Cara Mudah Buat Pes Umpan Masak Untuk Patin!!

Share

 

Bahan keperluan:

 

Perisa strawberi nangka Original

Perisa pisang Original

Minuman berkarbonat perisa epal

Roti sandwich

 

Cara penyediaan sos umpan:

 

Langkah 1

Masukkan 150 ml Original perisa strawberi nangka ke dalam periuk.

 

 

Langkah 2

Tambahkan kira-kira 50 ml Original perisa pisang dan kacau campuran ini hingga sekata.

 

Langkah 3

Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat perisa epal.

 

 

Langkah 4

Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.

 

Cara menggunakan sos umpan:

 

Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwich, roti kentang, roti bun, palet atau juga dedak.

 

 

Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.

 

Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.

 

Published by
Amang