Dapatkan buah kelapa sawit yang dah masak sebanyak mungkin. Buah sawit yang betul-betul sudah masak adalah buah yang gugur di pangkal pokok. Atau cari saja buah-buah lerai berdekatan dengan kawasan pokok.
Bungkus semua buah sawit dengan kertas surat khabar. Pastikan semua buah dapat dibungkus dengan sempurna. Selepas itulah ikat bungkusan dengan apa-apa tali bagi mengelakkan bungkusan tersebut terburai.
Ads
Seterusnya masukkan sawit yang dibungkus surat khabar itu ke dalam beg atau karung plastik yang besar dan tahan koyak. Pek plastik beras 5kg atau 10kg amat sesuai digunakan. Atau pek plastik pampers bayi pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus dan ikat dengan ketat supaya udara tak boleh masuk.
Ads
Selepas 7 hari atau seminggu, buka ikatan dan tengok hasilnya. Lazimnya surat khabar yang membungkus sawit akan jadi basah atau lembab kerana proses pengewapan. Jadi, gantikan kertas surat khabar ini dengan kertas yang baru. Kemudian ulangi semula proses sama dan peram lagi selama seminggu.
Ads
Selepas minggu kedua, biasanya sawit sudah lembut dan sesuai untuk jadikan umpan. Tapi jika inginkan aroma sawit yang lebih dan buahnya lebih lebih lembut, boleh ulangi proses menukar kertas surat khabar dan bungkus atau peram untuk tempoh seminggu lagi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Yogurt, sama ada berperisa atau natural bukan saja berkhasiat malah sedap dimakan. Rasa lemak dan masam yang ada dalam yogurt itu merupakan antara bahan utama untuk diadun menjadi daya tarik dan umpan untuk memikat ikan seperti patin dan pacu.
Bahan-bahan keperluan:
2 cup yogurt
1 kotak kecil susu penuh krim
3 biji kuning telur
Mauripan
Pes strawberi
Roti sandwich
Penyediaan Umpan:
Tutorial 1
Masukkan 3 biji kuning telur sama ada telur itik atau telur ayam ke dalam botol bancuhan.
Tutorial 2
Masukkan kesemua 2 cup yogurt natural atau berperisa buah.
Tutorial 3
Masukkan pula kesemua susu krim penuh lemak.
Tutorial 4
Masukkan pes strawberi atau pandan dengan anggaran 5-8 penutup.
Tutorial 5
Goncang botol sehingga adunan menjadi sebati dan berbuih. Ia sudah siap untuk digunakan jika ingin menggunakannya.
Tutorial 6
Masukkan 2 cubit mauripan dan goncang hingga sebati. Adunan ini perlu diperap sekurang-kurangnya 4 jam sebelum digunakan.
Cara Penggunaan Umpan:
Tutorial 7
Potong dadu roti sandwich untuk digunakan bersama umpan yogurt.
Tutorial 8
Curahkan umpan yogurt yang siap diperam ke dalam bekas bancuhan kira-kira 10 penutup. Goncangkan agar ia sebati pada roti.
Tutorial 9
Cucuk roti dadu pada mata kail dan kepalkan pada sebelah mata kail lagi. Umpan yogurt yang telah siap untuk dilontarkan ke spot pilihan.
Raksasa ini sering menyembunyikan dirinya di perairan air tawar yang keruh, berpasir dan berselut di Asia Tenggara. Ikan pari air tawar ini mungkin merupakan spesies ikan air tawar yang terbesar dengan panjang mencecah 16 kaki dan seberat hampir 2000lb.
Sengat sepanjang 8 inci pada pangkal ekornya mampu menyerang seperti seekor kala jengking dan sengatannya diakui amat berbisa dan mampu membunuh. Jadi berhati-hati jika tiba-tiba anda berasakan dasar sungai yang anda pijak bergerak!
Piraiba
Dengan warna biru kehitaman, piraiba ini mampu mencecah sepanjang 9 kaki dan merupakan antara gergasi air tawar.
Spesies ini merupakan spesies keli terbesar dan dikatakan berpotensi sebagai pemakan manusia. Gigi ikan raksasa ini tidak kelihatan menakutkan memandangkan tiada taring terkeluar, namun gigi ikan ini tersusun rapi menghala ke bahagian dalam mulut ikan.
Keadaan ini menjadikan mangsanya tidak akan terlepas jika sudah dalam cengkaman mulutnya.
