Di sini, kami memperlihatkan tatacara mengambil telur belangkas dari cengkerang dan cara-cara memasangnya pada mata kail.
Step 1
Proses mengambil telur belangkas perlu dilakukan secara cermat dan berhati-hati. Lendir atau urat dari telur ini perlu diambil sekali. Jangan ambil telur saja. Nanti susah nak cangkuk kat mata kail kerana ia memegang telur dengan sempurna.
Step 2
Ads
Inilah rupa telur belangkas serta urat dan lendir yang telah berjaya dikeluarkan dari cengkerang. Ia menjadi rebutan ikan-ikan pemangsa dan pelbagai spesies lain apabila belangkas melepaskan telurnya.
Step 3
Ads
Ambil urat dan lendir yang disaluti telur tu dan cangkuk pada mata kail seperti biasa. Cara cangkuk lebih kurang macam kita guna umpan hirisan ikan atau sotong.
Step 4
Ads
Cangkuk sampai umpan menutupi mata kail tetapi pastikan point mata kail itu tercucuk keluar dari umpan supaya mudah tercangkuk pada mulut ikan.
Step 5
Inilah rupa yang dah siap. Tapi kalau nak elak umpan ni tercabut semasa proses melontar, korang disarankan ikat umpan ni dengan benang elastik atau tali benang biasa. Jadi, kalau dibaling kuat tu taklah bersepai umpan korang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan patin (Pangasius sp.) merupakan salah satu ikan asli perairan Malaysia. Jenis–jenis ikan patin sangat banyak, antara lain Pangasius pangasius, Pangasius jambal, Pangasius humeralis, Pangasius lithostoma, Pangasius nasutus, pangasius polyuranodon, Pangasius niewenhuisii.
Ikan patin memiliki bentuk tubuh memanjang, berwarna putih perak dengan atas badan berwarna hitam kebiruan. Ikan patin tidak memiliki sisik, kepala ikan patin relatif kecil dengan mulut terletak di hujung kepala agak ke bawah. Hal ini merupakan ciri utama keluarga catfish.
Panjang tubuhnya dapat mencapai 120cm. Sudut mulutnya terdapat dua pasang kumis pendek (barbel) yang berguna sebagai deria pengesan.
Sirip dorsal memiliki duri keras yang berubah menjadi patil yang besar serta bergerigi di tepiannya, sedangkan duri-duri lembut pada sirip dorsal terdapat 6 – 7 unit.
Pada permukaan belakang badannya ada sirip dorsal kedua (adipose fin) yang ukurannya sangat kecil dan sirip kaudalnya membentuk cagak dengan bentuk simetris. Sirip analnya agak panjang dan mempunyai 30 – 33 duri-duri lembut lunak, sirip pelviknya terdapat 6 duri-duri lembut.
Sedangkan sirip pektoral terdapat satu duri keras yang berubah menjadi senjata yang dikenal sebagai patil (sengat) dan memiliki 12-13 duri lembut.
Habitat dan Tabiat Ikan Patin
Habitat ikan patin ialah di tepi sungai–sungai besar dan di muara-muara sungai dan tasik. Jika dilihat dari bentuk mulut ikan patin yang letaknya sedikit agak ke bawah, maka ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar perairan.
Ikan patin begitu terkenal dan digemari oleh masyarakat kerana daging yang enak dikonsumsi. Patin dikenali sebagai haiwan yang bersifat nokturnal, iaitu melakukan aktiviti atau aktif pada malam hari. Ikan ini suka bersembunyi di liang-liang tepi sungai.
Larva ikan patin di alam semulajadi biasanya bergerombolan dan sesekali muncul di permukaan air untuk menghirup oksigen dari udara pada menjelang awal pagi.
Untuk ternakan ikan patin, medium atau lingkungan yang diperlukan tidaklah rumit, kerana patin termasuk golongan ikan yang mampu bertahan pada lingkungan perairan yang berkualiti rendah.
Walaupun patin dikenal ikan yang mampu hidup pada lingkungan perairan yang rendah kualiti, namun ikan ini lebih menyukai perairan dengan kondisi perairan bersih.
Sungai Keniam terletak di dalam kawasan Taman Negara Pahang. Sebagai sungai yang terletak di dalam Taman Negara, ia tertakluk kepada akta larangan seperti larangan menebang pokok sesuka hati, membuang sampah dan sebagainya.
Perlu mengambil permit memasuki Taman Negara, Lesen Memancing dan Permit Foto serta mengistihar segala peralatan dan kelengkapan di Pos Renjer Perhilitan di Sungai Tahan sebelum masuk dan selepas keluar.
Sentiasa berhati-hati dengan kehadiran binatang liar yang terdapat di sini. Gajah antara haiwan yang banyak berada di persekitaran Sungai Keniam. Terkini, terdapat renjer yang ditempatkan di Lata Said, bertujuan mengawasi kehadiran pemburu haram dan pencari kayu gaharu oleh pendatang asing, terutama dari Thailand.
Masyarakat Asli yang terdapat di sini, adalah dari suku Batek. Antara lubuk popular adalah Perkai, Rincing, Cangkung, Petai, Rawa, Panjang, Batu Terubung dan puluhan lagi lubuk kecil yang lain.
Kasut getah adalah kasut yang sesuai untuk trekking, memijak batuan dan meredah sungai. Pastikan anda memakai saiz yang tepat. Tidak terlalu longgar atau ketat.
Pakai stoking panjang untuk mengelakkan gigitan pacat dan pakai pakaian yang ringan dan bawa pakaian yang mudah kering.
Sentiasa berhubung dengan tekong sebelum bertolak terutama teknik pancingan dan apa yang perlu dibawa. Untuk pancingan dasar ikan kelah, gunakan tali tangsi 15lb ke atas dan tidak melebihi 35lb. Gunakan mata kail saiz sederhana sahaja saiz 12-14. Kekili spinning yang disyorkan bersaiz 3000 ke atas dan rod medium action.
Kepada kaki casting, sentiasa cari lubuk berpotensi. Lontaran gewang atau sesudu perlulah mengikut arus atau sisi arus. Celah batu besar, reba kayu, celahan pokok tumbang ke dalam air, kawasan lata, cegar dan pertemuan cabang sungai antara spot terbaik mendapatkan hasil.
Ikatan palomar merupakan ikatan yang mudah dilakukan. Ia juga ikatan yang kukuh namun ketahanannya bergantung pada sejauh manakah kikisan yang berlaku pada tali ketika melakukan simpulan. Ia mungkin kurang ketahanan jika menggunakan tali atau perambut mono tetapi amat kukuh jika menggunakan tali sulam.
Tutorial 1
Lipatkan tali menjadi dua bahagian kemudian hujung lingkaran tali dimasukkan ke dalam gelung cincin snap.
Tutorial 2
Buatkan satu simpulan biasa, tetapijangan diketatkan simpulan yang terhasil. Biarkan ia longgar saja.
Tutorial 3
Ambil bahagian kili yang bebas dan masukkan ke dalam hujung lingkaran tali.
Tutorial 4
Masukkan sepenuhnya hujung lingkaran tali hingga bahagian bahagian bawah kili.
Tutorial 5
Kemudian tarik bahagian tali utama dan juga hujung kili perlahan-lahan. Pastikan simpulan terhasil dengan baik tanpa bertindan atau berpintal.
Apabila simpulan terhasil dengan kemas dan ketat, potong bahagian hujung lebihan tali yang tidak diperlukan. Ikatan terhasil dalam tempoh yang sangat singkat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...