Cara penjagaan terbaik untuk joran yang mempunyai pemegang gabus ialah dengan membuka lapisan plastik sebaik sahaja ingin mengunakannya.
Ads
Selepas dibuka pemegang gabus itu sebaiknya disapukan dengan bahan cecair ‘Cork Seal’ untuk melindungi gabus dari memasuki air lantas menjadikannya kalis air. Cecair ‘Cork Seal’ ini juga mengeraskan gabus supaya ia tidak mudah tersopek dan reput.
Ads
Ads
Joran yang telah disapu ‘Cork Seal’ tidak licin seperti joran yang disapu Epoxy. Saya tidak syorkan joran yang mempunyai pemegang gabus di Epoxy kerana ia menjadikannya licin dan tidak sesuai untuk aktiviti casting.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kebanyakan pengunjung menggunakan joran pole sendiri. Joran pole yang dibawa sendiri biasanya tidak menggunakan teknik pelampung seperti mana pole yang disediakan.
Kebanyakannya menggunakan teknik gelungan seakan-akan spring yang terletak antara hujung sambung joran dan tali utama. Namun bagi orang baru, biasanya menggunakan pelampung.
Dengan cara ini, getuan halus udang harimau lebih mudah dikesan. Cuma mata haruslah sering memerhatikan pergerakan pelampung.
Apabila menggunakan joran dilengkapi pelampung, anda disarankan mengukur semula kedalaman kolam, kemudian selaraskan semula dengan paras pelampung pada tangsi.
Ini kerana kedalaman air kolam berubah-ubah, kadangkala airnya rendah, kadangkala dalam. Jadi apabila kita dapat selaraskan kedudukan pelampung di tangsi dengan kedalam kolam, peratusan untuk sukses adalah tinggi.
Mata kail pula dari jenis Gamakatsu no. 8 (mata kail yang terdapat gelungan timah dililit pada tangkai mata kail).
Timah yang dililit pada tangkai mata kail untuk memastikan mata kail sentiasa tegak ke bawah, tidak terjungkit ke atas agar tancapan pada mulut udang lebih kukuh semasa sentapan dibuat. Selain itu ia juga bertindak sebagai pemberat.
Umpan isi udang, hati ayam atau perumpun boleh digunakan. Namun umpan perlulah dilabuhkan di tempat yang betul. Hotspot terbaik ialah sekitar penjuru kolam dan juga buih-buih bekalan oksigen.
Sudah menjadi kelaziman pemancing udang kolam akan berubah tempat untuk mencari port udang berkumpul. Jika dalam masa 5 minit tiada ragutan, mereka akan berpindah port. Sebaik saja umpan dilabuhkan, mata terus fokus pada pelampung.
Setelah kelihatan pelampung tenggelam, berikan sedikit ruang kepada udang untuk membawa lari umpan. Ketika ini tumpuan terhadap joran dan pelampung amat penting.
Perlahan-lahan angkat joran dan apabila terasa berat udang, lakukan sedikit sentapan bagi memudahkan mata kail tercangkuk kemas di mulut udang (kadang-kadang ada yang tercangkuk kaki atau ekor).
Pastikan sentapan dibuat berlawanan dengan arah udang membawa lari pelampung. Biasanya teknik mudah dan ringkas ini berjaya membuahkan hasil.
Tips tambahan
Teknik casting udang. Teknik ini digunakan untuk untuk menangkap udang yang pening-pening lalat dan berlegar-legar di permukaan kolam.
Biasanya apabila stok udang dimasukkan, udang-udang baru akan naik ke permukaan. Ketika inilah otai-otai kolam mempraktikkan teknik ini.
Mata kail tanpa umpan akan dihulurkan betul-betul di hadapan udang yang timbul. Apabila udang berenang ke hadapan, joran disentap keras untuk menusuk ke badan udang tadi.
