Cara Hadapi Enjin Bot Meragam!!

Share

 

Sekiranya enjin tidak memberi prestasi yang cemerlang semasa di pulas, semestinya ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik yang menggagalkan pembakaran yang sempurna kepada piston.

 

Kali ini kita akan membincangkan lebih spesifik kepada penyaluran bahan bakar sehingga kepada carburetor.

 

Enjin sangkut menggunakan sistem pump untuk menyedut petrol kepada carburetor seterusnya menghantar kepada piston. Sekiranya berlaku enjin semput dan terasa seperti sebu periksa bermula dari tangki minyak hingga ke filter.

 

Perhatikan penutup tangki dan pastikan ia di buka supaya oksigen memasuki tangki untuk memberi ruang kepada pump untuk menyedut bahan bakar.

 

Bahagian kedua periksa penyambung (connector) getah dalam keadaan baik dan tidak bocor walau sekecil mana pun. Sekiranya penyambung tadi dalam keadaan baik teruskan memeriksa bahagian getah penyalur minyak.

 

Sila pastikan anda menggunakan hos getah yang memang diiktiraf untuk kegunaan minyak dan bukannya air atau selain dari kegunaannya.

 

Ini kerana zarah molekul yang ada pada bahan bakar adalah lain daripada air dalam kelasnya. Tekanan yang diterima juga berbeza dan ini perlu ditukar sekiranya bukan hos untuk minyak.

 

Bahagian ketiga yang perlu di periksa adalah pam yang boleh di picit. Sekiranya pump dalam keadaan keras setelah dipicit beberapa kali untuk memenuhkan minyak di bahagian filter maka pump tersebut dalam keadaan baik tetapi jika ia lembut dan terasa kosong maka ada kebocoran atau pam tersebut perlu ditukar.

 

Bahagian keempat periksa filter dan cuci bahagian dalam filter supaya apa jua benda asing dikeluarkan dan pasang semula dengan ketat. Periksa hos masuk dan hos keluar ke carburetor dalam keadaan ketat.

 

Akhir sekali servis carburetor dengan membuka semua skru laluan minyak dan bersihkan menggunakan berus serta dikeringkan menggunakan angin bertekanan tinggi supaya benda asing yang melekat pada salur minyak carburetor dapat dibuang.

 

 

Published by
Amang