Dalam skop perikanan rekreasi, ikan kanai boleh dipancing dengan tiga kaedah utama. Pertama, melalui kaedah pancingan dasar menggunakan umpan.
Namun teknik pancingan ini kurang dipraktikkan kecuali oleh segelintir nelayan sungai dengan kaedah merawai.
Teknik yang banyak diamalkan para pemancing masa kini ialah melontar dan menunda gewang atau casting dan lure trolling.
Dari segi keberkesanan, teknik trolling ternyata lebih efektif berbanding casting namun dari segi kepuasan, memperoleh sambaran ketika casting jauh lebih trolling.
Namun untuk memperoleh strike walaupun dari seekor baby kanai bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara perlu dititikberat.
Antaranya ialah faktor cuaca, situasi air dan lokasi lubuk. Dikatakan juga, peratusan untuk memperoleh strike lebih tinggi berlaku di kawasan sungai utama dan anak sungai yang berair payau tersebut masih jarang dimasuki manusia.
Begitu juga dengan pengaruh cuaca. Waktu terbaik untuk memperoleh strike ialah kawasan padang pancing tersebut tidak dituruni hujan untuk tempoh dua atau tiga hari sebelum hari kejadian.
Dengan cuaca yang baik pada hari tersebut barulah peluang untuk strike bakal menyebelahi pemancing.
Sementara faktor warna atau kejernihan air turut memainkan peranan tersendiri.
Dikatakan, warna air sungai relatif normal dalam segi kejernihan adalah terbaik kerana tembaring tidak berminat dengan air yang masih memiliki warna sama dengan kejernihan air laut dan tidak juga menyukai air yang keruh seperi air sungai yang tawar.
Seperkara lainnya, pasang dan surut air juga merupakan faktor yang tidak boleh diabaikan. Malah ia amat penting untuk tidak mengadakan trip casting pada keadaan air pasang besar
dan juga bukan pada air terlalu surut karena faktor ini akan mempengaruhi sifat laku ikan dan juga corak warna air.
Keadaan air begini juga akan mempengaruhi tindakbalas ikan samada ikan menjadi pasif atau sebaliknya.
amalkan konsep tangkap dan lepas bagi spesies kanai
Improved Albright Knot merupakan ikatan bagi menyambungkan tali utama (tali sulam atau braided) dengan perambut kejutan atau shock leader sama ada mono filamen atau fluorocarbon.
Ia satu ikatan yang agak mudah untuk dilakukan tetapi sangat kemas.
Langkah 1
Lingkarkan hujung perambut (floruocarbon) dan pegang keduanya bersama.
Langkah 2
Ambil tali utama (tali sulam) dan masukkan hujungnya melalui bawah lingkaran.
Langkah 3
Panjang tali utama untuk dibuat lilitan sekurang-kurangnya 6 inci dan mulakan lilitan pada lingkaran tersebut
Langkah 4
Buat lilitan 7-10 kali
Langkah 5
Teruskan lilitan dengan melawan arah pula
Langkah 6
Lakukan lilitan dengan jumlah yang sama seperti lilitan tadi
Langkah 7
Masukkan hujung tali utama ke dalam lingkaran dari bahagian atas pula
Langkah 8
Pegang kedua-dua tali dan tarik sehingga ketat. Boleh basahkan lilitan untuk ikatan yang lebih kemas
Langkah 9
Ikatan Improved Albright yang sudah boleh digunakan.
Langkah 10
Sulamkan tali utama dengan mulakan dari bahagian atas dan tarik hingga ketat
Langkah 11
Selangseli pula dengan sulaman dari bahagian bawah
Langkah 12
Setelah terhasil sulaman sekitar 10 kali, matikan simpulan tersebut
Langkah 13
Potong lebihan tali utama dan tali perambut
Langkah 14
Sebaiknya juga bakar hujung tali untuk kemasan yang lebih baik
Di Malaysia, sebarau atau badong boleh dikatakan ikan pancingan sukan yang paling terkenal dan paling mengujakan.
Daya tentangan ikan ini cukup kuat dan boleh dikategorikan antara spesies pemangsa yang terhandal.
Kekuatan sebarau boleh dirasakan sejak dari mula spesies ini menghentam gewang sehinggalah sewaktu mendaratkan ikan ini.
Bagi teknik mengilat, penggunaan paling mudah, efektif dan popular ialah penggunaan sesudu.
Penggunaan sesudu sangat berkesan untuk digayakan di lokasi yang berair tidak terlalu dalam serta berarus.
Bagi lokasi seperti sungai-sungai pergunungan, selalunya penggunaan sesudu tidak mengecewakan.
Larian sesudu serta kilauan pada sesudu biasanya akan menarik perhatian spesies ini untuk mengejar dan menghentam sesudu.
Selain itu, penggunaan gewang selaman sama ada selaman sederhana dan selaman dalam turut berkesan menjerat sebarau.
Sebarau yang bersaiz lebih besar biasanya mendiami kawasan yang lebih dalam dan penggunaan gewang selaman berkesan menarik perhatian sebarau.
Satu lagi gewang tiruan yang cukup popular ialah gewang permukaan. Saya sendiri menganggap, dalam banyak-banyak gewang, gewang jenis ini paling mengujakan.
Anda sendiri cuba bayangkan, setibanya di satu teluk di awal pagi, ketika itu hujan sedang turun gerimis, gewang pensil di lontar jauh, sebelum dimainkan dengan perlahan.
Sedang mata memerhatikan lenggokan gewang berkenaan, satu deburan kuat kedengaran, serta-merta degupan jantung berkali ganda kuat degupannya.
Satu tarikan padu berlaku pada kekili anda dengan tali berdecit muntah keluar sebelum asakan tersebut cuba ditahan dengan kemas.
Tiada yang lebih nikmat melainkan merasai saat pertarungan tersebut. Sama ada ia berpihak kepada ikan atau anda itu terpulang pada skill dan juga peralatan memancing yang anda gunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...