Riverse knot ini merupakan ikatan paling mudah dilakukan terutamanya bagi mengikat perambut dawai bersalut plastik. Ikatan ini sering digunakan oleh pemancing bagi mengikat mata kail khusus untuk memancing ikan bergigi tajam seperti tenggiri dan juga toman.
Kelebihan ikatan ini adalah disebabkan tiada bebanan simpulan ke atas perambut atau dawai yang digunakan. Oleh yang demikian lilitan tidak mudah lucut sebaliknya semakin mencengkam apabila diberi tentangan.
Perambut perlu dipotong terlebih dahulu mengikut panjang saiz yang dikehendaki. Sebaiknya lebih satu inci dari panjang saiz yang dikehendaki bagi tujuan simpulan. Dan pastikan juga lubang cincin mata kail yang digunakan sepadan dengan saiz perambut. Pilihan terbaik ialah mata kail dari jenis large ring.
Tutorial 1
Masukkan salah satu hujung perambut menerusi cincin melalui arah satu arah. Sebaiknya dari bawah atau belakang lubang cincin. Pastikan hujung tali yang dimasukkan sama panjang dengan teras batang mata kail.
Ads
Tutorial 2
Pegang dengan kemas bahagian perambut pada teras mata kail sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 3
Ambil bahagian perambut utama dan tariknya dalam keadaan tegang dan tidak terlepas bahagian hujung yang dipegang. Bila menggunakan perambut dawai anda dapat rasakan sedikit kesukaran untuk membuatnya.
Ads
Tutorial 4
Mulakan lilitan pada teras batang mata kail ke arah hujung mata kail. Ia sedikit sukar kerana kebanyakan ikatan atau lilitan terarah ke lubang cincin.
Tutorial 5
Ads
Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan. Jika teras mata kail panjang bolehlah sehingga 7 lilitan dan pastikan lilitan tersebut tidak menutup sepenuhnya hujung perambut.
Tutorial 6
Akhir sekali masukkan bahagian hujung perambut utama ke dalam lubang cincin juga dari arah yang sama (belakang/bawah) sebagaimana memasukkan hujung perambut yang awal tadi.
Tutorial 7
Ikatan mata kail yang telah siap sepenuhnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Arbor knot adalah ikatan terbaik bagi menghubungkan mata kail dengan perambut kasar melebihi 50lb. Namun ia kurang sesuai jika menggunakan perambut kecil kurang dari 50lb. Jom try buat ikatan yang merupakan ikatan paling awal ini.
Step 1
Masukkan hujung perambut ke dalam cincin mata kail kira-kira sejengkal (pastikan mata kail yang digunakan memiliki lubang cincin yang luas). Kemudian buat simpulan mati pada hujung perambut. Pastikan simpulan ini diketatkan dengan sekuat mungkin. Gunakan playa untuk menariknya dengan kuat.
Step 2
Buat simpulan mati kedua dengan membelitkan hujung perambut dengan bahagian perambut utama (bahagian perambut sebelum memasuki lubang cincin mata kail).
Step 3
Jerut simpulan yang dihasilkan dengan teliti dan pastikan simpulan mati pertama yang dihasilkan tadi berada di luar jerutan kedua.
Step 4
Tarik bahagian perambut utama sehingga jerutan kedua yang dihasilkan itu merapat bahagian cincin mata kail. Jerut dengan sekuat yang mampu sehingga jerutan pertama tertekan pada jerutan kedua. Jerutan pertama ini sebenarnya adalah stopper kepada ikatan ini.
Step 5
Tarik ikatan dengan menggunakan playar bagi memegang mata kail. Selepas itu potonglah lebihan tali pada bahagian hujung tali. Ikatan yang dihasilkan tidak akan terlerai walaupun kelihatan tidak mampat. Namun inilah kunci kekuatan ini sebenarnya. Dalam tempoh kurang dari seminit ia sudah disiapkan!
Untuk mengikat perambut kabel atau dawai (hardwire) pada mata kail sebenarnya tidaklah sesukar mana jika kita tau teknik yang betul. Malah teknik ikatannya sangat mudah dan setakat ini belum dilaporkan gagal.
Alatan keperluan yang digunakan:
Tutorial 1
Terlebih dahulu anda perlu memotong sepanjang mana kabel yang ingin digunakan. Kemudian masukkan salah satu hujung kabel dalam lubang cincin (dari bahagian atas) kira-kira sama panjang dengan teras mata kail.
Tutorial 2
Ambil bahagian kabel yang panjang kemudian mulakan lilitan dari arah lubang cincin ke arah hujung mata kail. Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan.
Tutorial 3
Setelah itu masukkan hujung bahagian kabel yang melilit itu ke dalam lubang cincin melalui arah bawah.
Tutorial 4
Tarik hujung kabel agar simpulan pada teras mata kail menjadi kemas. Kemudian bolehlah potong lebihan kabel pada mata kail dan perambut kabel ini boleh disambung dengan perambut mono dengan kaedah ikatan Albright yang telah pun kita pelajari sebelum ini.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...