Apa kata jimatkan kos batu ladung terutama pancingan bottom di lokasi-lokasi risiko dengan menggunakan barang terpakai.
Caranya adalah menggunakan palam pencucuh (plug) terpakai yang boleh didapati secara percuma di bengkel-bengkel motosikal.
Ads
Walaupun sukar untuk menentukan beratnya berbanding terdapat nombor pada batu ladung yang dijual di kedai, apa kata rajin-rajinlah menimbang berat palam pencucuh
(gunakan penimbang elektronik) berkenaan dan gandakan ia mengikut berat yang sama dengan batu ladung yang mempunyai nombor.
Ads
Untuk laut dalam, boleh gunakan potongan batang besi (besi yang digunakan membuat cerucuk bangunan) dengan cara mengubah suai di bengkel pertukangan.
Ads
Bahkan, ia sebenarnya bukan perkara baru, pemancing tradisional yang menggunakan botol mineral yang di dalamnya diisi dengan bancuhan simen.
Memancing sememangnya menuntut kos tinggi. Pendek kata, selagi dapat mengurangkan kos, ia sudah cukup baik untuk poket anda. Selamat mencuba!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mata kail saiz 6 atau saiz mata kail untuk pancing gelama pun boleh
Batu ladung (batu mati) saiz 2 atau 3 (lebih kecil lebih bagus tetapi tengok arus juga)
Kita boleh buat perambut hidup (guna batu hidup) atau gantung terpulang kepada selera pemancing, tetapi bagi aku perambut gantung (guna batu mati) lebih sesuai kerana senang nak lontar umpan dengan perambut panjang dan ladung yang kecil.
Kenapa aku katakan perambut gantung ini lebih sesuai?
Pertama, korang kena tahu bahawa ikan talang makan umpan sambil bergerak. Kalau batu perambut berat maka umpan akan tercabut dan tidak akan dapat hook up.
Biasanya anak talang hanya menggonggong sebahagian badan umpan, bukan terus menelannya. Sebab itu jika kita pakai ladung besar umpan selalu habis tetapi tidak ada sebarang hasil.
Kedua, perambut yang kecil dan lembut sangat perlu kerana ikan ni dah biasa sangat dengan manusia serta mata kail. Perambut yang kasar dan besar membuatkan ikan tu naik cuak apabila ternampak perambut yang kasar serta bunyi perambut berdengung dalam air.
Aku pernah mendengar ada orang memancing senangin dengan perambut 10lb sahaja. Katanya ikan kurang ragut jika guna perambut besar. Cara nak naikan ikan tu terpulang kepada pemancing sendiri la.
Ketiga, mata kail yang kecil juga perlu kerana mata kail yang besar lebih berat. Mata kail yang berat membuatkan umpan tamban hidup berenang tidak cergas. Umpan yang cergas membuka lebih peluang untuk ikan meragut umpan.
Keempat, kenapa kita nak membazir membeli ladung dan perambut yang lebih besar kalau kita dapat menaikan ikan dengan menggunakan perambut yang ringan dan murah?
Saya biasa mancing kolam di tempat saya di Sabah, jadi saya nak tahu sangat pasal peraturan pancing kolam berbayar kat Semenanjung.
Macamana dia punya peraturan untuk bawa balik ikan? Kena timbang dulu atau terus bawa balik??
Jawapan:
Sebagai makluman, biar kami jelaskan kategori kolam pancing berbayar atau kolam pancing komersial terlebih dahulu.
Kolam pancing komersial terbahagi kepada dua kategori iaitu kolam air masin dan kolam air tawar. Dan kedua-duanya mengamalkan konsep yang agak berbeza.
Bagi kolam pancing air tawar terbahagi kepada beberapa konsep; konsep berlauk, konsep pancing dan timbang, konsep bayar balik duit ikan, konsep ranking dan jackpot dan konsep tangkap dan lepas sepenuhnya.
Bagi konsep berlauk ia lebih konsep konvensional iaitu bayar yuran memancing untuk beberapa jam dan hasil tangkapan boleh dibawa pulang sepenuhnya.
Konsep pancing dan timbang pula pemancing akan dikenakan yuran memancing rendah (contoh: RM10 untuk sehari) dan sekiranya ingin membawa pulang ikan yang dipancing akan dikenakan caj bayaran tertentu (contoh; tilapia RM5 per kilogram).
Konsep pancing bayar balik duit ikan pula lebih kepada konsep tangkap dan lepas, pemancing tidak boleh membawa pulang ikan dan perlu membayar yuran memancing
(contoh RM 30 untuk 3 jam) namun setiap tangkapan pemancing akan ditimbang dan akan dibayar (contoh patin RM 1 per kilogram).
