Ikan selat? Tentu ramai yang pernah memancing ikan seakan belida ketika mereka masih kecil, kan?
Secara fisiologi, ikan selat tidak banyak beza dengan saudara rapatnya dalam keluarga Notopteridae. Kesimpulannya, perbezaan antara ketiga-tiga spesies iaitu belida sungai, belida bintik dan selat hanya boleh dilihat pada corak badan serta saiz maksimum ikan ini.
Ikan selat mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar maksimum ikan belida lainnya. Ada yang mengatakan ikan selat tidak memiliki badan yang `bongkok’ seperti belida.
Ads
Namun ia agak sukar untuk dibuat perbandingan ini pada pandangan mata kasar kecuali dapat meletakkan dua spesies yang sama saiz bersebelahan. Ikan selat dengan belida waktu tampak serupa. Nak beza senang saja… tengok pada bahagian bibir mulutnya. Kalau mulut panjang melepasi mata itu belida, bukan selat.
Satu perbezaan lain, kedua-dua selat dan belida ketika juvenil memiliki belang. Beza pada kedudukan mata lain sedikit dan anak selat biasanya berwarna putih kemerahan sedikit.
Ads
Ads
Spesies belida terkecil dalam family Notopteridae ini mudah ditemui dalam kepelbagaian habitat dan perairan negara. Ia bukanlah spesies buruan pemancing sukan sebagaimana ikan belida sungai dan belida bintik.
Tentu saja ikan selat tidak menjadi spesies sasaran dalam memancing berikutan saiz yang kecil. Ia biasanya terpancing dengan tidak sengaja, lazimnya ketika memancing ikan-ikan kecil lainnya seperti sepat atau puyu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebagaimana penjelasan dalam pengkelasan spesies, ikan kap atau spesies ikan kap dilabel memiliki persamaan yang hampir ketara.
Begitu jugalah dengan spesies ikan kap Siam (Siamese carp) dan ikan kap India (Indian major carp).
Ikan kap India atau catla, yang turut dikenali dengan nama umum major carp atau major Indian carp (nama saintifiknya Catla catla) adalah ikan air tawar Asia Selatan yang penting dari segi ekonomi.
Spesies tunggal dalam keluarga besar Cyprinidae ini biasanya ditemui di sungai-sungai dan tasik di utara India, Nepal, Myanmar, Bangladesh, dan Pakistan.
Sirip pektoral (bahagian atas belakang ikan) yang ketara panjang ke ekor
Kap India adalah ikan dengan kepala yang besar, rahang bawah yang menonjol besar, dan mulut terbalik.
Ia mempunyai skala yang besar, berwarna kekelabuan di bahagian belakang badan dan keputihan pada perutnya.
Catla mencari makanan di permukaan dan pertengahan air. Catla dewasa memakan zooplankton, manakala catla muda atau juvenil memakan zooplankton dan fitoplankton.
Ia mencapai kematangan seksual pada usia purata dua tahun dan purata berat dua kilogram dan mampu membesar sehingga 38 kilogram.
Di Malaysia, ikan kap India ini turut dikenali dengan nama karak oleh warga tempatan. Namun, identiti ikan karak ini sering mengelirukan khususnya kepada pemancing dengan ikan kap Siam.
Sekali pandang, ciri-ciri ikan Indian carp dan Siamese carp sememangnya boleh mengelirukan kerana memiliki skala dan bentuk badan yang hampir sama.
Indian carp atau karak di kolam pancing tanah air
Namun ikan kap India ini boleh dibezakan dengan ikan kap Siam melalui ciri-ciri sirip pektoral (sirip atas badan) yang panjang sehingga ke sirik pelvik (sirip ekor).
Sementara sirip pektoral ikan kap Siam lebih pendek. Seperkara lainnya, mulut ikan kap India jauh lebih kecil berbanding mulut ikan kap Siam.
Melalui perkenalan ini dapat dijelaskan bahawa kebanyakan ikan karak yang terdapat di beberapa buah kolam pancing komersial air tawar di Malaysia ini sebenarnya adalah merujuk kepada ikan kap India dan bukannya ikan kap Siam.
Sebelum terjebak dalam dunia pancing lebih 30 tahun dulu saya sudah mengenali ikan ini dan ketika itu sama sekali tidak menyangka ia adalah ikan atau spesies import.
Ikan leekoh atau common carp / European carp adalah ikan air tawar dari keluarga Cyprinidae yang meluas taburannya di perairan eutropik di dalam tasik dan sungai-sungai besar di Eropah dan Asia. Walau bagaimana pun, populasi ikan liar dianggap terdedah kepada kepupusan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN).
