Cara Guna Serbuk Power Umpan Patin

Share

 

Sekiranya anda pernah menggunakan umpan berasaskan cecair seperti pes Umpan Ulong Chili Red, pastinya anda sudah terbiasa dengan hasil pancingannya. Namun penggunaan pes agak terhad kerana akan menyebabkan roti menjadi lembik. Kelemahan ini diatasi dengan menggunakan serbuk berperisa Chili Red.

 

Bahan:

2 Bungkus roti bun

1 Paket Serbuk Powder Chili Red.

Setengah biji Kelapa Parut.

4 Penutup Umpan Ulong Chili Red.

6 keping roti sandwich Mighty White

 

TUTORIAL 1

6 keping roti Mighty White dipotong dadu sebesar kuku jari kelingking. Roti dadu ini akan dijadikan inti atau roti dadu yang akan dicangkuk pada mata kail.

 

 

TUTORIAL 2

Masukkan roti dadu (inti) ke dalam bekas bancuhan, kemudian tuangkan 2 penutup botol pes Chili Red, dan digoncang rata. Kemudian masukkan pula serbuk Powder Chili Red secukup rasa dan ratakan.

 

 

TUTORIAL 3

Siatkan atau buangkan bahagian kulit roti bun sebanyak dua bungkus itu. Kemudian carik-carikkan roti bun sehingga menjadi cebisan yang kecil.

 

 

TUTORIAL 4

Masukkan roti bun yang telah dicarik ke bekas bancuhan berasingan, kemudian taburkan serbuk Powder Chili Red sehingga rata ke permukaan roti bun tersebut. Kemudian gaul ia hingga rata.

 

 

 

TUTORIAL 5

Masukkan pula setengah biji kelapa parut dan digaul rata. Tambah lagi serbuk Powder Chili Red secukup rasa dan gaul rata kesemuanya.

 

 

 

TUTORIAL 6

Masukkan pula 2 penutup pes Chili Red dan gaul rata dan letak umpan dalam bekas yang bertutup. Sebaiknya umpan diperam semalaman agar proses perapan berlangsung dengan sempurna.

 

 

 

Published by
Amang