Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar.
Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu ada karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan batu karang.
Ads
Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung diikat pada bahagian bawah sekali. Jika tidak mahu kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung mesti lebih halus daripada perambut untuk mata kail dan tali utama. Oleh kerana ladung mencecah dasar, peluang untuk ia sangkut adalah tinggi.
Jika tersangkut, pemancing masih boleh menyelamatkan kail dan ikan kerana tali lebih halus bagi mengikat ladung, akan putus terlebih dulu. Berikutan harga ladung semakin mahal, guna bahan lain seperti batu dan skru terbuang sebagai ganti.
Ads
Teknik tanpa pemberat (layang/hanyut) juga sesuai jika kawasan itu lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan akan mengambil masa untuk sampai ke dasar.
Ads
Ketika menjunam, umpan menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika ada tanda sambaran yang biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.
Teknik menggunakan pelampung memerlukan pemancing bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 0.5 hingga 2 meter dari dasar potensi sambaran adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut pada karang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Terus terang saya katakan bahawa sehingga kini saya belum pernah lagi memancing di muara atau pantai menggunakan cacing tanah. Jadi, untuk memberikan jawapan secara tepat adalah diluar kemampuan saya.
Secara teori saya berpendapat, cacing tanah kurang sesuai untuk digunakan di perairan air masin. Saya melihat dari aspek cacing tidak mampu bertahan dengan tahap salinity tinggi. Contoh paling hampir adalah air garam digunakan untuk mengeluarkan cacing dari dalam tanah. Jika cacing tahan terhadap air garam, pasti ia tidak akan keluar dari tanah dan kemudian mati. Walau bagaimana pun cacing juga digunakan untuk memancing udang galah di kawasan air payau.
Ini menunjukkan pada tahap separuh masin dan separuh tawar sebegini, organ cacing kekal berfungsi sepenuhnya. Namun saya tidak pasti bagaimana keadaan organ dan tekstur badan cacing apabila berendam di dalam air masin. Yang pasti tempoh hayat tidak akan kekal lama.
Teori ini kekal sebagai teori sekiranya tidak dipraktikkan. Sebagai pemancing, tidak ada salah dan silapnya untuk mencuba. Saya percaya tiada siapa yang akan tertawakan anda kerana menggunakan umpan cacing untuk memancing di muara atau pantai. Melainkan mereka yang pernah mencuba dan sudah menimba pengalaman untuk tidak menggunakan lagi cacing tanah bagi pancingan air masin.
Sebagaimana diketahui, ikan cermin merupakan ikan pelagik yang mendiami kawasan perairan pantai dan luar pesisir, di sepanjang lereng lagun dan terumbu karang. Dengan dengan memiliki mulut agak kecil dan tabiat makan secara menyedut, ikan cermin merupakan merupakan pemangsa kepada ikan kecil dan krustasea.
Pancingan dasar merupakan teknik pancingan asas yang banyak dipraktikkan bagi memikat ikan cermin. Lazimnya umpan hirisan ikan dan sotong, dengan penggunaan mata kail agak kecil saiz 9 atau 10 dan teknik perambut apollo adalah kaedah terbaik jika mensasarkan spesimen ini sebagai ikan sasaran utama.
Ia biasanya menjadi ikan sasaran apabila ia mengambil umpan yang disasarkan bagi ikan lain. Dan apabila seekor cermin didaratkan, maka peluang untuk mendaratkannya dengan lebih banyak amat cerah kerana ia merupakan ikan yang bergerak secara berkumpulan.
Selaku keluarga ikan trevallies, ikan cermin mampu memberikan tentangan yang mengasyikkan sehingga ke permukaan air. Jika mendambakan pertarungan yang lebih mendebarkan, bolehlah ganti peralatan berat seperti kekili elektrik atau multiplier dengan set peralatan yang lebih ringan. Lariannya dalam usaha meloloskan diri dari cangkuk mata kail begitu mempersonakan.
Selain teknik pancingan dasar, ikan cermin turut boleh diperdaya melalui teknik jigging. Sama ada melalui teknik jigging perlahan dan jigging ringan, kedua-duanya berjaya menipu spesies ini dengan penggunaan jig kecil 40gm hingga 80gm.
Melalui teknik jigging ini juga kebanyakan spesimen yang didaratkan adalah lebih besar berbanding pancingan dasar. Dengan mencangkuk umpan pada assist hooks, peluang untuk memperdaya spesies ikan cermin ini ternyata sangat berkesan.
Telur ini biasanya terdiri dari gugusan telur kuning tanpa cengkerang kulit telur. Selain enak dijadikan makanan, ia juga boleh dijadikan umpan memancing. Ia boleh digunakan secara terus atau diproses bersama bahan-bahan lain untuk dijadikan umpan memancing ikan bermisai terutamanya ikan keli.
Barang keperluan:
1 kg telur muda
3 paket Nestum segera
1/2 keping ragi tapai (boleh juga guna yis)
2 bungkus roti bun
Minyak JS
Tepung jagung
Cara menghasilkannya:
Hancurkan setengah keping ragi tapai, kemudian masukkan ia bersama telur muda ke dalam bekas pengisar.
Kisar seketika, kemudian campurkan 3 paket Nestum dan 3 penutup botol Minyak JS. Kisar sehingga adunan menjadi sebati.
Koyakkan carik-carik roti bun (2 bungkus) menjadi cebisan kecil di dalam bekas kedap udara.
Curahkan adunan bahan yang dikisar ke atas cebisan roti dan gaul sehingga ia sekata sepenuhnya.
Tutup bekas kedap udara dan simpan atau peram selama 4 hari.
Cara menggunakannya:
Jika adunan umpan agak lembik, tambahkan sedikit tepung gandum sehingga ia boleh dikepal atau dicangkuk pada mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...