Cacing air hidup berkumpul dalam jumlah yang banyak dan dapat dikesan dengan melihat himpunan tahi cacing ini di permukaan tebing sungai yang berair.
Cara untuk mendapatkannya ialah dengan menyeluk kedua-dua tangan hingga ke siku atau ke pangkal lengan, bila terasa cacing bergerak-gerak maka dengan segera mengaut dan menarik keluar selut yang mengandungi cacing tersebut.
Ads
Proses ini perlu dilakukan dengan pantas kerana ia cepat melarikan diri. Jika lambat maka sedikitlah cacing yang berbaki.
Cacing air ini merupakan santapan lazat bagi kebanyakan spesies seperti kelah, tengas, tengalan, lampam, patin, begahak, temoleh, temperas, baung dan lain-lain lagi ikan sungai.
Ads
Malah udang galah turut menyukai cacing tanah ini. Pendek kata ia sememangnya amat berbaloi mencarinya biarpun terpaksa berlumpur.
Ads
Diceritakan orang bahawa cacing air ini pantang dilangkah. Jika dilangkah ia akan putus. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana saya sendiri tidak pernah buat eksperimen.
Begitu juga ketika mencangkuk cacing ini ke mata kail. Mulakan mencangkuk pada bahagian kepala dahulu. Jika dimulakan di bahagian ekor, badannya juga mudah putus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kaedah memancing ikan ruby snapper melalui teknik bottom atau dasar sebenarnya tidak banyak berbeza dengan cara memancing ikan spesies demersal lain. Teknik perambut mata kail boleh menggunakan satu atau dua mata, dengan umpan hirisan tongkol atau sotong.
Oleh kerana ikan ini hidup di kedalaman antara 150 meter atau lebih, penggunaan umpan dengan bau hanyir yang kuat seperti jenis tongkol adalah lebih efektif. Perambut atau leader untuk memancing ruby snapper disarankan sekurang-kurangnya 60lb hingga 100lb. Dengan tali utama 50lb hingga 80 lb.
Penggunaan kekili menegak atau overhead reel adalah amat disarankan agar lebih ringan saat menggulung tali dari kedalaman 150 meter. Boleh juga menggunakan kekili mendatar atau spinning reel namun pastikan yang mampu menampung kapasiti tali sekurang-kurangnya 300 meter. Namun penggunaan kekili eletrik adalah paling ideal.
Ikan ruby snapper biasanya sangat aktif mencari makan saat menjelang pagi hingga antara jam 9 pagi, kemudian antara jam 3 petang hingga tenggelam matahari, jika malam hari biasanya ruby snapper yang berukuran besar yang lebih aktif.
Karakter ikan ruby snapper ketika menyambar umpan biasanya tidak terus ditelan, melainkan dikunyah dengan berlahan, sehingga kesannya terasa sangat halus seperti digetu ikan kecil. Tatkala ini sebaiknya jangan terburu-buru untuk strike, tunggu sejenak hingga yakin umpan kita benar benar sudah ditelan, barulah strike dengan sempurna.
Atas sebab inilah penggunaan mata kail lingkar (circle hook) paling bagus untuk peratus hook up tanpa perlu melakukan sentapan.
Saat bertarung dengan ikan ruby snapper haruslah berhati hati karena ikan ini memiliki kulit yang tipis pada bahagian tepi mulut, jadi saat mengepam tali terlalu cepat dari kedalaman, kemungkinan luka di mulut semakin lebar sekaligus mengakibatkan robek dan rabut.
Selain itu ikan ruby snapper juga mudah mengalami kecelaruan tekanan sehingga kalau tidak stabil ketika mengepam joran, atau terjadi tali pancing kendur, akan berisiko lucut atau rabut karena ikan dengan sendirinya akan mengambang ke atas akibat kompresi.
Pernah sekali, misi menyelamat bot member terbalik. Tengah kalut-kalut entah macam mana tak perasan treble hook popper sangkut kat seluar, dah lama terasa pedih… nah terpacak kat peha. Mujurlah hook standard, senang nak potong. Tapi nak menembusnya tu yang syahduuuuu…!
Mohd Shaharol
Bagi saya ilmu kena ada dari segi pengendalian bot dan peka perubahan cuaca, pasang surut air dan lapang pancingan. Jika ilmu masih kurang kita perlu cari seorang yang mahir dalam semua aspek. Sentiasa alert ketika melontar gewang dan semasa kita menghampiri rakan yang sedang casting untuk mengelakkan terjadi kemalangan yang tidak diingini. Sentiasa bawa peti pertolongan cemas untuk rawatan awal jika berlaku kemalangan. Di samping itu penggunaan life jacket mesti diutamakan jika kita boating.
