Bila tali pancing tidak licin dan berbulu. Perubahan ini kita dapat diperhati dan dirasa dengan sentuhan pada tali tersebut. Jadi, ia perlu dibuang atau ditukar baru.
Bila ia mudah putus apabila direntap, menandakan ia sudah rapuh dan tidak sesuai digunakan lagi.
Bila ia bertukar warna atau warna asal luntur dengan begitu ketara.
Bila ia mempunyai kesan calar dan tahap kerinting yang ketara khususnya pada tali tangsi atau mono.
Bila atau basuh dengan air tawar dengan bersih selepas digunakan. Tidak kiralah sama ada digunakan untuk pancingan air masin atau air tawar.
Keringkan ia di kawasan berbumbung (contoh mudah di dalam rumah) dan tidak kena secara langsung cahaya matahari yang terik.
Jauhi dari lampu ultra ungu (lampu di dalam akuarium atau lampu untuk menyinarkan jig) serta bahan petroleum.
Keluarkan semua tali dari kekili sekurang-kurangnya setahun sekali dan cuci tali (khususnya tali sulam) dan apabila nak digunakan masukkan semula ke dalam gelendong kekili dengan cara masukkan dahulu bahagian tali yang telah digunakan.
Sebaiknya jangan simpan kekili di dalam kenderaan kerana bahang panas kenderaan yang terjemur di tengah panas boleh menjejaskan kualiti tali.
Sekiranya kita menjaga tali pancing dengan baik saya percaya kita boleh menggunakannya antara 5 hingga 10 tahun.
Tip tambahan:
Buang tali pancing dengan sempurna, jangan buang di perairan atau tinggalkan ia begitu sahaja di atas tanah kerana ia mungkin akan memudaratkan hidupan liar lain di habitat air ataupun daratan.