Bagi sesiapa masih blur dengan makna ikan pekasam, biar kami jelaskan sedikit apa itu ikan pekasam. Ikan pekasam adalah ikan yang diawetkan agar ia boleh disimpan lama dengan menggunakan teknologi pengawetan. Ia juga adalah makanan peraman tradisional yang terkenal dari utara Semenanjung.

 

Jenis ikan pekasam

Ikan yang biasa digunakan ialah air tawar yang biasa didapati dari sungai, tali air atau sawah padi. Biasanya, jenis ikan yang digunakan sebagai ikan pekasam ialah loma, sepat, lampam, tilapia, puyu atau haruan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk proses pengawetan ikan pekasam adalah seperti berikut;

 

Cara Mudah Buat Pekasam Lampam

 

IKAN

 

GARAM

Gunakan garam yang bersih dan bersaiz sederhana halus. Nisbah sukatan garam dan ikan – 1kg ikan : 100g garam.

 

BERAS

Beras perlu digoreng/disangai tanpa minyak dalam kuali sehingga beras kelihatankekuningan dan rangup.

Ads

Kemudian, tumbuk beras tersebut hingga sederhana hancur/lumat jika anda menggunakan lesung batu mahupun mesin blender.

Beras goreng ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan air garam serta menjadi serbuk pekasam yang menambahkan keenakan ikan pekasam.

 

Cara Mudah Buat Pekasam Lampam

 

ASAM KEPING

Asam keping digunakan dalam pembuatan ikan pekasam untuk mengekalkan rasa dan mengelakkan ikan daripada menjadi busuk.

 

Cara-cara buat pekasam lampam

 

Ads

Cara buat ikan pekasam menggunakan alatan yang mudah dan ringkas sahaja. Peralatan yang sedia ada di rumah boleh digunakan.

 

Pilih ikan yang anda gemar jika tiada stok ikan lampam. Ikan mestilah dibersihkan dengan sebersih-bersihnya. Sebaik-baik ikan masih dalam keadaan segar. Makin segar kualiti ikan, makin sedap pekasam nanti.

 

Pastikan segala isi dalam perut ikan dicuci sehingga bersih. Ini bagi mengelakkan ikan busuk dan dihurung lalat selain daripada menjaga kebersihan makanan kita.

 

Cara Mudah Buat Pekasam Lampam

 

Ada yang membuang kepala ikan namun bagi tujuan komersil kepala ikan dikekalkan (mungkin bagi tujuan memberatkan timbangan). Terpulanglah kepada anda, lazimnya kepala ikan pekasam tidak dimakan.

 

Ads

Toskan airnya semalaman. Ini penting untuk menghasilkan pekasam yang berkualiti.

 

Ambil ikan yang telah ditoskan semalaman, salutkan dengan garam pada keseluruhan ikan tersebut.

 

Susun ikan dalam bekas kedap udara dan kemudian tutup bekas tersebut dan simpan ditempat yang selamat selama 2 atau 3 hari.

 

Ambil ikan yang diperap, basuh dan bilas serta toskan hingga kering.

 

Salutkan ikan yang ditoskan tadi dengan beras yang disangai. Pastikan campuran beras tadi lembab dicampur dengan air bersih.

 

Cara Mudah Buat Pekasam Lampam

 

Susun ikan ke dalam bekas yang kedap udara. Susun ikan dengan meletakkan asam keping pada setiap susunan ikan. Susun ikan dalam keadaan teratur.

 

Akhir sekali, tutup bekas dengan rapat. Letak plastik bawah penutup supaya ia betul betul ketat. Sebaiknya catatkan tarikh pada bekas plastik. Ikan pekasam boleh digoreng selepas 2 ke 3 minggu.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI