Salah satu cara ikan untuk mengesan makanan adalah melalui deria bau. Sensor mengesan bau yang ada pada ikan bahkan lebih efektif berbanding deria penglihatan khususnya mengesan makanan di dalam air yang keruh atau kawasan yang kurang ditembusi cahaya.
Salah satu medium penyebaran bau yang bagus di dalam air minyak. Khususnya minyak yang telah diadun menjadi umpan untuk memikat ikan. Umpan 3D ini sesuai digunakan untuk menambah daya pikat pancingan air tawar dan air masin.
Langkah 1
Kelar sedikit umpan ikan yang akan digunakan.
Ads
Langkah 2
Picitkan minyak Umpan 3D ke bahagian yang dikelar.
Langkah 3
Ads
Untuk lebih berkesan, boleh dicurahkan pula serbuk Matsumoto cacing tanah. Kemudian perapkan seketika sebelum dijadikan umpan.
Untuk pancingan air masin.
Ads
Kopek kulit udang kemudian hiris atau kelar sedikit badan udang.
Picit minyak Umpan 3D pada badan umpan dan kemudian biarkan seketika minyak tersebut menyerap pada udang.
Cucukkan udang atau umpan tersebut pada mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin buat senarai persediaan perlu untuk memancing di laut iaitu umpan, kekili, joran, saiz tali, ladung, perambut serta teknik dan waktu terbaik?
JAWAPAN:
Umpan
Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti. Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling, ikan tongkol dan sotong pasar mencukupi untuk setiap trip.
Kekili
Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar menjadi tapi teknik hanyut, jigging, popping dan tundaan. Jadi, tiga set kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang kerosakan.
Joran
Untuk pancing dasar dan pancing tundaan sesuai kalau kita membawa panjang 2meter hingga 2.5 meter) dengan aksi berat 30/80 paun, 50/80 paun atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg. Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, joran 2.5meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).
Saiz tali
Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80lb hingga 100lb untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50lb hingga 80lb jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam 60lb hingga 80lb dan disambung dengan tangsi kekuatan 80lb hingga 100lb sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).
Batu ladung
Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama.
Saya amat meminati pancingan di muara dan gemar memburu ikan-ikan bersengat seperti sembilang. Baru-baru ini akibat kurang berhati-hati saya telah terkena sengat ikan sembilang ini dan bisanya terpaksa saya tanggung selama beberapa hari.
Bolehkah admin kongsi bersama saya dan pemancing yang lain antara petua untuk menghilangkan bisa akibat sengatan ikan bersengat ini?
JAWAPAN:
Ikan bersengat ni ada bermacam-macam jenis. Sembilang, duri, pari, usat-usat dan belukang antara ikan bersengat yang perlu dikendalikan dengan berhati-hati bila menaikkannya. Bisa akibat sengatan ini memang boleh memakan masa untuk sembuh dan ada juga kes yang boleh membawa maut. Cara moden yang biasa digunakan ialah mendapatkan suntikan di klinik mahupun hospital.
Namun, ada juga petua orang-orang lama yang boleh kita gunakan jika terkena sengatan ikan bersengat seperti sembilang ini. Antara petua yang paling popular digunakan ialah dengan meletakkan asam jawa pada tempat yang terkena sengatan tersebut dan biarkan untuk beberapa minit. Insyaallah kesakitan akan beransur hilang.
Cara lain yang boleh digunakan ialah gunakan 2 atau 3 sudu serbuk kopi dan campurkan air panas yang mendidih. Kemudian, ambil kain dan sapukan di tempat yang disengat. Jika kesakitan masih berterusan, cepat-cepatlah dapatkan rawatan selanjutnya di klinik ataupun hospital.
Ia menjadi satu kemestian bagi semua pemancing bagi memastikan peralatan memancing diselenggara dengan sempurna. Tidak mengira padang pancing yang dilalui, kesemua peralatan pancing terutamanya joran dan kekili perlu diselenggara sebaik saja ia digunakan. Jangan sesekali membiarkannya tersimpan begitu saja selepas digunakan.
Cara Mencuci Peralatan
Tidak kira jika anda baru pulang dari laut atau sungai, sebaiknya cuci peralatan berkenaan dengan sabun mandian, syampu atau syampu kereta (elakkan mengguna sabun pencuci, apatah lagi bahan peluntur). Begitu juga dengan rod atau joran, pastikan anda bersihkan dan cuci pada bahagian pemegang dan juga setiap cincin.
Ketatkan Drag
Pastikan drag dan gelendung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bagi mengelakkan air memasuki bahagian dalam kekili (housing). Kemudian anda bolehlah cuci dan membilasnya dengan air paip.
Lap & Keringkan
Biarkan seketika sehingga kering. Lap menggunakan kain sekiranya terdapat lebihan air yang terkumpul. Apabila ianya kering, longgarkan kembali drag dan gunakan minyak seperti minyak gris, minyak kelapa atau minyak pelincir mesin jahit.
Longgarkan Drag
Setelah itu, longgarkan drag kekili atau beri ruang kelegaan kepada drag anda sebelum menyimpannya. Sila simpan di tempat yang tidak terdedah kepada habuk seperti dalam beg, kotak atau bungkus bungkus saja dalam beg plastik.
Pisahkan Peralatan
Sekiranya tidak akan memancing bagi tempoh masa yang agak panjang, sebaiknya pisahkan joran dan kekili. Simpan joran dan kekili di tempat yang sesuai.
Menyimpan Gewang
Bagi kaki casting, sebaiknya, masukkan gewang yang telah anda gunakan terutama jika casting di laut di dalam baldi yang mengandungi air sabun. Bilas, dan jemur di bawah cahaya matahari di tempat yang selamat sehingga kering. Ia bertujuan mengelakkan swivel, mata tiga atau tunggal berkarat.
Penjagaan Aksesori
Jika menggunakan playar mudah karat, ia hendaklah dicuci setiap kali selesai memancing. Semburkan WD-40 pada bahagian spring tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian yang bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga plier tersebut tidak ketat lagi atau telah lancar pergerakkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...