Sekiranya anda pernah menggunakan umpan berasaskan cecair seperti pes Umpan Ulong Chili Red, pastinya anda sudah terbiasa dengan hasil pancingannya. Namun penggunaan pes agak terhad kerana akan menyebabkan roti menjadi lembik. Kelemahan ini diatasi dengan menggunakan serbuk berperisa Chili Red.
Bahan:
2 Bungkus roti bun
1 Paket Serbuk Powder Chili Red.
Setengah biji Kelapa Parut.
4 Penutup Umpan Ulong Chili Red.
6 keping roti sandwich Mighty White
TUTORIAL 1
6 keping roti Mighty White dipotong dadu sebesar kuku jari kelingking. Roti dadu ini akan dijadikan inti atau roti dadu yang akan dicangkuk pada mata kail.
Ads
TUTORIAL 2
Masukkan roti dadu (inti) ke dalam bekas bancuhan, kemudian tuangkan 2 penutup botol pes Chili Red, dan digoncang rata. Kemudian masukkan pula serbuk Powder Chili Red secukup rasa dan ratakan.
TUTORIAL 3
Siatkan atau buangkan bahagian kulit roti bun sebanyak dua bungkus itu. Kemudian carik-carikkan roti bun sehingga menjadi cebisan yang kecil.
Ads
TUTORIAL 4
Masukkan roti bun yang telah dicarik ke bekas bancuhan berasingan, kemudian taburkan serbuk Powder Chili Red sehingga rata ke permukaan roti bun tersebut. Kemudian gaul ia hingga rata.
Ads
TUTORIAL 5
Masukkan pula setengah biji kelapa parut dan digaul rata. Tambah lagi serbuk Powder Chili Red secukup rasa dan gaul rata kesemuanya.
TUTORIAL 6
Masukkan pula 2 penutup pes Chili Red dan gaul rata dan letak umpan dalam bekas yang bertutup. Sebaiknya umpan diperam semalaman agar proses perapan berlangsung dengan sempurna.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebagaimana diketahui, ikan kaloi merupakan spesies ikan omnivor. Ikan ini memakan apa sahaja seperti rumpai air, ikan kecil, katak, cacing, organisma akuatik yang kecil malah hidupan akuatik yang telah mati juga dimakan oleh ikan kaloi.
Oleh yang demikian, kaloi boleh dipancing dengan umpan alternatif atau umpan yang digunakan untuk memancing ikan lampam atau patin.
Bahan-Bahan Keperluan:
Dedak ayam
Dedak 929
Roti sandwic
Pes perisa strawberi
Spring mata kail
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Gaul dedak ayam bersama dedak 929 sebanyak mana yang dingini.
Langkah 2
Campur sedikit pes perisa stawberi ke dalam campuran dedak ayam dan dedak 929 (jika perlu).
Langkah 3
Potong dadu roti sanwic dan kemudian curahkan pes perisa stawberi ke atasnya.
Cara Menggunakan umpan:
Langkah 1
Kepalkan campuran dedak dan lontarkan ke spot pancingan yang dipercayai terdapat ikan kaloi, Ia berfungsi sebagai rasuah untuk menarik ikan kaloi datang atau kekal berada di situ.
Langkah 2
Cucukkan roti dadu pada mata kail dan kepalkan spring tersebut dengan bancuhan dedak. Kemudian lontar ke kawasan yang telah dirasuah. Tunggu hasilnya!
Orang kata tak perlu susah-susah buat umpan ikan keli… beli je cacing. Betul memang la betul tapi kalau ada makan lebih baik pasti keli akan cari yang lebih baik. Lebih-lebih lagi kalau umpan tinggi protein macam telur ayam muda.
Tentu ramai yang keliru dengan istilah telur ayam muda. Telur ayam muda bukanlah bermaksud telur yang ditelurkan oleh ayam muda, sebaliknya telur yang masih berada dalam ovari ayam yang belum sempurna. Lazimnya ia diperoleh jika menyembelih ayam yang belum habis bertelur atau akan bertelur.
Telur ini biasanya terdiri dari gugusan telur kuning tanpa cengkerang kulit telur. Selain enak dijadikan makanan, ia juga boleh dijadikan umpan memancing. Ia boleh digunakan secara terus atau diproses bersama bahan-bahan lain untuk dijadikan umpan memancing ikan bermisai terutamanya ikan keli.
Barang keperluan:
1 kg telur muda
3 paket Nestum segera
1/2 keping ragi tapai (boleh juga guna yis)
2 bungkus roti bun
Minyak JS
Tepung jagung
Cara menghasilkannya:
Hancurkan setengah keping ragi tapai, kemudian masukkan ia bersama telur muda ke dalam bekas pengisar.
Kisar seketika, kemudian campurkan 3 paket Nestum dan 3 penutup botol Minyak JS. Kisar sehingga adunan menjadi sebati.
Koyakkan carik-carikkan roti bun (2 bungkus) menjadi cebisan kecil di dalam bekas kedap udara.
Curahkan adunan bahan yang dikisar ke atas cebisan roti dan gaul sehingga ia sekata sepenuhnya.
Tutup bekas kedap udara dan simpan atau peram selama 4 hari.
Cara menggunakannya:
Jika adunan umpan agak lembik, tambahkan sedikit tepung gandum sehingga ia boleh dikepal atau dicangkukkan pada mata kail.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...