Cara Mengolah Ikan Buntal Untuk Selamat Dimakan

Share

 

Berlaku satu kejadian di mana empat sekeluarga di negara jiran kita mati sejurus memakan ikan buntal beracun yang dimasak oleh mereka sendiri. Kejadian itu berlaku apabila si anak membawa pulang ikan buntal yang dipancingnya. Si ibu segera menyiang dan memasak ikan tersebut tanpa mengetahui kewujudan racun tersebut.

 

 

Racun yang terdapat di dalam ikan buntal adalah racun yang sangat berbahaya dan boleh mematikan. Racun yang ada di dalam badan ikan buntal jenis racun tetrodotoxin. Racun itu berada di bahagian hati, hempedu dan kulit ikan buntal dan dapat membunuh 30 orang dewasa jika memakannya.

Namun, walaupun ikan buntal ini beracun dan berbahaya, jika cara mengolahnya betul ia akan menjadi santapan yang lazat dan nikmat.

 

Menurut seorang chef terkemuka dari Jepun, Takanori Kurokawa, ikan buntal atau ikan fugu dapat dimakan dengan selamat jika pengolahannya betul. Justeru itu para chef di sana perlu memiliki lesen khas untuk menyediakan makanan dari ikan buntal. Biasanya orang Jepun menjadikan ikan buntal sebagai sashimi atau fugu.

 

 

Jika anda berhajat untuk merasai kenikmatan ikan ini, patuhilah tips dan tatacara mengolah dan memasak ikan buntal. Namun kami tidak bertanggungjawab sekiranya mengalami sebarang keracunan.

 

Buang kulit ikan buntal

Buang kulit ikan buntal dari bahagian mulut sehingga keseluruhannya. Ia sama sebagaimana anda menguliti kaki lembu. Ia bagi mengelak daripada racun yang terdapat kulit ikan buntal ini meracuni masakan.

 

 

Cuci bersih

Daging ikan buntal itu sebersih bersihnya. Pastikan lendir yang menyelaputi daging ikan dibuang atau dicuci sehingga hilang semuanya.

 

 

Buang sirip dan tulang

Ambil isi ikan sahaja dengan cara menggunakan pisau yang tajam. Hiris isi ikan secara mengiring tanpa menyentuhi tulang tengahnya atau bahagian perutnya. Ambil isi sahaja dan buang sisa yang lain.

 

Buang bahagian kepala

Sebaiknya bahagian kepala ikan buntal dibuang walaupun bahagian mata dan sedikit daging pada bahagian kepala boleh dimakan. Lupakan saja kegemaran anda menyedut mata ikan.

 

 

Tip penting!

 

Sebaiknya jangan memotong bahagian badan ikan. Membelah ikan buntal perlu dilakukan penuh cermat dan fokus apatah jika anda tidak mengetahui kedudukan hati dan ovarium ikan buntal tersebut. Ini kerana pada bahagian hati dan ovarium paling banyak mengandungi racun.

 

Seandainya tersilap langkah dan kedua organ ikan tersebut pecah maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh bahagian ikan tersebut. Sekiranya hati dan ovarium ikan sudah pecah, sebaiknya buang saja ikan tersebut kerana sangat-sangat berbahaya untuk dimakan.

 

Published by
Amang