Cara Mengenali Ikan Terubuk Asli Sarawak!!

Share

 

Terubuk sungai lazimnya bersaiz pendek, gemuk, mempunyai ekor yang pendek dan harganya lebih mahal daripada terubuk laut. Kebanyakan terubuk yang dijual di beberapa pasar basah di Sarawak khususnya di Pasar Satok merupakan terubuk import atau terubuk laut.

 

 

Terubuk tempatan banyak perbezaan dengan terubuk import, terutama muncungnya yang panjang dan besar, manakala badannya kecil dan pendek.

 

Kalau nak bezakan ikan terubuk masin Sarawak dengan import, tengok sisik dulu. Sisik terubuk Sarawak hidup dan boleh dibuka walaupun sudah diproses menjadi ikan masin, berbanding sisik terubuk import yang mati dan keras.

 

Mulut ikan terubuk Sarawak juga lebih besar berbanding terubuk import dan apa yang lebih penting rasa terubuk Sarawak jauh lebih lemak dan manis berbanding import.

 

Saiz kepala, bentuk badan bezakan spesies terubuk perbezaan antara terubuk Sarawak dengan terubuk import ialah terubuk tempatan berkepala besar tetapi pendek manakala ikan import berkepala bulat dan panjang. Keistimewaan terubuk Sarawak lebih berlemak dan telurnya lebih besar.

 

 

Perbezaan juga dapat dilihat daripada segi kesegaran. Terubuk tempatan lebih sedap kerana segar sedangkan terubuk import terpaksa dibekukan terlebih dulu. Terubuk import mempunyai bintik hitam di badan tetapi tiada pada terubuk sungai.

 

Perbezaan terubuk tempatan dan import juga boleh dilihat pada harga. Terubuk sungai lebih mahal berbanding terubuk import. Sekali imbas memang sukar mencari perbezaan terubuk sungai dan terubuk import. Orang biasa memang selalu keliru.

 

Ramai orang kita sendiri tidak tahu membezakan ikan terubuk tempatan dan import. Sebagai seorang yang biasa makan terubuk air tawar(tempatan), ikan terubuk import langsung jauh beza rasa dan baunya bagi saya. Ikan terubuk tempatan rasa manis, lemak dan tidak kuat bau hanyir.

 

 

Manakala ikan terubuk import rasanya lebih tawar dan berbau hanyir. Diharap orang kita akan lebih faham perbezaan tersebut dan menghargai ikan tempatan.

 

Bagi saya, perbezaan rasa yang paling ketara bagi sesuatu spesies ikan adalah isi bahagian perutnya atau isi bawah perut. Bahagian lain, tidak jauh beza antara spesies-spesies ikan dalam keluarga yang sama.

 

Published by
Amang