Cara Membezakan Dua Jenis Ikan Ebek!!

Share

 

Perbezaan dapat dilihat melalui bentuk badannya mana ebek kapak mempunyai bentuk badan yang lebih bersudut terutama pada bahagian kepala. Sementara kepala ebek bulat pula lebih membulat.

 

Dan ebek kapak juga mempunyai tompok hitam pada bahagian operkulum atas berhampiran dengan sirip pektoral sedangkan tanda hitam ini tidak hadir sama sekali pada ebek bulat sama ada spesimen juvenil atau dewasa.

 

Ebek bulat juga mempunyai badan yang lebih padat dan tebal berbanding ebek kapak. Ebek bulat mampu membesar panjang sehingga 150cm dan berat maksimum 30kg.

 

Sementara ebek kapak pula lebih panjang sehingga 165cm dan berat maksimum pula sekadar 25kg.

 

 

Selain itu sirip kaudal ebek bulat lebih panjang selain mempunyai sirip anal yang lebih panjang berbanding ebek kapak. Walaupun pada spesies dewasa, juraian sirip ini masih kelihatan pada ebek bulat.

 

Dalam pancingan, ebek bulat agak cerewet dengan umpan tiruan dan lebih mudah dinaikkan dengan menggunakan umpan sotong atau udang hidup manakala ebek kapak pula lebih mudah terpedaya dengan unjunan besi atau pancingan dasar.

 

Published by
Amang