Spesies ini juga telah dipelihara dan diperkenalkan dalam sektor akuakultur ke persekitaran seluruh dunia. Dalam masa yang sama, ia sering dianggap sebagai spesies invasif yang merosakkan dan tersenarai dalam 100 spesies invasif terburuk di dunia. Dan ia merupakan spesies ketiga yang paling banyak diperkenalkan ke seluruh dunia.
Spesies Cyprinus carpio ini dikatakan diperkenalkan sebagai ikan ternakan untuk pemakanan sejak dari zaman kerajaan Rom lagi. Bermakna sudah sekian lama ia menjadi spesies penceroboh yang berjaya kerana kemampuannya bersaing merebut makanan spesies tempatan di samping merosakkan ekosistem perairan.
Seperti kebanyakan ikan kap yang lain, ikan leekoh ialah haiwan omnivorous. Mereka boleh memakan tumbuh-tumbuhan akuatik, tetapi juha menjadikan serangga, krustasea (termasuk zooplankton), udang, dan cacing benthik sebagai diet utamanya.
Ikan leekoh liar biasa biasanya lebih langsing daripada bentuk ikan yang dipelihara. Dengan panjang badan kira-kira empat kali ketinggian badan dan mulut yang menonjol. Sekiranya diberi ruang dan nutrien yang mencukupi, ia mampu membesar dengan saiz yang besar.
Dikatakan ia mampu membesar panjang sehingga 120 sentimeter dan berat maksimum melebihi 40 kilogram. Usia leekoh tertua yang pernah dicatatkan berusia 38 tahun.
Menurut satu catatan dunia memancing, antara spesies gergasi yang pernah didaratkan oleh seorang pemancing pada bulan Januari 2010 di Lac de curtons (Rainbow Lake) berhampiran Bordeaux, Perancis. Beratnya 42.6 kilogram.
Sementara spesies terberat yang ditangkap oleh pemancing Inggeris, Colin Smith, pada tahun 2013 di Etang La Saussaie Fishery, Perancis, beratnya 45.59 kilogram.
Saiz purata kap biasa ini adalah sekitar 40-80 cm dan 2-14 kg. Namun di Malaysia, jarang ditemui spesimen melebihi 5 kilogram.
Walaupun toleran terhadap kebanyakan keadaan, ikan leekoh lebih menyukai badan air meluas yang berarus perlahan. Sebagaimana ikan yang gemar hidup secara berkumpulan, lazmnya mereka lebih mudah ditemui dalam kumpulan lima atau lebih.
Mereka secara semula jadi hidup di dalam iklim sederhana di dalam air segar atau sedikit payau dengan pH 6.5-9.0 dan kemasinan sehingga kira-kira 0.5% dan suhu 3 hingga 35 °C. Mereka mudah bertahan di musim dan dapat menyesuaikan diri dengan kadar oksigen yang sangat rendah, dengan mencakup udara di permukaan air.
Ikan tengas dengan nama umumnya copper mahseer adalah dari genus Neolissochilus (bukan dari spesies kelah dalam genus Tor) dengan nama ganus saintifik Neolissochilus,
juga dikenali sebagai Ikan kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae).
Taksonomi ikan tengas ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya.
Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi.
Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies Neolissochilus soroides lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak di kawasan jeram yang tinggi di Semenanjung Malaysia.
Ia pernah dilaporkan mudah ditemui di hulu-hulu sungai di Perak, Pulau Pinang, Langkawi dan Kedah.
Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan ikan kelah (Tor tambra), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia.
Namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya.
Ikan tengas mampu membesar sehingga 120 cm dan berat sehingga 11 kg. Ikan tengas dewasa mengawan di sungai dan sungai yang mengalir dengan sungai berbatu tengah-tengah sungai.
Mereka berhijrah ke hulu semasa musim pembiakan di mana pemijahan berlaku pada batu dan kerikil.
Pemijahan berlaku dari April hingga Oktober dengan puncak pada bulan Ogos hingga September.
Tengas jantan dikatakan mencapai kematangan pada saiz 9 cm. Daging dianggap lazat dan permintaan pasaran sangat bagus.
Harga ikan tengas adalah agak mahal kerana, menangkapnya sukar utuk dilakukan kerana secara semulajadinya ia hanya boleh didapati melalui kaedah pengkapan secara tradisional
menggunakan jala atau joran di hulu sungai yang berair jernih, sejuk, berbatu dan berjeram yang nun jauh ke dalam hutan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...