Cara Menyimpan Umpan Udang Hidup Untuk Tahan Lama!!

Share

 

Kami ingin berkongsi beberapa tip berguna untuk memastikan umpan udang yang dibawa bertahan lama terutama bagi trip yang jauh dan memakan masa beberapa hari. Semoga bermanfaat untuk anda semua!

 

Cuba masukkan daun hijau yang tak bergetah di dalam bekas udang seperti pelepah kelapa atau dedaun yang tumbuh di tepi pantai. Daun itu akan mengurangkan udang hidup berlaga sesama sendiri dan suhu air tidak akan cepat panas.

 

Gunakan kotak foam putih untuk simpan udang hidup khususnya bagi perjalanan jauh atau untuk simpan semalaman. Ini kerana kotak putih luas dan suhu air tidak akan naik. Kotak foam juga lembut tidak mencederakan udang jika berlaga.

 

Ketulan ais perlu dibungkus dalam plastik dan diikat mati sebelum dimasukkan dalam bekas (dan perlu rajin tukar). Peranan ais juga untuk kurangkan air drpd berbau busuk, maka kadar kematian udang akan kurang.

 

Pam udara adalah satu kemestian. Jadi pastikan pam udara sentiasa dalam keadaan baik dan mempunyai bekalan bateri yang mencukupi.

 

Published by
Amang