Siput merupakan antara umpan alternatif bagi kaki pancing ketika memancing. Namun kulit siput juga menjadi perumah bagi sejenis spesies yang sangat padu dijadikan umpan memancing ikan bermisai seperti sembilang atau duri.
Ketika kunjungan ke Kuala Ibai, Terengganu, penulis sempat menimba sedikit ilmu berkaitan umpan umang-umang. Pemancing di sini gemar menghabiskan waktu petang dengan memancing di kawasan berbatu di Kuala Ibai.
Antara umpan popular ialah siput ka’ki (siput berkaki), nama gelaran tempatan untuk umang-umang yang menjadikan kulit siput sebagai perumah.
Ikan kitang antara spesies ikan yang dinaikkan hasil umpan ini. Umpan ini sesuai untuk memancing ikan di kawasan berbatu seperti kerapu, kitang, gelama, sembilang, duri atau ketuka.
Ads
Cara-Cara Menyediakan Umpan
Cara 1
Cara menggunakan siput ini dengan memecahkan cengkerangnya.
Cara 2
Ads
Rupa siput ka’ki apabila cangkerangnya dipecahkan.
Cara 3
Siput ini mempunyai sepit seakan ketam dan kaki seakan labah-labah.
Ads
Cara 4
Keluarkan badannya perlahan-lahan agar bahagian atas badannya tidak rosak.
Cara 5
Cangkukkan pada mata kail daripada bahagian atas badannya yang lembut agar kaki dan sepitnya bergerak ketika di dalam air untuk menarik perhatian ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan makan serai ke? Kalau difikirkan macam tak logik tapi itulah kenyataannya. Walau bagaimana pun bukanlah serai sebatang itu dicucuk pada mata kail untuk dijadikan umpan. Sebaliknya serai diproses kemudian dijadikan umpan tepung.
Umpan tepung (umpan campuran tepung, minyak dan perisa) merupakan antara umpan bajet pilihan ramai pemancing kolam air tawar ketika ini. Selain dari penyediaannya yang ringkas, ia juga berkesan untuk menjerat ikan-ikan patin bersaiz besar yang agak culas memilih umpan.
Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Pes perisa pandan Double Lion
Minyak serai Eddy Jawa
Minyak masak
Esen tebu
Esen pisang
Cara penyedian umpan:
Tutorial 1
Sediakan bekas, masukkan minyak masak secukup rasa (bergantung kepada seberapa banyak umpan yang ingin dibuat).
Tutorial 2
Masukkan pes perisa pandan sebanyak 6 penutup botol.
Tutorial 3
Masukkan minyak serai senyak 6 penutup botol.
Tutorial 4
Seterusnya masukkan esen tebu sebanyak 2 penutup dan esen pisang juga sebanyak 2 penutup botol.
Tutorial 5
Bancuh campuran minyak, pes dan perisa ini hingga ia sebati.
Tutorial 6
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga memperolehi adunan bersesuian dengan kemahuan anda.
Tutorial 7
Adunan yang bagus ialah tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu lembik. Sekadar membolehkan ia dikepal dengan baik pada mata kail dan tidak berderai ketika membuat lontaran.
Umpan Sos Papazola yang tersedia dijual boleh digunakan secara terus sama ada digunakan dengan roti atau palet. Akan tetapi, jika Sos Papazola ini dicampur dengan beberapa perisa lainnya, ia akan menguatkan daya tarikan ikan untuk memakan umpan. Khususnya dari aspek bau.
Bahan-bahan keperluan:
8 penutup botol sos Papazola
40 ml Papa Paste Pandan
10 ml Papa Paste Durian
1 kg palet E8
250 ml air panas
Cara Penyediaan Umpan:
Masukkan 1 kg palet E8 (boleh juga gunakan palet 6363 atau 920) ke dalam bekas bancuhan bertutup.
Tuangkan 250 ml air panas ke atas palet dan segera goncang agar setiap biji palet diserapi air. Perap kira-kira 15 minit dan bolehlah goncang beberapa kali dalam tempoh tersebut.
Curahkan sebanyak 8 penutup botol sos Papazola ke atas palet dan goncang sehingga palet sekata. Biarkan atau perap lagi palet di dalam bekas bertutup selama 15 minit.
Tuangkan pula kira-kira 40 ml Papa Paste pandan ke atas palet dan goncang. Kemudian masukkan pula 10 ml Papa Paste durian dan goncang. Perap seketika dan umpan sudah boleh digunakan.
Orang kata tak perlu susah-susah buat umpan ikan keli… beli je cacing. Betul memang la betul tapi kalau ada makan lebih baik pasti keli akan cari yang lebih baik. Lebih-lebih lagi kalau umpan tinggi protein macam telur ayam muda.
Tentu ramai yang keliru dengan istilah telur ayam muda. Telur ayam muda bukanlah bermaksud telur yang ditelurkan oleh ayam muda, sebaliknya telur yang masih berada dalam ovari ayam yang belum sempurna. Lazimnya ia diperoleh jika menyembelih ayam yang belum habis bertelur atau akan bertelur.
Telur ini biasanya terdiri dari gugusan telur kuning tanpa cengkerang kulit telur. Selain enak dijadikan makanan, ia juga boleh dijadikan umpan memancing. Ia boleh digunakan secara terus atau diproses bersama bahan-bahan lain untuk dijadikan umpan memancing ikan bermisai terutamanya ikan keli.
Barang keperluan:
1 kg telur muda
3 paket Nestum segera
1/2 keping ragi tapai (boleh juga guna yis)
2 bungkus roti bun
Minyak JS
Tepung jagung
Cara menghasilkannya:
Hancurkan setengah keping ragi tapai, kemudian masukkan ia bersama telur muda ke dalam bekas pengisar.
Kisar seketika, kemudian campurkan 3 paket Nestum dan 3 penutup botol Minyak JS. Kisar sehingga adunan menjadi sebati.
Koyakkan carik-carikkan roti bun (2 bungkus) menjadi cebisan kecil di dalam bekas kedap udara.
Curahkan adunan bahan yang dikisar ke atas cebisan roti dan gaul sehingga ia sekata sepenuhnya.
Tutup bekas kedap udara dan simpan atau peram selama 4 hari.
Cara menggunakannya:
Jika adunan umpan agak lembik, tambahkan sedikit tepung gandum sehingga ia boleh dikepal atau dicangkukkan pada mata kail.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...