Langkah pertama sama sahaja dengan teknik 1 dan 2 iaitu mengumpulkan buah sawit yang masak atau tua. Masukkan buah sawit ke dalam plastik beras atau pampers bayi yang tidak bocor. Sebaiknya masukkan buah separuh penuh atau 3/4 penuh sahaja.
Kemudian masukkan air bersih sama ada air perigi atau sungai tetapi bukannya air paip yang mengandungi klorin. Masukkan air sehingga hampir penuh dan ikat hujung plastik tersebut dengan kemas. Biarkan sawit terendam sepenuhnya di dalam plastik tersebut selama 2 hari.
Ads
Ads
Selepas dua hari, buatkan lubang-lubang kecil sekitar 4 inci (1/3 dari paras buah) dari bawah plastik supaya air dapat keluar dan hanya di paras 4 inci ke bawah saja air masih tinggal. Atau hanya 1/3 saja buah yang masih terendam. Biarkan ia diperam selama 3-4 hari lagi. Dalam proses ini kenalah tengok dan picit keadaan buah agar ia tidak terlalu lembik. Selepas dibuangkan air sepenuhnya maka sawit peram ini sudah boleh digunakan.
Ads
Cara penggunaan pula, sawit yang teredam lama itu digunakan umpan rasuah ditabur ke lubuk sementara buah yang berada di bahagian itu pula digunakan sebagai umpan cucuk pada mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Buat pemeriksaan pada tali utama sama ada ia masih utuh atau sudah rosak. Jika perlu buang sedikit beberapa kaki, maka buanglah sebagai langkah keselamatan. Kalau perlu dibuang semuanya pun, buanglah. Jangan sayang nak buang tali yang macam dah nak reput atau yang sudah luntur warnanya kerana ia akan putus dengan mudah ketika beraksi.
Jika menggunakan mata kail yang pernah digunakan, uji tahap ketajamannya dulu. Kalau dah kurang tajam, sebaiknya asah bagi tajam. Tapi kalau dah tumpul sangat wajib buang terus jangan disimpan lagi.
Saiz dan jenis mata kail juga perlu diambil kira. Jangan fikir nak ikan besar, kenalah pakai mata besar. Sebaiknya guna saiz mata kail yang sepadan dan elakkan guna mata kail kurang berkualiti. Mata kail yang kecil tak semestinya ikan kecil saja yang makan.
Set pancing yang digunakan juga perlu sepadan dengan ikan target. Banyak kejadian ikan gagal didaratkan kerana joran atau kekili gagal mengatasi kekuatan ikan. Malah banyak kes kumpau disebabkan masalah asas ini.
Jika menggunakan tali sulam dan perlu disambung dengan perambut atau leader, pastikan ikatan sambungan itu kukuh dan kuat. Jika was-was, sebaiknya buat ikatan baru. Selagi tak dapat ikatan sambungan yang memuaskan hati, selagi itulah jangan memancing. Biar lambat asalkan tak lucut atau putus.
Umpan yang akan digunakan perlu dipastikan keberkesanannya. Sama sebagaimana pemancing lain gunakan. Kalau pemancing lain guna udang hidup, janganlah kita masih nak guna umpan ikan. Kalau pemancing lain guna perisa pandan, kita gunalah pandan jugak. Kalau pemancing lain guna jig warna hijau, kita jangan masih nak pertahankan warna kegemaran sendiri.
Jika umpan sudah bagus, pastikan teknik yang digunakan juga adalah sesuai. Sama ada teknik apungan atau dasar atau apa saja teknik yang bersesuaian. Teknik karauan pun kena perhatikan juga. Yang penting kena pantau teknik apa yang cepat ikan ambil umpan dan ikan tidak lucut dari mata kail.
Teknik strike atau menyentap ikan juga penting begitu juga dengan cara melayan ikan harus betul agar ikan berjaya didaratkan. Kalau strike siakap, jangan macam sentap udang galah. Kalau layan tenggiri jangan main macam layan gelama.
Ikan cermin atau barcheek trevally merupakan ikan laut dari keluarga trevally sebagaimana ikan gerepoh, cupak, sagai dan lain-lain lagi.
Dari segi morfologi, ikan cermin hampir menyerupai ikan cupak dan sagai. Persamaan yang hampir ketara pada sagai kecuali ia tidak memiliki sirip dorsal yang berjurai panjang sebagaimana dimiliki ikan sagai.
Berbanding keluarga trevallies yang lain, ikan cermin lebih popular di meja makan berikutan ia lebih mudah ditemui di pasaran.
Berikutan dagingnya yang enak dan harga berpatutan, ramai netizen mengenali ikan cermin walaupun bukan kaki pancing.
Dan sebagaimana ia boleh ditangkap dengan penggunaan pukat, ikan cermin juga boleh dipancing.
Dalam dunia pancingan, ikan cermin bukanlah ikan sasaran utama dalam sesebuah trip memancing laut dalam.
Lazimnya ia diperoleh secara tidak sengaja apabila memakan umpan untuk ikan sasaran seperti merah atau kerapu.
Sekiranya ingin menyasarkan ikan cermin sebagai sasaran utama, pemancing haruslah tahu habitat, diet dan tabiat makannya.
Sebagaimana diketahui, ikan cermin merupakan ikan pelagik yang mendiami kawasan perairan pantai dan luar pesisir, di sepanjang lereng lagun dan terumbu karang.
Dengan dengan memiliki mulut agak kecil dan tabiat makan secara menyedut, ikan cermin merupakan merupakan pemangsa kepada ikan kecil dan krustasea.
Pancingan dasar merupakan teknik pancingan asas yang banyak dipraktikkan bagi memikat ikan cermin.
Lazimnya umpan hirisan ikan dan sotong, dengan penggunaan mata kail agak kecil saiz 9 atau 10 dan teknik perambut apollo adalah kaedah terbaik jika mensasarkan spesimen ini sebagai ikan sasaran utama.
Ia biasanya menjadi ikan sasaran apabila ia mengambil umpan yang disasarkan bagi ikan lain.
Dan apabila seekor cermin didaratkan, maka peluang untuk mendaratkannya dengan lebih banyak amat cerah kerana ia merupakan ikan yang bergerak secara berkumpulan.
Selaku keluarga ikan trevallies, ikan cermin mampu memberikan tentangan yang mengasyikkan sehingga ke permukaan air.
Jika mendambakan pertarungan yang lebih mendebarkan, bolehlah ganti peralatan berat seperti kekili elektrik atau multiplier dengan set peralatan yang lebih ringan.
Lariannya dalam usaha meloloskan diri dari cangkuk mata kail begitu mempersonakan.
Selain teknik pancingan dasar, ikan cermin turut boleh diperdaya melalui teknik jigging.
Sama ada melalui teknik jigging perlahan dan jigging ringan, kedua-duanya berjaya menipu spesies ini dengan penggunaan jig kecil 40gm hingga 80gm.
Melalui teknik jigging ini juga kebanyakan spesimen yang didaratkan adalah lebih besar berbanding pancingan dasar.
Dengan mencangkuk umpan pada assist hooks, peluang untuk memperdaya spesies ikan cermin ini ternyata sangat berkesan. Cubalah…!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...