Ikan tongsan loma atau ikan air tawar segar (sebanyak mana yang nak dibuat)
Garam (bergantung pada berapa banyak ikan)
Beras goreng tanpa minyak (disangai dan ditumbuk halus)
Cara membuat pekasam:
Ads
Bersihkan ikan dan toskan airnya semalaman.
Ambil ikan yang telah ditos tadi, salutkan dengan garam keseluruhan ikan tersebut.
Susun ikan tersebut dalam bekas kedap udara (disimpan lebih kurang 2 ke 3 hari).
Pantau jangan sampai ada air (ikan itu mesti dikeringkan selalu airnya).
Ads
Selepas 2 ke 3 hari, ambil ikan tadi dibasuhkan & bilaskan serta ditoskan supaya kering.
Salut ikan yang telah ditos tadi dengan beras goreng dan simpan 2 ke 3 minggu, Baru boleh dimakan ikan itu (lagi lama disimpan, lagi elok menjadi ikan pekasamnya)
Ads
Nota Tambahan:
Pastikan jika ikan didapati ada air di bawah bekasnya, buang airnya supaya ikan kering tetapi lembab.
Pastikan juga supaya bekas yang digunakan tidak dimasuki lalat atau langau kerana bila dihinggapi ditakuti ikan akan berulat.
⇒ Simpan Ikan di dalam suhu bilik, tidak perlu di dalam peti ais. Sekiranya selepas 3 minggu bila ia telah menjadi ikan pekasam, sekiranya mahu simpan dalam jangka masa yang lebih lama barulah boleh disimpant dalam peti ais.
Sebenarnya setiap kali kami tiba di lokasi baru, ikan tok mudim (Synodus myops) atau kami gelar sikang laut, acap kali tersangkut pada mata jig. Punyalah pelahap, sampaikan jig yang hampir sama besar badannya sendiri nak dibedal. Ujar Chegu Tuah, spesies ini merupakan salah satu diet si ikan ‘tong gas’ (kerapu besar/boron).
Katanya lagi, jika sanggup menunggu lama jigging di situ, berkemungkinan boleh dapat kerapu. Namun akhirnya seorang pun tidak sanggup untuk menunggu lama. Ha..ha.. boring siot kalau dok lama-lama, tanpa getuan ikan.
Cuaca berubah
Cuaca yang sememangnya diramalkan baik sepanjang hari pada hari itu, tiba-tiba sahaja berubah. Jam 11.30 pagi, langit kelihatan mendung dan angin bertiup dengan kuat. Sekejap sahaja panorama yang lenang dan angin sepoi-sepoi bahasa bertukar kasar sebelum turunnya hujan.
Walaupun tekong berjaya menghindari dari terkena hujan, tetapi kami tidak dapat mengelak keadaan air laut menjadi kucah. Mahu tidak mahu, kami meneruskan sahaja aktiviti jigging dalam keadaan yang tidak berapa selesa. Alun kuat menyebabkan, kami tidak dapat berdiri dengan baik. Paling tidak menyeronokkan, arus telah bertukar menjadi laju. Kesudahannya jig 250 gram yang di unjun jatuh pun jauh melayang.
Keadaan ini memaksa, karauan dilakukan dengan kerap ke atas sebelum melepaskannya semula agar jig tidak kesasar jauh. Akibat daripada ini juga, kami kehilangan banyak ketul jig. Oleh kerana posisi jig berada di pertengahan air, mudah sahaja sang alu-alu memutuskan tali perambut. Sudahlah jig lebur, tali perambut pula makin kontot.
Dalam cuaca yang tidak begitu memihak kepada kami, Chegu Tuah cuba mencari spot terbaik untuk kami. Tiba di spot Lubang Kecik, saya mendapat sambaran pertama. Sebaik sahaja jig Maxel DFS-180 gram warna purple jatuh ke dasar dan dikarau ke atas tiga kali, terus sahaja disambar. Karauan ke atas akhirnya memunculkan seekor tenggiri dalam skala 3 kg. Apabila tiada lagi sambaran, bot segera beralih ke lokasi lain.
Tidak jauh dari spot tenggiri berkenaan Chegu Tuah memberhentikan bot sambil berkata terdapat kumpulan ikan bermain di pertengahan air di paparan imej sonar. Kami kemudiannya saling silih berganti memperoleh spesies talang. Ujar Bob, walaupun jenahak atau bantal emas belum muncul lagi, layan talang pun ok. Janji strike!. Lewat petang, walaupun cuaca sudah cerah, alun yang masih kuat bergelora belum mahu menunjukkan tanda-tanda mahu reda.
Menyedari, ikan sasaran jenahak, masih belum diperolehi, Chegu Tuah membawa kami bermain di sekitar laluan kapal. Agak gerun juga melihat kapal-kapal kontena lalu lintas. Lebih gerun melihat alun yang terhasil menyebabkan bot kami terumbang ambing.