Biasanya teknik ini dibenarkan oleh pemilik kolam kerana ia tidak dianggap sebagai menangguk udang.
terdapat penjual enjin sangkut individu dan kedai membaiki enjin sangkut di pasaran. Enjin sangkut yang bermasalah dapat dikesan dengan mendengar bunyi yang agak bising apabila dihidupkan.
Sistem rod dan piston mewujudkan bunyi yang agak kasar menandakan enjin sangkut ini dalam keadaan kurang memuaskan.
Kuasa kudanya akan menurun dan tolakan sampan menjadi kurang bertenaga sekiranya digunakan. Ditambah lagi penggunaan minyak akan menjadi lebih kuat berbanding enjin yang masih baik.
Sistem coil api juga perlu dilihat supaya enjin sangkut terpakai ini boleh menyalurkan api yang kuat untuk disalurkan kepada plug. Alat ini amat penting dan adakala ia mudah rosak dan harga alat gantinya boleh tahan juga!
Walau apa jua pilihan pemancing sama ada ingin membeli enjin sangkut baru atau terpakai, penyesuaian terhadap bot amat penting. Padankanlah enjin sangkut sepadan dengan sampan yang digunakan.
Melalui analisis saiz maksima duri malim membesar tentu secara khusus pemancing boleh congak apakah saiz dan kombinasi peralatan yang sesuai untuk menawannya.
Namun begitu keserasian peralatan yang bakal digunakan pula mestilah mengambil kira faktor kedalaman air, kelajuan arus serta jenis dan teknik memancing yang bakal dijalankan.
Sekiranya pantai menjadi pilihan, kekili yang boleh memuatkan tangsi 20lb sepanjang 200 meter amat sesuai dan perlu dipadankan dengan joran 9 kaki ke atas.
Jika mengunakan bot atau sampan untuk memancing, joran 6 kaki dengan apa jua kekili maksimum 30lb sudah mencukupi. Jika padang pancing cetek dikunjungi saya lebih syorkan tangsi dipakai berbanding mengunakan tali sulam.
Selaras dengan tabiat ikan duri malim yang sentiasa berada di dasar lautan, teknik memancing dasar paling efektif. Maka pemancing perlu bijak mengunakan ladung yang sesuai dengan arus semasa supaya umpan tidak hanyut ke atas.
duri malim dan hampir kesemua duri tidak cerewek pasal umpan. Begitu juga dengan saiz perambut dan mata kail. Bagaimanapun untuk memastikan sentapan berakhir dengan kejayaan, saiz mata kail paling sesuai ialah no 1/0 dan 3/0 sudah dianggap besar.
Perambut 30lb sepanjang 45cm merupakan stail kegemaran saya jika memancing di air kurang dari kedalaman 50 kaki. Tangsi 20lb hingga 30lb paling lumrah saya gunakan untuk mana-mana teknik memancing muara.
Kalau memancing mana-mana jenis ikan duri boleh dikatakan hampir kesemua jenama umpan di sebatnya. duri malim juga jarang dan tidak terlalu memilih umpan. Asalkan ia berada di kawasan laluan pasti tidak ditolaknya.
Dari udang hidup, perumpun, sotong cumit, jejari sotong kurita, hirisan sotong pasar, hirisan ikan pelaling, ikan beliak mata hidup dan mati, belanak dan perumpun.
Paling mudah dan tidak ingin memeningkan kepala pasal umpan guna sahaja ikan pelagik seperti pelaling, selayang, selar dan tamban mudah didapati di kebanyakan pasar utama.
Hirisan ikan-ikan pasar lebih mudah dan menjimatkan belanja jika sekadar untuk memancing suka-suka di pinggiran pantai dan muara.
Hirisan jangan terlalu besar kerana duri malim tidak menelan terus umpan kerana saiz lazim kurang dari sekilogram.
Namun seperti yang saya katakan ia tetap mampu memberi kepuasan kepada pemancing selain memberi cita rasa hanyir dan lendir ketika dipegang nanti.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...