Bertam yang ingin dijadikan pelampung pula perlulah dibuang selaput luarnya. Apa yang perlu bagi pelampung hanyalah teras lembutnya. Teras bertam sangat sesuai dijadikan pelampung kerana memiliki warna putih ke perang-perangan yang sangat cerah. Daya apungannya juga sangat tinggi.
Sesuatu yang istimewa seandainya anda menggunakan terasnya sebagai pelampung, ia tidak perlu diikat sebaliknya anda hanya perlu menebuknya hingga ke tengah pelampung.
Rekahan teras akan memegang tali pancing anda. Uniknya pelampung tersebut boleh dilaras kepanjangan jarak apungan umpan, mengikut kesesuaian padang pancing anda.