Goonch Catfish
Sungai Kali di antara Nepal dan India telah dihantui oleh siri kematian dan insiden lemas yang misteri. Misteri ini berlarutan sehinggalah raksasa perang sepanjang 7 kaki dengan gigi yang tajam ini ditangkap.
Ia seekor ikan kenerak gergasi seberat 300lb. Ikan ini dikatakan menarik mangsanya dan melemaskannya sebelum ditelan.
Spekulasi juga mengatakan selera ikan goonch terhadap manusia mungkin disebabkan pembuangan abu mayat ke Sungai Kali yang diamalkan di sana.
Belut Elektrik
Belut elektrik merupakan pemangsa terkenal di Amazon dan menggunakan renjatan elektrik sebagai sistem pertahanan dirinya.
Aliran elektrik sekuat 600 volt yang dihasilkan oleh spesies ini mampu membunuh seekor kuda dan tidak terkecuali manusia yang boleh mati akibat serangan ini.
Belut elektrik mampu membesar sepanjang 8 kaki dan seberat 50lbs. Biasanya penggunaan peralatan berunsur getah bagi mengelakkan serangan belut elektrik. Terdapat rekod menunjukkan kematian akibat serangan renjatan elektrik oleh spesies ini.
Goliath Tigerfish
Spesies goliath tigerfish merupakan salah satu spesies yang dahsyat dan mengerikan. Spesies ini membuatkan spesies pemangsa rakus seperti Piranha seakan-akan ikan kecil untuk hiasan.
Spesies ini mampu mencapai berat sehingga 70lb dan lebih 6kaki panjang. Spesies ganas ini berlegar di perairan Afrika berkumpulan dan mampu mencarik-carik daging mangsa yang lebih besar dalam beberapa saat.
Mulut gergasi bermata kuning ini tersemat gigi taring seakan pisau yang lebih daripada dua inci. Pemancing terkenal, Jeremy Wade percaya spesies ini bertanggungjawab terhadap beberapa siri kematian manusia di Sungai Congo yang sebelum itu dikatakan berpunca daripada semangat ghaib menurut kepercayaan masyarakat tempatan.
Bull Shark
Senarai ikan terakhir untuk kali ini, secara teknikalnya merupakan seekor jerung iaitu bull shark. Spesies ini mempunyai keupayaan yang luar biasa dan dikatakan lebih ganas berbanding jerung lain.
Dengan saiznya yang mampu mencapai panjang sehingga 12 kaki dan seberat 600lb, spesies ini mampu berenang ke perairan air tawar seperti tasik dan sungai di Missouri, Illinois dan Kentucky.
Rekod menunjukkan banyak serangan oleh spesies ini terhadap manusia di perairan air tawar. Selain merupakan spesies yang paling agresif antara jerung, bull shark juga mempunyai kuasa gigitan yang paling kuat berbanding semua spesies ikan di dunia.
Menunda atau trolling disifatkan cara mudah menjinakkan layaran dan diamalkan secara meluas di luar negara seperti Australia. Bot bergerak dengan kelajuan 4 hingga 10 knot, jika menggunakan gewang replika ikan, kelajuan di bawah 8 knot adalah disarankan. Jika bot mampu memecut melebihi 10 knot makan gewang skirt adalah disyorkan. Namun teknik trolling ini agak kurang dipraktik oleh pemancing tempatan atas beberapa faktor. Walaupun ada pemancing yang mengaplikasikannya namun peratusan amatlah rendah.
Cara ini paling digemari dan paling banyak diaplikasi oleh pemancing terutamanya berada di kawasan unjam atau karang luas. Teknik hanyut dikaitkan dengan penggunaan umpan hidup dan dibiarkan bebas berenang tanpa pemberat. Namun teknik hanyut dengan menggunakan pelampung terutamanya belon dan botol mineral lebih banyak diamalkannya.Sekiranya arus agak laju makan pemberat kecil bersama belon sering dipraktikkan.
Teknik ini pada asasnya bukanlah memancing layaran, sebaliknya menyasarkan ikan tenggiri tetapi turut diambil oleh layaran. Caranya hampir sama dengan teknik drifting, di mana umpan hidup yang dilayang atau dihanyutkan bersama batu ladung kecil sebagai pemberat. Tujuannya adalah untuk menenggelamkan umpan sehingga satu pertiga permukaan atau setengah kedalaman air di kawasan cetek.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...