Konsep ranking dan jackpot juga konsep pancingan tangkap dan lepas, pemancing tidak boleh membawa pulang ikan dan perlu membayar yuran memancing (contoh RM30 untuk 6
jam), dan sekiranya hasil tangkapan merupakan ikan terberat dalam senarai ranking tangkapan atau mencapai sasaran maka bonus atau hadiah wang tunai dalam kadar tertentu akan diberikan kepada pemancing.
Sementara konsep tangkap dan lepas sepenuhnya lebih kepada konsep sport fishing yang mana pemancing perlu membayar yuran untuk memancing ikan sukan atau game fish (contoh RM100 untuk 3 jam) dan tidak akan menerima sebarang imbuhan.
Begitu juga dengan pancingan kolam air masin, peraturan dan syarat mungkin berbeza namun konsepnya tidak jauh berbeza.
Yang penting, sebelum memancing di mana-mana kolam, ada baiknya korang fahami dulu peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak kolam.
Bertahun-tahun yang lalu, pembuatan mata kail adalah proses multi kompleks yang intensif tenaga kerja.
Proses pembuatan tangan menjadi dasar untuk pembuatan mata kail moden tetapi tidak pernah mendekati kualiti tinggi (dan murah) mata kail sebagaimana yang kita gunakan hari ini. Berikut adalah sedikit langkah bagaimana mata kail pernah dihasilkan.
Ia dimulai dengan melingkar dawai logam yang dimasukkan melalui lubang di blok logam dan hujung yang harus dipotong di atas blok kedua. Jarak antara dua blok menentukan panjang mata kail dari hujung teras mata ke titik jarum mata kail dan mampu bervariasi untuk menghasilkan mata kail yang lebih panjang atau lebih pendek. Pisau digunakan untuk memotong panjang kawat yang diukur.
Langkah kedua adalah membuat barb atau duri pandan. Panjang potongan dawai diletakkan di atas blok logam, pahat bermata diaplikasikan pada dawai pada titik yang tetap, dan pukulan tajam pada pahat yang tertancap di kawat untuk membuat duri pandan.
Dawai logam dipanaskan sehingga akan menjadi mampu bentuk, dengan memanaskannya menjadi kemerahan rendah dan membuatnya menjadi sejuk secara perlahan.
Hujung dawai logam yang berduri tetapi tumpul itu kemudian diletakkan di atas landasan kecil dan pukulan lain dengan sebuah alat membelahnya menjadi dua titik. Yang ada di sisi duri itu dipisahkan.
Kemudian dawai logam yang mudah dibentuk diletakkan di atas balok yang memiliki bentuk terangkat di mana dawai logam yang ditekuk untuk membentuknya.
Blok yang berbeza digunakan untuk menghasilkan jenis lingkaran seperti Sneck atau Sproat. Mata atau metod pelekatan lainnya kemudian dibentuk pada hujung yang tumpul dari teras.
Logam yang masih relatif lembut, kemudian dikeraskan. Mata kail dimasukkan ke dalam piring besi lembaran berat, dimasukkan ke dalam oven, dibakar ke hingga ke kepanasan merah ceri, dan dimasukkan ke dalam minyak.
Pada tahap ini ia keras tetapi rapuh. Kemudian ia dipanaskan di dalam pasir alat besi yang berat. Ketika ia mencapai suhu yang tepat untuk kombinasi kekuatan dengan kekerasan, ia dikeluarkan dan disejukkan.
Jika proses pengerasan dilakukan terlalu lama, alatan tersebut terbakar dan semua mata kail di dalamnya akan rapuh. Jika tidak cukup panas mata kail akan jadi dan mudah diluruskan.
Mata kail yang masih hangat itu ditempatkan dalam drum berputar bagi memisahkanya satu persatu. Mata kail kemudian diberi sentuhan terakhir dan diperkemaskan.
Sebagai ujian kualiti, mata kail ditempatkan pada blok yang dilengkapi dengan pasak kecil yang menahan titik dan menekuk dengan kuat. Seorang inspektor akan memegang teras batang mata kail dan membentuknya ke sudut tertentu yang diacuankan pada blok.
Jika teras atau bahagian mana pun dari mata kail patah, ia disingkirkan. Jika teras tidak memiliki ketahanan untuk dibentuk kerana proses pembakaran dengan suhu rendah, ia juga akan dibuang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...