Cara Mengikat Mata Kail Di Tengah Tali Perambut

Share

 

Simpulan dropper atau dropper loop adalah satu teknik ikatan perambut yang banyak kegunaannya. Selain dijadikan simpulan, ia juga boleh digunakan untuk mengikat mata kail secara langsung dan teknik ini dinamakan drop shot. Ikatan ini lazimnya digunakan bagi pancingan menggunakan gewang tiruan soft plastic.

 

Tutorial 1

Masukkan tali perambut ke dalam cincin mata kail. Pastikan kedudukan mata kail itu berada di tengah perambut. Kemudian silangkan hujung perambut dan mata kail kelihatan berada di dalam satu lingkaran.

 

 

Tutorial 2

Masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran satu persatu. Setelah masukkan hujung perambut di tangan kiri, masukkan pula hujung perambut di tangan kanan.

 

 

Tutorial 3

Untuk memudahkan pintalan, anda boleh melakukan dengan pusingan jari atau masukkan pen di ruang tengah pintalan.

 

 

Tutorial 4

Buat pintalan sekurang-kurangnya sepuluh lilitan sehingga ruang tengah pintalan menjadi kecil. Pastikan ruang ini tidak terlepas pegang kerana pintalan akan terlerai atau sukar untuk mencari titik tengah pintalan.

 

 

Tutorial 5

Pegang kedua-dua bahagian hujung pintalan dan masukkan mata kail sepenuhnya ke ruangan tengah pintalan.

 

 

Tutorial 6

Tarik kedua-dua bahagian hujung simpulan dan pastikan mata kail tidak terkeluar dari ruang tengah tersebut.

 

 

Tutorial 7

Sebaiknya basahkan dulu pintalan ini sebelum menariknya sehingga ketat. Dalam masa sama pastikan simpulan terbentuk dengan kemas tanpa bertindih. Kemudian barulah mengetatkannya sekuat mungkin.

 

 

Tutorial 8

Ikatan drop shot yang siap untuk dipasangkan soft plastic.

 

Published by
Amang