Roti kentang atau biasa disebut pemancing, roti potato merupakan antara jenis roti yang TERBAIK untuk dijadikan umpan.
Namun untuk menjadikan roti kentang ini sebagai bahan umpan, ia bukanlah sekadar mencucuknya pada mata kail.
Sebelum dijadikan umpan terutamanya ikan patin, roti kentang perlulah dipotong dengan teknik yang betul agar sesuai untuk dijadikan bahan umpan.
LANGKAH 1
Kupas kulit roti bahagian atas dengan menggunakan jari atau pisau / gunting. Bahagian ini tidak diperlukan, jadi korang boleh pilih sama ada untuk dibuang ke kolam atau dimakan. Sebenarnya bahagian inilah yang paling sedap untuk dimakan.
LANGKAH 2
Roti potato yang sudah siap dikupas kulit atasnya dengan sempurna. Ia perlu berkeadaan begini kerana bahagian kulit roti yang garing dan keras itu membuatkan roti dadu nanti akan susah untuk dikepal.
LANGKAH 3
Bahagian tepi kulit roti juga perlu dikupas keluar tetapi tinggalkan kulit roti bahagian bawah (hanya 1 atau 2 buku roti sahaja yang perlu untuk dijadikan inti).
LANGKAH 4
Potong roti kepada 3 bahagian dengan menggunakan gunting yang bilah panjang dan tajam. Ia penting untuk mendapatkan hasil potongan yang bersih dan cantik.
LANGKAH 5
Hasil potongan 3 bahagian roti yang hampir sama saiz ukurannya. Buatlah anggaran saiz ukuran sebelum memotongnya.
LANGKAH 6
Setelah itu potong dadu pula setiap roti yang telah dipotong 3 bahagian tadi menjadi 3 potongan dadu.
LANGKAH 7
Hasil potongan dadu yang kemas dan bersaiz sama. Bahagian roti dadu yang berkulit ini sesuai untuk digunakan sebagai inti atau roti yang dicangkukkan pada mata kail. Bahagian kulit itulah yang berperanan menahan roti daripada mudah pecah.
LANGKAH 8
Roti potato potong dadu yang siap untuk dibancuh dengan umpan pilihan korang. Sedikit tip untuk korang, pastikan guna umpan yang likat seperti pes umpan yang tidak bercampur air.