Terdapat dua jenis lensa fisheye, iaitu circular fisheye dan full-frame fisheye. Lensa circular fisheye menghasilkan gambar melingkar yang menangkap sudut 180 darjah baik sama ada dalam bentuk vertical atau horizontal. Berbanding full-frame fisheye, ia mampu mengambil foto yang menangkap sudut 180 darjah lebih kepada horizontal tetapi kurang untuk 180 darjah dalam arah vertikal.
Bagaimanakah memilih lensa fisheye?
Terdapat pelbagai jenis lensa fisheye di pasaran, bergantung kepada harga, kualiti, waranti, dan jenama. Segalanya terpulang kepada anda mengikut poket dan kehendak sendiri. Akan tetapi, pastikan ia sesuai dengan kamera yang anda gunakan.
Ads
Sebelum menggunakan lensa ini, pastikan anda tahu apa objek yang ingin diambil. Ia menjadi lebih efisien sekiranya anda berada pada jarak yang dekat dengan objek tersebut seperti gambar mengambil gambar dari sudut bawah.
Tip penggunaan lensa fisheye
Ads
Sentiasa dekat dengan objek yang anda ingin rakam kecuali panorama. Untuk gambar panorama, anda boleh ambil gambar dari pandangan bawah ke atas. Pastikan rule of third digunakan untuk hasil komposisi yang baik.
Jika anda berada di kawasan laut atau sungai, pastikan anda lebih sensitif termasuklah membawa kain pengelap, elakkan mengambil gambar terlalu dekat dengan pasir. Ini adalah kerana air laut sering kali akan terpercik pada lensa. Ia akan menjadikan ia lebih melekit dan mudah rosak.
Ads
Sentiasa pakai tali pemegang kamera bagi elakkan ia terjatuh. Sebolehnya dililit pada tangan anda.
Lebih elok anda gunakan setting AV dengan aperture (f)5.6 hingga 8.0 dan ISO 100 sahaja.
Lensa ini sangat sesuai bila anda merakam imej langit biru, gambar panorama dan sewaktu mentari terik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
DALAM DIVERSITI SPESIES IKAN YANG MELUAS, TERDAPAT PELBAGAI JENIS DAN RUPA BENTUK YANG UNIK DAN MENARIK. BIASANYA SPESIES YANG SANGAT AGRESIF DAN GANAS MEMPUNYAI SIFAT LUARAN YANG LEBIH MENAKUTKAN, NAMUN TERDAPAT JUGA SEBALIKNYA. SPEKULASI DAN MITOS TIDAK DAPAT DIELAKKAN BILA BERCERITA TENTANG IKAN GERGASI YANG AGRESIF DAN KEMAMPUANNYA UNTUK MENYERANG MANUSIA. KADANGKALA MANGSA MAMPU BERTUKAR MENJADI PEMANGSA!
BELUT ELEKTRIK
Belut elektrik merupakan pemangsa terkenal di Amazon dan menggunakan renjatan elektrik sebagai sistem pertahanan dirinya. Aliran elektrik sekuat 600 volt yang dihasilkan oleh spesies ini mampu membunuh seekor kuda dan tidak terkecuali manusia yang boleh mati akibat serangan ini. Belut elektrik mampu membesar sepanjang 8 kaki dan seberat 50lbs. Biasanya penggunaan peralatan berunsur getah bagi mengelakkan serangan belut elektrik. Terdapat rekod menunjukkan kematian akibat serangan renjatan elektrik oleh spesies ini.
MUSKELLUNGE
Muskellunge merupakan seekor spesies ikan air tawar dan sebenarnya masih belum ada catatan rasmi serangan ke atas manusia. Namun berdasarkan kepada keupayaannya, banyak spekulasi terhadap spesies ini dalam potensinya menyerang manusia. Muskellunge mampu membesar sehingga 7 kaki dan mempunyai barisan gigi yang tajam dan boleh dikatakan sebagai jelmaan Barracuda air tawar. Spekulasi mengatakan terdapat serangan ke atas seorang kanak-kanak dan nelayan oleh spesies ini namun mangsa selamat walaupun terdapat kesan yang agak teruk.
KELI WELS
Keadaan perairan di Eropah seperti Tasik Berlin dan Sungai Volga sepanjang masa seakan tenang dan selamat sehinggalah kemunculan pemangsa raksasa ini. Keli Wels ini mampu mencapai 13 kaki panjang dan seberat mencecah 400lbs dan itu sudah cukup menjadikannya sebagai raksasa yang menggerunkan. Keli Wels merupakan pemangsa agresif dan menurut catatan sejarah ikan ini mampu membesar sehingga 20 kaki panjang. Seekor keli Wels yang ditangkap di Russia mempunyai sisa manusia di perutnya sementara serangan terhadap manusia dilaporkan di Jerman.