Dengan enjin bot yang sememangnya tidak dimatikan, Chegu Tuah cuba mendapat point yang betul untuk kami menjatuhkan jig di spot sasaran. Akhirnya di spot tidak jauh dari batu karang, Johannas berjaya mendapat strike padu daripada pemangsa.
Akhirnya seekor kerapu bersaiz memuaskan berjaya diperolehi. Bagi mengabadikan kenangan ia tangkapan di lubuk laluan kapal, lensa kamera dipetik sebaik sahaja, sebuah kapal kontena melalui belakang Johannas.
Selepas itu, tiada lagi sebarang tangkapan selain talang. Lewat senja, kami mengakhiri trip menjengah ke Zee Zone Muar dengan kembali semula ke jeti. Tiada sebarang tangkapan sang jenahak Muar dalam trip ini. Apa pun syukur kerana dalam cuaca begitu, kami masih berjaya memperoleh tangkapan lain. Sememangnya laut bukan mudah diduga.
Sedikit tips untuk dikongsi bagi peminat-peminat surfcasting khususnya bagi persediaan dan ketika sedang berada dalam pertandingan.
Kenal Pasti Lokasi Pertandingan
Setiap lokasi pertandingan surfcasting mempunyai kepelbagaian spesies target sebagai contohnya di pantai timur seperti Terengganu atau Pahang terkenal dengan ikan pari manakala Pantai Barat terkenal dengan spesies belukang dan sebagainya.
Maka, dengan itu kita boleh kecilkan target pencarian. Pendek kata ia mempermudahkan teknik ataupun umpan target untuk pemburuan strike.
Teknik perambut Ikan pari – buat panjang perambut dari suku depa hingga setengah depa boleh dipelbagaikan variasi mengikut kawasan. Manakala panjang perambut untuk batu dalam anggaran anggaran sejengkal panjang.
Teknik perambut ikan daun baru – perambut berantai (2-3 mata kail) seumpama perambut apolo.
Teknik perambut ikan sembilang – buat perambut setengah depa dan batu sejengkal (perambut Y)
Setiap umpan boleh dikatakan mempunyai timing tersendiri (tempoh tahan guna). Itu yang saya perhati dan belajar dari orang-orang lama. Sebagai contoh, udang kebiasaannya mengambil masa 10 ke 20 minit untuk habis.
Manakala jika menggunakan umpan ikan mengambil masa 20 hingga 40 minit untuk habis. Apa pun bergantung pada lokasi pertandingan tersebut. Konsep saya mudah saja iaitu tetapkan waktu menukar umpan melalui balingan pertama dan kedua. Dari situ kita boleh andaikan umpan boleh bertahan berapa lama.
Manfaatkan tempoh masa pertandingan dengan sebaik mungkin. Jangan banyak membuang masa dengan tempoh bertenang. Sentiasa fokus dan fokus kerana tempoh waktu bertandingan mungkin panjang tetapi tempoh waktu ikan aktif makan umpan sangat pendek.
Sediakan peralatan untuk memasuki pertandingan lebih awal sebagai contoh perambut, batu ladung untuk memudahkan proses pertukaran jika berlaku situasi rabut, putus, hilang dan sebagainya lagi.
Pastikan ada spare reel & spare spool untuk kebarangkalian kerosakan ataupun braided putus dalam kuantiti yang banyak.
Gewang Rapala Deep Tail Dancer (TDD) merupakan gewang selaman dalam yang memiliki aksi renangan cantik dan sangat stabil. Diperbuat daripada kayu balsa yang ringan, daya apungan tinggi kayu balsa inilah yang memberikan aksi lenggok uniknya yang tidak ada pada gewang lain.
Akan tetapi, badan gewang yang diperbuat daripada kayu balsa yang agak lembut ini mudah pecah atau koyak sekiranya digasak ikan bersaiz kasar. Sering berlaku sekiranya ia disambar ikan bersaiz kasar ialah lidahnya patah atau tercabut dan juga ekor gewang yang terkoyak.
Oleh yang demikian, kami belanja sedikit cara untuk mengikat gewang ini bagi memperkukuhkannya.
Keperluan:
Gewang TDD
Playar
Jarum peniti
Gam gajah
Cara-cara DIY:
Tutorial 1
Jarum peniti mestilah dikepit kemas dengan playar sebelum ditekan masuk perlahan-lahan. Jika tangan ada tidak kuat, anda boleh panaskan mata jarum peniti untuk ia mudah menembusi lip atau bibir gewang berkenaan.
Tutorial 2
Pastikan kedudukan jarum peniti haruslah berada di tengah-tengah mata gewang replika ikan berkenaan. Jika tidak tepat, cabut dan cucuk semula.
Tutorial 3
Tekan perlahan-lahan hingga ia tembus.
Tutorial 4
Pastikan jarum peniti tembus sepenuhnya.
Tutorial 5
Potong lebihan jarum peniti berkenaan dengan menggunakan playar atau pemotong besi.
Tutorial 6
Akhir sekali titiskan gam gajah bahagian atas dan bawah jarum peniti dan biar sehingga kering.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...