Perambut ini juga sesuai untuk pancingan bottom di muara dan di perairan laut yang cetek… tapi kurang sesuai untuk pancingan laut dalam berarus laju yang lebih kepada penggunaan tanduk atau straw.
Teknik berhanyut ni juga banyak risikonya… batu ladung akan sentiasa berada di dasar. Tapi agak menyeronokkan kerana mata kita akan sentiasa tertumpu pada hujung joran… sehingga ladong kita tersangkut pun feel macam ikan merentap umpan kita. Banyak modal yang perlu dikeluarkan… mata kail, batu ladung, tali perambut fluorocarbon dan masa membuat perambut setelah putus tersangkut karang yang tinggi.
Tenaga kita pula dapat diselamatkan kerana tiada penggunaan sauh sebab kekadang bila kita labuh untuk pancingan bottom banyak tempat kena beralih dan rakan-rakan pun terasa bengang asyik-asyik dia je yang kena mengangkat sauh. Akan tetapi bila berhanyut kos minyak bot pula kena dilebihkan sikit sebab bot kena selalu beralih dari satu lokasi ke lokasi lain.
Apa yg diperlukan ialah kesabaran yang tinggi bila drifting asyik tersangkut je… dan doa serta tawakal kepada hasil yang Allah SWT tentukan. Rezeki kita adalah rahsia Allah Yang Maha Mengetahui.
Apa yang diperlukan untuk pancingan berhanyut adalah:
PERALATAN
Joran
Carilah yang sesuai dan lembut (PE 0.6-1.5 atau PE 1-3)
Reel
Apa pun jenama saiz 3000- 4000
Mainline (tali utama)
10- 20lb tali sulam
Shock Leader
Sangat perlu dalam 2 depa flourocarbon 20lb
Perambut
Mata kail – apa pun jenama tak kisah tapi saya syorkan Maruto Chinu saiz no 6
Cili atau swivel jenis T. Kalau tak ada swivel T bolehlah buat stail letak manik diselangi dengan swivel atau cili.
Tali perambut – 20lb sedepa untuk perambut anak diikat dengan 2 mata kail untuk menyangkut seekor udang hidup (1 mata sangkut di ekor dan 1 mata sangkut kepala udang yang berkulit keras)
Tali perambut untuk ladung – 30lb sejengkal lebih sikit je dari ukuran batu ladung ke T atau manik swivel.