Cara Jimat Buat Spreader Bar Sendiri!!

Share

 

Langkah 1

Kabel telefon terpakai yang diperlukan. Ia memiliki 2 jenis kabel yang berlainan.

 

 

Langkah 2

Dengan menggunakan playar, ceraikan dua kabel yang bercantum.

 

Langkah 3

Inilah kabel yang akan digunakan. Pastikan wayar atau dawai keras di dalam kabel tidak dibuang terlebih dahulu.

Kemudian potong kira-kira sepanjang 3 hingga 4 inci mengikut kesesuaian.

 

 

Langkah 4

Bakar bahagian hujung kabel pada api lilin kira-kira 2-3 saat.

 

Langkah 5

Selepas membakar dan ketika ia masih panas, tekan hujung kabel pada permukaan sesuatu yang tahan panas.

Bahagian ini nanti akan berfungsi sebagai stopper.

 

 

Langkah 6

Dalam anggaran 1 hingga 1.5 ini, bakar pula bahagian kabel ini untuk tempoh 2-3 saat sambil memusingkannya agar pembakaran sekata.

 

Langkah 7

Tekan dan tolak kabel agar bahagian kabel yang dibakar tadi membentuk bonjolan yang akan berfungsi sebagai stopper kepada swivel.

 

 

Langkah 8

Masukkan swivel dari hujung wayar kabel yang belum dibakar.

 

Langkah 9

Bakar dan pusing bahagian kabel serapat mungkin dengan swivel yang telah dimasukkan.

 

 

Langkah 10

Ulangi sebagaimana langkah ke-7 tadi untuk membentuk benjolan sebagai stopper kepada swivel tersebut.

 

Langkah 11

Seterusnya bakar pula bahagian hujung kabel satu lagi (sama seperti langkah 4).

 

 

Langkah 12

Lakukan proses tekan hujung kabel yang dibakar sebagaimana langkah 5.

 

Langkah 13

Selepas proses itu barulah tarik keluar dawai yang terdapat di dalam bahagian kabel.

 

 

Langkah 14

Ranggong buatan sendiri yang sudah siap untuk berkhidmat.

 

(Video Tutorial)

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang