maksimum 6’ kerana ia lebih senang untuk melontar gewang khususnya di ulu sungai yang sempit.
Tali sulam sekurang-kurangnya 20lb dengan leader floroucarbon 30lb. Kekili menegak atau mendatar boleh digunakan asalkan memiliki gear ratio tinggi kerana perlu menggayakan
gewang dengan sempurna di kawasan jeram. Mata kail sama ada mata tiga atau mata tunggal berkuatan sekurang-kurangnya 4X.
➡ Penggunaan jaket keselamatan adalah diwajibkan sama ada anda casting di atas bot mahupun menebing di kawasan jeram berbatu.
Risiko tergelincir di atas batuan dan terjatuh ke dalam arus jeram yang deras amat tinggi. Disarankan menggunakan jaket keselamatan dari jenis foam kerana ia bukan saja sesuai
untuk bermain air malah tidak menimbulkan sebarang masalah ketika pemeriksaan di lapangan terbang.
arrow: Sekiranya anda berhajat untuk menerima strike kelah merah, carilah spot-spot di mana terdapatnya pokok di tebing sungai.
Banyak strike yang kami terima terutamanya di bawah pokok yang mana buahnya menjadi makanan ikan kelah.
Sementara corak strike sebarau pula lebih kurang sama saja di sungai pergunungan negara kita.
Gewang-gewang lain yang turut laku:
Halco Sorcerer 90 ini turut beberapa kali `diselamatkan’ oleh boatman sebelum berhasil
Masalah kemerosotan stok ikan di malaysia bahkan di dunia bukan lagi perkara baru untuk dengari.
Andai dapat dihitung keluhan kaki pancing mengenai isu kejatuhan stok ikan di malaysia pasti ramai yang akan sedar mengenai betapa seriusnya perkara ini.
Cubalah ditanya kepada otai-otai yang sudah lama menceburkan diri di dalam hobi memancing ini, pasti perkara sama juga akan diungkapkan oleh mereka.
Inilah antara perkara yang semakin dirisaukan oleh semua kaki pancing. Pergi memancing, tapi selalu kumpau, sebabnya ikan dah takde dan kurang.
Dengan ancaman lain di kalangan nelayan rakus, kaki bom, dan kaki tuba, semuanya lebih mendatangkan kesan.
Dan yang paling menarik sekali, ancaman daripada sejenis umat kaki pancing yang sama ada sedar atau tidak menggelarkan diri mereka kaki tapau.
Kaki tapau yang dimaksudkan ini ialah mereka yang sering mengaut atau bawa pulang semua hasil tangkapan yang mereka perolehi termasuklah dari saiz kecil hinggalah bersaiz kecil-kecil anak, malah yang bersaiz sebesar ibu jari juga mahu mereka bawa pulang.
Acap kali dilihat di laman sosial mengenai kewujudan golongan-golongan ini. Mereka seakan-akan tidak segan silu memuat naik gambar mereka bersama semua hasil
tangkapan yang boleh dikatakan tidaklah sebesar mana, namun seakan menunjuk-nunjuk lambakan ikan bersaiz curut yang mereka perolehi.
Bila diajukan soalan, “Kenapa tidak dilepaskan je ikan tu, kecil lagi tu?”
Lantas, dengan bangga pemancing itu menjawab, “Rezeki Tuhan nak bagi, kenapa nak tolak? Kalau tak ambil, itu tolak rezeki namanya. Lagipun kalau aku tak ambil ikan tu mesti ada orang lain yang kaut jugak!”
Memang benar rezeki jangan ditolak, tetapi tidak kah kita sedar bahawa, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang kaki pancing untuk bersama-sama menjaga kelestarian alam.
Antara jalan penyelesaian yang dapat kita pertimbangkan bersama, kenapa tidak mulai sekarang kita sebagai pemancing mula menetapkan had jumlah ikan yang perlu dibawa pulang.
Seelok-eloknya ikan yang bersaiz kecil serta ikan induk yang bertelur haruslah kita lepaskan kembali ke habitatnya.
Ikan air tawar, contohnya sebarau yang masih kecil, lepaskanlah semula. Jika ia ikan betina dan nampak sedang bertelur, apa salahnya lepaskan semula dan biarlah ia menetaskan dahulu benih-benihnya. Begitu jugalah dengan udang galah dan ikan-ikan lain.
Setidak-tidaknya amalkanlah konsep bag limit, iaitu ambil jika benar-benar hendak makan sahaja bukan bawa pulang semua hasil tangkapan.
Walaupun ada di antara kita yang kurang pasti sama ada ikan yang dilepaskan itu mampu survive atau tidak, tetapi ketahuilah, ia pasti akan mati jika anda tidak melepaskannya kembali ke habitat asal.
Diharapkan, dengan cara ini, ada juga sesuatu yang dapat anda sumbangkan kepada generasi akan datang.
Sekurang-kurangnya dengan usaha yang dilakukan oleh kaki pancing yang ada pada hari ini akan selamatlah stok ikan-ikan kita daripada diambang kepupusan selain untuk kesinambungan generasi di masa akan datang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...