PARI AIR TAWAR GERGASI
Raksasa ini sering menyembunyikan dirinya di perairan air tawar yang keruh, berpasir dan berselut di Asia Tenggara. Ikan pari air tawar ini mungkin merupakan spesies ikan air tawar yang terbesar dengan panjang mencecah 16 kaki dan seberat hampir 2000lbs. Sengat sepanjang 8 inci pada pangkal ekornya mampu menyerang seperti seekor kala jengking dan sengatannya diakui amat berbisa dan mampu membunuh. Jadi berhati-hati jika tiba-tiba anda berasakan dasar sungai yang anda pijak bergerak!
GOONCH
Sungai Kali di antara Nepal dan India telah dihantui oleh siri kematian dan insiden lemas yang misteri. Misteri ini berlarutan sehinggalah raksasa perang sepanjang 7 kaki dengan gigi yang tajam ini ditangkap. Ia seekor ikan keli Goonch seberat 300lbs. Ikan ini dikatakan menarik mangsanya dan melemaskannya sebelum ditelan. Spekulasi juga mengatakan selera ikan Goonch terhadap manusia mungkin disebabkan pembuangan abu mayat ke Sungai Kali yang diamalkan di sana.
PIRAIBA
Dengan warna biru kehitaman, Piraiba ini mampu mencecah sepanjang 9 kaki dan merupakan antara gergasi air tawar. Spesies ini merupakan spesies keli terbesar dan dikatakan berpotensi sebagai pemakan manusia. Gigi ikan raksasa ini tidak kelihatan menakutkan memandangkan tiada taring terkeluar, namun gigi ikan ini tersusun rapi menghala ke bahagian dalam mulut ikan. Keadaan ini menjadikan mangsanya tidak akan terlepas jika sudah dalam cengkaman mulutnya.
GOLIATH TIGERFISH
Spesies Goliath Tigerfish merupakan salah satu spesies yang dahsyat dan mengerikan. Spesies ini membuatkan spesies pemangsa rakus seperti Piranha seakan-akan ikan kecil untuk hiasan. Spesies ini mampu mencapai berat sehingga 70lbs dan lebih enam kaki panjang. Spesies ganas ini berlegar di perairan Afrika berkumpulan dan mampu mencarik-carik daging mangsa yang lebih besar dalam beberapa saat. Mulut gergasi bermata kuning ini tersemat gigi taring seakan pisau yang lebih daripada dua inci. Pemancing terkenal, Jeremy Wade percaya spesies ini bertanggungjawab terhadap beberapa siri kematian manusia di Sungai Congo yang sebelum itu dikatakan berpunca daripada semangat ghaib menurut kepercayaan masyarakat tempatan.
BULL SHARK
Senarai ikan terakhir untuk kali ini, secara teknikalnya merupakan seekor jerung iaitu Bull Shark. Spesies ini mempunyai keupayaan yang luar biasa dan dikatakan lebih ganas berbanding jerung lain. Dengan saiznya yang mampu mencapai panjang sehingga 12 kaki dan seberat 600lbs, spesies ini mampu berenang ke perairan air tawar seperti tasik dan sungai di Missouri, Illinois dan Kentucky. Rekod menunjukkan banyak serangan oleh spesies ini terhadap manusia di perairan air tawar. Selain merupakan spesies yang paling agresif antara jerung, Bull Shark juga mempunyai kuasa gigitan yang paling kuat berbanding semua spesies ikan di dunia.
Sebagaimana ikan terubuk, ikan belida juga mempunyai banyak tulang halus dan berselirat. Namun dagingnya amat manis dan enak, apatah lagi isinya dijadikan fishball atau bebola ikan dan dibuat sup. Namun untuk menghasilkan bebola ikan belida, korang perlulah tahu cara atau teknik untuk menyiangnya dengan betul.
Tutorial 1
Buang sisik ikan sehingga licin dan bersihkan.
Tutorial 2
Mulakan proses buang perut dengan memotong bahagian insang.
Tutorial 3
Belah serapatnya pada tulang hingga ke hujung (seperti proses untuk membuat filet).
Tutorial 4
Keluarkan perut serta bersihkan darah yang melekat pada tulang dan buang bahagian kepala.
Tutorial 5
Belah sehingga ikan terpisah menjadi dua bahagian.
Tutorial 6
Belah pula bahagian isi ikan masih bertulang.
Tutorial 7
Cedok atau kikis isi ikan dengan menggunakan sudu mengikut arah atau selari dengan tulang-tulangnya.
