Pam yang digunakan ini sebenarnya ialah pam silikon yang diubah suai untuk dijadikan peralatan memancing. Tujuan penggunaan pam silikon atau dedak pam ini adalah untuk mengepal dedak yang pastinya sukar jika menggunakan tapak tangan untuk mengepal dedak pada mata kail.
BAHAN-BAHAN KEPERLUAN
Dedak 929/6363
Sos umpan patin
Pes perisa
Keropok jajan
Dawai penebuk
Perambut 2 mata
TUTORIAL 1
Masukkan dedak ke dalam tong bancuhan kira-kira setengah kilogram. Terpulang kepada anda untuk menggunakan dedak 929 atau sebagainya.
Ads
TUTORIAL 2
Tuangkan 5 penutup botol sos umpan yang anda suka ke atas dedak dan gaul hingga sekata (jika tidak ingin menggunakan sos umpan pun tak mengapa). Sekiranya adunan dedak terlalu kering, boleh percikan sedikit air.
TUTORIAL 3
Masukkan perisa tambahan sama ada pandan/strawberi kira-kira 2-3 penutup dan gaul sehingga rata (masukkan lebih sekiranya anda hanya menggunakan perisa tanpa sos umpan).
Ads
TUTORIAL 4
Cucuk keropok atau jajan pada mata kail dan pastikan jajan tersebut tidak menutupi mata kail sepenuhnya.
TUTORIAL 5
Masukkan dedak separuh penuh ke dalam pam, pasangkan penutup pam dan tekan pemetik pam dua atau tiga kali. Kemudian buka kembali penutup pam.
Ads
TUTORIAL 6
Gunakan dawai penebuk untuk membuat lubang pada dedak di bahagian tengah pam untuk memasukkan perambut mata kail.
Pastikan swivel perambut menemusi keluar dari pam dan mata kail berjajan berada di tengah-tengah pam.
TUTORIAL 7
Penuhkan pam dengan dedak, pasangkan kembali penutup pam dan tekan pemetik pam sehingga benar-benar ketat agar dedak mampat di dalamnya.
TUTORIAL 8
Biarkan dedak mampat di dalam pam kira-kira 5 minit sebelum mengeluarkannya untuk dijadikan umpan memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan rohu sememangnya ada peminatnya tersendiri. Namun untuk memancing ikan rohu tidaklah boleh guna sebarang umpan. Perlu ada umpan tersendiri untuk membolehkan rohu membuka mulut dan mengambil umpan yang digunakan. Di sini kami berikan salah satu teknik menyediakan umpan rohu.
Bahan-Bahan Keperluan:
Roti sandwich potong dadu
Sos kacang soya Green Bait
Minyak strawberi Green Bait
Palet 6363/920
Kelapa parut
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Tuangkan minyak stawberi ke atas palet yang telah dilembutkan dan digaul dengan kelapa parut.
2. Cucukkan roti dadu pada mata kail dan celupkan ke dalam sos kacang soya Green Bait.
3. Kepalkan palet pada mata kail yang dicucuk roti dadu.
Umpan pancing keli? Pakai cacing je bro… betullah tu kalau ada yang kata macam tu. Jangan kata keli, ikan kelah pun makan cacing. Tapi nak cari cacing tanah yang berkualiti bukan senang sekarang ni. Cacing tanah yang terjual di kedai pancing tu jauh dari kualiti sebenar.
Sekiranya anda sudah bosan menggunakan umpan alami, apa kata cuba umpan alternatif untuk mancing keli. Ada masanya umpan alternatif ini jauh lebih berkesan dari umpan alami. Jom buat!
Bahan-Bahan Keperluan:
1 Genggam perut atau usus ayam
1 Biji telur ayam (ayam kampung lagi bagus)
1 Keping keju Cheddar
Mi segera (dikisar halus)
Cara Penyediaan:
Pastikan perut ayam dibersihkan dengan sempurna. Kemudian dipotong pendek kira 2-3 inci. Ia bertujuan agar mudah dalam proses mengisar.
Kukus perut ayam hingga separuh masak atau menjadi lembut. Kemudian sejukkan seketika perut ayam tersebut.
Seterusnya masukkan perut ayam, telur ayam dan keju kraf ke dalam blender, kemudian kisar sehingga lumat. Seterusnya simpan di dalam bekas bertutup.
Cara Penggunaan:
Gaul bahan-bahan yang dikisar itu dengan sedikit serbuk mi segera sehingga menjadi doh yang lembut tetapi liat.
Kepalkan doh (sebesar ibu jari) pada mata kail dan lontarkan ke kawasan yang berpotensi ikan keli berkumpul.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...