Cara Peram 1

Pertama, proses yang sama iaitu mencari dan mengumpul buah sawit dalam jumlah yang anda inginkan. Simpan buah sawit tersebut di dalam guni atau karung yang tidak kedap udara dan air boleh keluar dan masuk seperti guni gula atau gandum. Ikat karung akan buahnya tidak terkeluar.

 

Rendam karung atau guni buah sawit ini di dalam sungai, parit, tali air atau apa saja sehingga tenggelam. Boleh juga letakkan batu atau apa saja supaya guni buah terendam sepenuhnya di dalam air. Jika ingin merendam di dalam bekas yang besar pastikan air yang digunakan bukanlah air paip.

 

Selepas direndam selama 2-3 hari (buah dah jadi lembut), ambil kembali guni tersebut dan jemur buah sawit secara terbuka selama satu hari. Hari berikutnya buah sawit ini sudah bleh digunakan sebagai umpan.

IKLAN

 

 

Cara Peram 2

Langkah pertama sama sahaja dengan teknik 1 dan 2 iaitu mengumpulkan buah sawit yang masak atau tua. Masukkan buah sawit ke dalam plastik beras atau pampers bayi yang tidak bocor. Sebaiknya masukkan buah separuh penuh atau 3/4 penuh sahaja.

 

Kemudian masukkan air bersih sama ada air perigi atau sungai tetapi bukannya air paip yang mengandungi klorin. Masukkan air sehingga hampir penuh dan ikat hujung plastik tersebut dengan kemas. Biarkan sawit terendam sepenuhnya di dalam plastik tersebut selama 2 hari.

 

 

Selepas dua hari, buatkan lubang-lubang kecil sekitar 4 inci (1/3 dari paras buah) dari bawah plastik supaya air dapat keluar dan hanya di paras 4 inci ke bawah saja air masih tinggal. Atau hanya 1/3 saja buah yang masih terendam. Biarkan ia diperam selama 3-4 hari lagi. Dalam proses ini kenalah tengok dan picit keadaan buah agar ia tidak terlalu lembik. Selepas dibuangkan air sepenuhnya maka sawit peram ini sudah boleh digunakan.

 

Cara penggunaan pula, sawit yang teredam lama itu digunakan umpan rasuah ditabur ke lubuk sementara buah yang berada di bahagian itu pula digunakan sebagai umpan cucuk pada mata kail.