Tutorial 8
Akhir sekali asingkan saki-baki tulang halus yang masih melekat isi ikan. Isi ikan kemudian sudah boleh dibentuk seperti bebola atau apa saja bentuk yang anda suka. Bebola ikan tidak perlu dicampur tepung untuk memejalkannya.
Tip Tambahan:
Badan ikan belida boleh juga dipukul dengan kayu papan dengan perlahan bagi membolehkan tulang halusnya melekat pada kulit. Dengan cara ini maka proses untuk mengasingkan isi dan tulang lebih mudah.
Ikan kerapu pisang merupakan ikan yang paling bernilai tinggi di kalangan keluarga ikan kerapu. Ikan yang mempunyai bintik-bintik kuning ini mempunyai isi yang lazat untuk dijadikan hidangan telah membuatkan setiap pemancing pasti mengidamkan untuk memancing ikan kerapu pisang. Ikan ini banyak mendapat pemintaan di restoran mewah dan hotel-hotel.
Umpan: Umpan isi ikan atau sotong boleh digunakan untuk memperdayakan ikan pisang. Ikan ini juga boleh dipancing menggunakan jig besi.
Pancingan : Jigging / dasar
KERTANG
Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus
Nama umum: Giant grouper
Nama tempatan: Kertang
Kertang amat sinonim di kolam pancing air masin. Di sana ikan kertang digelar sebagai ikan naga. Perbezaan ikan kertang dengan ikan boron, ikan kertang mempunyai warna yang gelap serta sirip yang berwarna sedikit kekuningan.
Mata ikan kertang lebih terkeluar jika dibandingkan dengan boron. Ikan kertang mendiami lubang, karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa.
Ikan ini bersifat pemalas dan kurang bergerak keluar daripada kediamannya. Kini ikan kertang telah dipelihara oleh pengusaha ikan sangkar kerana permintaannya yang tinggi dari kolam pancing air masin komersial. Selain itu harganya yang mahal membuatkannya menjadi buruan kaki pancing.
Umpan: Ikan ini tidak begitu memilih umpan. Apa saja akan di lahapnya sekiranya umpan betul-betul dilabuhkan de depan muka. Umpan popular yang digunakan ialah isi ikan, udang hidup, sotong dan ikan hidup seperti kembung, selar dan ikan belanak.
Pancingan : Dasar / jigging
MERAH CORENG
Nama Saintifik: Lutjanus sebae
Nama umum: Red Emperor
Nama tempatan: Merah coreng / loreng
Dikatakan sebagai raja segala ikan merah sesuai dengan namanya yang digelar Red Emperor. Ikan ini dikatakan amat sukar diperolehi terutamanya yang bersaiz besar.
Ikan ini selalu dijadikan sebagai hidangan mewah terutamanya daripada kaum Cina serta mempunyai nilai yang amat tinggi di pasaran.
Umpan: Umpan hirisan isi ikan dan sotong banyak digunakan untuk memancing ikan ini. Umpan sotong hidup dan ikan hidup juga boleh digunakan untuk memperdaya ikan merah celoreng bersaiz besar.
Pancing : Dasar / Jigging
KERAPU BORON
Nama saintifik: Epinephelus malabaricus
Nama umum: Malabar grouper
Nama tempatan: Kerapu / boron / tong gas
Ikan kerapu merupakan ikan yang paling mudah ditemui di perairan kita. Tidak kira perairan berpasir atau pun lumpur. Ikan kerapu pasti mudah didapati jika terdapat kawasan lubang, karang dan apa-apa struktur yang boleh dijadikan pelindungan.
Kerapu boron merujuk kepada saiz kerapu ini yang bersaiz besar dan mampu mencecah berat sehingga 40 kg. Ikan ini lebih aktif pada waktu malam.
Umpan: Umpan hirisan sotong dan isi ikan boleh memperdayakan ikan kerapu bersaiz kecil. Tetapi tidak bagi kerapu boron. Kerapu bersaiz besar ini lebih gemar memilih umpan hidup. Cumit ataupun sotong hidup merupakan umpan kegemarannya.
Pancingan : Dasar / jigging
KERAPU BARA
Nama Saintifik: Epinephelus retouti
Nama umum: Red-tipped grouper
Nama tempatan: Kerapu bara
Kerapu yang berwarna merah membara ini memang menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut.
Tidak seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan. Ikan ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu.
Umpan: Dimana ada kerapu, pasti ada kerapu bara. Begitu mudahnya untuk memperoleh ikan kerapu bara jika kena dengan lubuknya.
Maka umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan yang digunakan untuk memancing ikan kerapu. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk memancing ikan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...