Berdasarkan pengalaman, ikan cupak jarang menyambar gewang ketika proses trolling atau menunda gewang. Tetapi lebih berkesan jika jigging atau casting. Waktu siang aktiviti casting biasanya tertumpu di sekitar tepi pulau atau batu karang terutama ketika air besar.
Gewang selaman dalam untuk casting amat sesuai untuk spesies bermata besar ini. Gewang bersaiz 14 ke bawah dan berwarna garang menjadi pilihan bagi pengemar casting di kawasan batu ini. Selain itu, sesudu, metal jig dan popper juga boleh digunakan di kawasan yang sama.
Waktu malam metal jig yang boleh menyimpan cahaya (luminous) banyak digunakan secara meluas selain jig yang berkilat dengan kilauan chrome. Jig yang bercahaya pada malam hari mempunyai daya tarikan yang kuat kerana ia mudah dikesan oleh kumpulan cupak.
Pemancing mempunyai pilihan sendiri merujuk kepada kuasa membeli dan keberkesanan ia digunakan dalam satu-satu keadaan. Lebih tepat lagi tidak semua produk sesuai pada satu-satu masa. Pelbagai jenama dan jenis diperlukan setiap kali pemancing pergi melakukan aktiviti casting dan jigging.
Bagi yang mengunakan umpan pula, ikan terbang adalah yang terbaik memburu cupak. Hanyutkan ia di belakang bot keluar sedikit dari kawasan cahaya lampu di mana kawanan cupak dikenal pasti bermain dan menangkap ikan liar.
Umpan ikan terbang hidup ini sukar diperolehi kecuali yang berjaya disauk apabila datang menghampiri bot pada waktu malam.
Selain itu sotong cumit (sama ada seekor hidup atau hirisan), udang (anda boleh cuba udang lipan) hidup) boleh digunakan sekiranya tiada pilihan umpan. Labuhkan sama ada hanyut, pertengahan air ataupun dasar kerana cupak meronda di semua kolum air.
Cupak adalah jenis ikan yang suka menyambar secara tiba-tiba. Peralatan yang digunakan perlu ada kemampuan memberi, menahan dan mengepam ikan terutama saiz yang melebihi 5kg.
Ini kerana tabiat cupak (kalau yang merembat di atas air) akan melarikan tali pancing, jadi anda perlu `beri tali’, kemudian ia menjunam di pertengahan air, ‘bertahan’ dan berlegar di bawah permukaan air, kemudian ia adalah masa untuk mengarau tali.
Untuk aktiviti popping dan casting, kekili jenis spinning lebih mudah dikendalikan, jigging dan teknik umpan alami lebih sesuai mengunakan kekili multiplier. Ramai pengemar casting dan jigging mengunakan tali sulam atau braided kerana mudah dan cepat membalas.
Jika mengunakan mono sambungkan tali sulam 10 hingga 30 kaki di hadapan sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan jig akan singgah ke muka anda!
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15lb hingga 30lb. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 20lb hingga 40lb cukup memadai kerana ia memberi peluang ikan untuk fight dengan kita. Itu sebenarnya yang kita mahu!
Kekili menegak model bulat (round bc) seperti Shimano Calcutta Conquest atau ramai yang suka memanggilnya CQ memang memiliki peminatnya tersendiri. Ia memang cukup istimewa, lebih-lebih lagi model 50S shallow spool ini kerana ia limited edition.
Oleh kerana itu amat penting untuk kita menyelenggaranya dengan baik. DIY kali kami cuba untuk menerangkan bagaimana untuk servis kekili ini, moga ia memberi manfaat untuk kaki pancing yang memilikinya keberanian untuk melakukan servis sendiri.
Step 8
Buka skru bearing untuk keluarkan bearing yang terdapat di dalamnya.
Step 9
Keluarkan bearing pertama dan kendalikan dengan cermat.
Step 10
Buka skru pada main shaft untuk keluarkan bearing seterusnya.
Step 11
Pada main shaft, anda perlu membuka C-klip yang terdapat pada main shaft untuk keluarkan bearing main shaft.
Step 12
Kemudian, beralih pada bahagian tension knob kekili. Buka tension knob pada kekili.
Step 13
Tolak klip untuk keluarkan bearing tension knob.
Step 14
Terdapat satu bearing pada side plate dan buka tolak klip pada bahagian tersebut untuk keluarkan bearing yang ada.
Step 15
Pada bahagian spool pula, gunakan spool pin remover untuk mengeluarkan bearing pada spool.
Step 16
Kumpul bearing yang dikeluarkan dan rendam dalam minyak Zippo untuk cuci kotoran lama pada bearing yang boleh mengurangkan prestasi kekili.
Step 17
Bahagian dalam badan kekili juga dicuci dan dibersihkan menggunakan berus yang lembut. Setelah semua selesai, pasang kembali semua mengikut turutan yang betul. Sila pastikan anda menyusun dengan cermat supaya mudah untuk memasang kembali.
Step 18
Contoh susunan yang teratur dan cermat. Ingat! Pengendalian tersusun begini perlu untuk memudahkan anda ketika memasang semula dan ingat part yang dibuka selain kurangkan risiko kehilangan.
Ada yang mendakwa beliau adalah seorang pengamal pancingan tangkap dan lepas (CnR) dan bukannya seorang kaki tapau apabila melepaskan kembali hasil tangkapannya.
Sedangkan dia menggunakan peralatan tidak setanding dengan kekuatan ikan dan bertarung lebih lama dari tempoh yang sepatutnya.
Hakikatnya, perbuatan tapau itu lebih baik daripada membebaskan kembali hasil tangkapan yang tidak pasti keselamatan dan jangka hayatnya.
Sekiranya korang ingin menjadi seorang pengamal pancingan tangkap dan lepas, maka lakukanlah konsep tangkap dan lepas sepenuhnya.
➡ Sila cuba mendaratkan ikan anda secepat yang mungkin. Ini mengelakkan dari paras asid lactic dalam ikan menjadi terlalu tinggi dan mungkin membunuhnya.
➡ Gunakan tangguk, bukan cangkuk (gaff). Tangguk perlulah dari bahan jaring yang halus dan tidak mencederakan sisik ikan.
➡ Basahkan tangan anda sebelum anda memegang ikan. Ini mengelakkan dari lendir ikan dikikiskan. Lendir ini adalah agen pertahanannya dari penyakit!
➡ Jika boleh biarkan ikan didalam air ketika anda menanggalkan mata kail.
➡ Setelah menanggalkan mata kail, pegang ekornya di dalam air, dan olakkan ikan sehingga ia mula meronta, kemudian lepaskanlah ia.
➡ Jika anda ingin mengambil gambar ikan, buatlah secepat mungkin. Setiap saat ikan itu di luar air, maka semakin kurang peluangnya untuk hidup.
Jangan gantung ikan dari insang atau bibirnya saja. Ini merosakkan organ dalamannya. Gunakan kedua-dua tangan anda, biarkan ikan itu dalam posisi mendatar.
😳 Jangan sekali-kali melepaskan ikan pendatang balik ke dalam air (kecuali anda memancing di kolam berbayar atau perairan yang tertutup).
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...