Cara-Cara Menguatkan Bibir Gewang

Share

Tengah syok bertarung dengan monster tiba-tiba lucut… bila tarik terasa ringan. Tengok-tengok gewang dah lebuh, yang tinggal cuma bibir gewang saja. Insiden bibir gewang tercabut bukanlah perkara baru dan bukan berlaku pada gewang tertentu sahaja. Dan untuk mengatasi insiden yang tidak diingini berlaku, kami ada cara untuk korang pelajari.

 

Barang-barang keperluan:

  1. Gewang (Rapala Deep Tail Dancer)
  2. Playar
  3. Jarum peniti
  4. Gam gajah.

 

Cara-cara menghasilkannya:

 

Langkah 1

Sebaik-baiknyanya tanggalkan mata kail yang terdapat pada gewang sebelum sebarang kerja dilakukan.

 

Langkah 2

Jarum peniti mestilah dikepit kemas dengan playar sebelum ditekan masuk perlahan-lahan. Jika tangan ada tidak kuat, anda boleh panaskan mata jarum peniti untuk ia mudah menembusi lip atau bibir gewang berkenaan.

 

Langkah 3

Pastikan kedudukan jarum peniti haruslah berada di tengah-tengah mata gewang replika ikan berkenaan. Jika tidak tepat, cabut dan cucuk semula.

 

Langkah 4

Tekan perlahan-lahan hingga ia tembus.

 

Langkah 5

Pastikan jarum peniti tembus sepenuhnya.

 

Langkah 6

Potong lebihan jarum peniti berkenaan dengan menggunakan playar atau pemotong besi.

 

Langkah 7

Akhir sekali titiskan gam gajah bahagian atas dan bawah jarum peniti dan biar sehingga kering.

 

Published by
Amang