Simpulan dropper atau dropper loop adalah satu teknik ikatan perambut yang banyak kegunaannya. Selain dijadikan simpulan, ia juga boleh digunakan untuk mengikat mata kail secara langsung dan teknik ini dinamakan drop shot. Ikatan ini lazimnya digunakan bagi pancingan menggunakan gewang tiruan soft plastic.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut ke dalam cincin mata kail. Pastikan kedudukan mata kail itu berada di tengah perambut. Kemudian silangkan hujung perambut dan mata kail kelihatan berada di dalam satu lingkaran.
Tutorial 2
Masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran satu persatu. Setelah masukkan hujung perambut di tangan kiri, masukkan pula hujung perambut di tangan kanan.
Ads
Tutorial 3
Untuk memudahkan pintalan, anda boleh melakukan dengan pusingan jari atau masukkan pen di ruang tengah pintalan.
Tutorial 4
Buat pintalan sekurang-kurangnya sepuluh lilitan sehingga ruang tengah pintalan menjadi kecil. Pastikan ruang ini tidak terlepas pegang kerana pintalan akan terlerai atau sukar untuk mencari titik tengah pintalan.
Ads
Tutorial 5
Pegang kedua-dua bahagian hujung pintalan dan masukkan mata kail sepenuhnya ke ruangan tengah pintalan.
Tutorial 6
Tarik kedua-dua bahagian hujung simpulan dan pastikan mata kail tidak terkeluar dari ruang tengah tersebut.
Ads
Tutorial 7
Sebaiknya basahkan dulu pintalan ini sebelum menariknya sehingga ketat. Dalam masa sama pastikan simpulan terbentuk dengan kemas tanpa bertindih. Kemudian barulah mengetatkannya sekuat mungkin.
Tutorial 8
Ikatan drop shot yang siap untuk dipasangkan soft plastic.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Shock leader knot adalah satu ikatan untuk menghubungkan perambut (leader) dengan tali utama (tali sulam). Ia adalah satu ikatan yang kuat dan amat sesuai untuk digunakan dalam pancingan teknik dasar (bottom) khususnya pancingan dasar di laut lepas.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan biasa (over hand knot) pada hujung leader (perambut).
Tutorial 2
Masukkan tali utama (tali sulam) ke dalam simpulan pada leader tersebut.
Tutorial 3
Ketatkan simpulan pada leader dengan seketat mungkin.
Tutorial 4
Biarkan satu loop (lingkaran) sebelum membuat lilitan pada leader.
Tutorial 5
Buatkan sekurang-kurangnya 7 lilitan pada leader tersebut.
Tutorial 6
Lilit kembali dengan jumlah yang ke arah bertentangan.
Tutorial 7
Masukkan hujung tali utama ke dalam loop dan lilitkan pada leader.
Tutorial 8
Seterusnya lilitkan sekali lagi pada leader tersebut.
Tutorial 9
Tarik perlahan-lahan hujung dan tali utama sambil menyusun simpulan yang terhasil.
Tutorial 10
Kemaskan semua simpulan dengan seketat-ketatnya.
Tutorial 11
Potong lebihan hujung tali utama dan leader dan kemudian bakarkan sedikit hujungnya.
Pada asasnya ikatan figure eight (8) knot ini adalah untuk menghasilkan satu simpulan atau ikatan mati yang berfungsi sebagai stopper. Namun dari simpulan asas ini turut boleh digunakan untuk menyambung peralatan lain seperti mata kail, kili mahupun menghubungkan dua tali pancing.
Langkah 1
Buatkan satu lingkaran atau huruf O dengan meletakkan bahagian hujung tali ke atas bahagian tali utama.
Langkah 2
Kemudian lingkar hujung tali ke bahagian bawah tali utama.
Langkah 3
Seterusnya lalukan pula hujung tali ke dalam lingkaran huruf O yang dihasilkan tadi.
Langkah 4
Dua lingkaran akan terbentuk dan kelihatan seperti nombor 8. Kerana itulah ia diberi nama figure 8 knot.
Langkah 5
Tarik kedua-dua bahagian tali seketatnya hingga terbentuk simpulan ikatan mati. Simpulan ini cukup kuat untuk dijadikan stopper pada hujung tali.
Langkah 6
Ikatan figure 8 knot ini juga boleh dijadikan salah satu ikatan mata kail atau kili dengan cara memasukkan hujung tali ke dalam cincin pada peringkat awal menghasilkan figure 8 knot (sebaiknya buatkan simpulan figure 8 knot pada bahagian hujung tali dahulu sebagai stopper)
Langkah 7
Ikatan mata kail dengan menggunakan teknik figure 8 knot.
Teknik ikatan lelabah atau spider hitch loop knot merupakan satu kaedah simpulan dan ikatan untuk menghasilkan satu loop atau gelung yang sempurna. Gelung yang terhasil ini biasanya digunakan untuk menyambungkan swivel atau boleh juga untuk menyambungkannya dengan tali mono. Cara menghasilkan loop ini juga mudah dan boleh dihafal dalam masa yang amat singkat. Jom sama-sama buat!
Tutorial 1
Lipatkan tali sulam mengikut saiz loop yang anda inginkan. Kalau loop yang besar, panjanglah tali yang perlu dilipat dua.
Tutorial 2
Kepit bahagian tindanan tali di bawah ibu jari dengan jari telunjuk sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 3
Kemudian lilit tali berkembar pada ibu jari menghala ke arah hujung kuku. Pastikan lilitan ini tidak bertindih.
Tutorial 4
Kemudian masukkan bahagian lengkungan tali ke dalam gelung yang dikepit di celah jari.
Tutorial 5
Tarik perlahan-lahan hingga lilitan pada ibu jari melurut turun secara satu persatu.
Tutorial 6
Pastikan bahagian tali yang dikepit tidak terlepas.
Tutorial 7
Simpulan yang terhasil sebelum diketatkan. Sebaiknya perhatikan simpulan ini tersusun cantik agar tidak bertindan apabila diketatkan.
Tutorial 8
Tarik bahagian hujung dan pangkal tali dengan kuat sehingga ikatan terjerut kemas.
Tutorial 9
Kemaskan ikatan dengan memotong bahagian lebihan tali yang tidak diperlukan lagi.
Tutorial 10
Ikatan lelabah yang telah siap dan boleh digunakan untuk mengikat swivel atau disambung dengan tali leader.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...