Ct Dahlia Yusoffie
Sikap… paling utama tidak gelojoh dan berebut-rebut nak baling umpan. Sentiasa alert dan ambil ruang yang selesa. Pastikan semua selamat & beri isyarat pada kawan di sekeliling bila anda hendak melontar umpan.
Zanpaktou Azhar
Ya saya ada pengalaman ketika land ikan siakap di kolam, Kedah. Waktu tu casting pukul 3 pagi. Disebabkan malas nak guna lip grip yang memang dah ada tergantung dekat pinggang… sekali siakap tu menggelupur… single hook dah lekat dalam jari daaa…!
Amir Saifudin Ahmad
Dalam banyak kes… kecederaan berpunca daripada kecuaian sendiri. Suka anggap keselamatan tu perkara remeh.
Wan Bukhari
Bertindak melulu… atau tidak berhati hati dalam dunia hanyir akan mendapat risiko tinggi. Kita seharusnya praktik dan belajar terlebih dahulu sebelum turun padang pancing.
Kelisa Merah
Tertusuk gewang atau mata kail ni asam garam seorang pemancing. Memang tak dapat nak dielakkan bila leka atau kurang berhati-hati bila memancing. Apa pun jangan cepat panik bila berlaku kejadian tersebut jadi kepada kita. Cuba keluarkan dahulu mata kail yang tertusuk di anggota badan dan jika ianya tak dapat dikeluarkan saya cadangkan cari la klinik atau hospital berhampiran.
Ranting Taib Andak
Memang betul malang tak berbau tapi kita boleh beringat. Walaupun pandai berenang jangan la kita cuai dengan keselamatan. Sekurang-kurangnya pakai la jugak life jacket. Peti first aid pun kalau boleh bawak la. Sekurang-kurangnya boleh digunakan dalam kecemasan… yang penting SAFETY FIRST!
Awang Yusri
Elakkan memegang ikan yang baru landing guna tangan. Sebaiknya pakai lip grip… terutamanya ketika sesi bergambar. Guna playar ketika buka mata kail dari mulut ikan. Antara dua faktor yang ambe jumpa penyebab solid hook-up kat jari.
Awal Awie
Nak rasa macamana sakitnya ikan kena mata kail… huhu. Biasa la kalau main dengan mata kail.
Shamsul Adha
Ya malang memang tak berbau tapi boleh kita berhati-hati. Pandang sekeliling sebelum cast. Elakkan bergurau keterlaluan. Sentiasa guna playar dan lip grip.
Afj El Toyek
Fuh… ingat lagi duri baung terbenam kat ibu jari. Gigil dibuatnya.
Kd Negri
Kesabaran dan tenang dalam apa jua keadaan… inshaallah selamat.
Memang tidak dinafikan haruan dipancing dengan dua kaedah umpan yang popular iaitu katak hidup dan gewang. Memancing ikan haruan biasanya memerlukan umpan hidup atau pun umpan tiruan yang digayakan. Selalunya memancing haruan sangat sinonim dengan umpan katak. Ini kerana sifat pemangsa ikan ini yang gemar membaham apa yang berani melintas di hadapannya.
Namun begitu, selain katak, anda boleh memancing haruan dengan menggunakan anak ikan puyu atau ikan sepat sebagai umpan dengan menggunakan teknik tajur. Pastikan umpan anda berada betul-betul di permukaan air untuk menghasilkan riak yang menarik perhatian haruan.
Jika ingin menggunakan umpan puyu dan sepat tetapi tidak mahu menggunakan tajur, anda juga boleh dengan kaedah memancing biasa. Anda boleh menggunakan kaedah pancingan berpelampung.
Ambil apa saja barangan yang boleh dijadikan apungan untuk mengekal umpan hidup itu di kawasan permukaan air. Ia lebih berkesan dengan teknik apungan ini kerana jika dipancing dasar kemungkinan umpan akan menyelinap di celah-celah kayu atau objek dasar hingga sukar untuk ditemui oleh haruan.
Selain itu anda juga boleh menggunakan umpan alami yang lain seperti cacing tanah, cengkerik dan juga cicak. Malah di sesetengah tempat, keberkesanan umpan cicak jauh lebih baik berbanding umpan katak hidup.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...