Bahan-bahan keperluan:

Ikan tongsan loma atau ikan air tawar segar (sebanyak mana yang nak dibuat)

Garam (bergantung pada berapa banyak ikan)

Beras goreng tanpa minyak (disangai dan ditumbuk halus)

 

Cara Mudah Buat Pekasam Tongsan Loma!!

 

Cara membuat pekasam:

Ads

 

Bersihkan ikan dan toskan airnya semalaman.

Ambil ikan yang telah ditos tadi, salutkan dengan garam keseluruhan ikan tersebut.

Susun ikan tersebut dalam bekas kedap udara (disimpan lebih kurang 2 ke 3 hari).

Pantau jangan sampai ada air (ikan itu mesti dikeringkan selalu airnya).

Ads

Selepas 2 ke 3 hari, ambil ikan tadi dibasuhkan & bilaskan serta ditoskan supaya kering.

Salut ikan yang telah ditos tadi dengan beras goreng dan simpan 2 ke 3 minggu, Baru boleh dimakan ikan itu (lagi lama disimpan, lagi elok menjadi ikan pekasamnya)

 

Cara Mudah Buat Pekasam Tongsan Loma!!

 

Ads

Nota Tambahan:

Pastikan jika ikan didapati ada air di bawah bekasnya, buang airnya supaya ikan kering tetapi lembab.

Pastikan juga supaya bekas yang digunakan tidak dimasuki lalat atau langau kerana bila dihinggapi ditakuti ikan akan berulat.

 

 

 

 

⇒ Simpan Ikan di dalam suhu bilik, tidak perlu di dalam peti ais. Sekiranya selepas 3 minggu bila ia telah menjadi ikan pekasam, sekiranya mahu simpan dalam jangka masa yang lebih lama barulah boleh disimpant dalam peti ais.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI