Terdapat pelbagai jenis lure retriever atau lure retriever di pasaran. Boleh dikatakan setiap lure retriever memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Ada lure retriever yang hanya sesuai untuk digunakan jika berada di atas bot memancing dan ada juga lure retriever yang boleh digunakan untuk pancingan tebing atau landbase casting. Ada juga lure retriever untuk kegunaan kedua-dua situasi.

 

Cara Menggunakan Lure Retriever Dengan Betul!!

 

Begitu dengan kaedah lure retriever itu memainkan peranannya. Ada lure retriever yang berfungsi dengan cara menghentak gewang yang tersangkut dan ada juga yang bertindak menarik gewang tersebut sama ada menerusi kili atau swivel, mata kail dan badan gewang itu sendiri. Setiap kaedah ini juga ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

 

Cara Menggunakan Lure Retriever Dengan Betul!!

Ads

 

Dalam perkongsian ini kami akan perlihatkan cara penggunaan dan pilihan yang ada untuk membebaskan bahagian yang tersangkut. Lure retriever yang kami pilih ini sesuai untuk kegunaan bagi casting di daratan dan juga di atas bot.

 

Masukkan tali pancing ke dalam lingkaran gelung pada bahagian atas lure retriever terlebih dahulu.

 

Ads

Buka klip dawai, masukkan tali pancing dan kemudian tutup kembali klip dawai tersebut.

 

Lure retriever sedia untuk dilepaskan. Pastikan tali pancing dalam keadaan tegang ketika melurutkan lure retriever ini ke dalam air. Sekiranya memancing dari tebing, sebaiknya tinggikan hujung joran setinggi yang mampu.

 

Apabila hujung dawai menyentuh gewang, usahakan agar ia dapat mencangkuk kili gewang.

Ads

 

Cara menarik pada kili ini adalah alternatif awal sekiranya dawai pecangkuk tidak dapat masuk ke badan gewang. Jadi, pastikan kili atau swivel dan split ring yang digunakan berkekuatan lebih tinggi daripada kekuatan mata kail.

 

Jika mata kail lebih kuat, berkemungkinan kili atau spling ring yang tewas sekaligus menyebabkan gewang pun lebur.

 

Sekiranya gewang tersangkut menerusi mata kail belakang, maka dawai pencangkuk boleh dihenjut memasuki badan gewang sehingga mencangkuk mata kail atau split ring. Cara menarik bahagian ini lebih berkesan dan paling kurang risiko kehilangan gewang.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI