Ikan terboi sebenarnya ialah yang mampu menghadirkan keseronokan memancing jika bertemu dengan spesimen yang kasar melebihi 20 cm. Pecutannya agak kencang umpama pecutan ikan rohu. Tidak menghairankan ikan terboi ini turut digelar ikan turbo berikutan kuasa pecutannya. Disebabkan ia merupakan menjadi diet utama kebanyakan ikan pemangsa maka untuk bertemu dengan spesimen yang kasar amat sukar.

 

Cara-Cara Memancing Ikan Terboi!!

 

Pancingan ikan terboi sebenarnya lebih menjurus kepada aktiviti santai pemancing remaja di kawasan perkampungan luar bandar. Ini kerana perairan yang kurang tercemar seperti di perkampungan luar bandar ini habitat yang sesuai untuk survival ikan terboi. Walau bagaimana pun memancing ikan terboi mempunyai pelbagai teknik dan cara.

 

Bila memperkatakan tentang pancingan ikan terboi ini ia secara tidak langsung akan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak kebanyakan pemancing hari ini. Ia antara aktiviti sampingan apabila tiada permainan yang ingin dilakukan bersama kawan lain. Peralatan pancing pun ringkas dan mudah.

Ads

 

Memadai dengan hanya tali tangsi atau tali benang yang digunakan untuk bermain layang-layang dan mata kail sahaja sudah boleh digunakan untuk memancing terboi. Joran pula sekadar batang buluh Cina atau tin susu saja. Umpan pula cacing tanah yang boleh dicari di tepian sungai.

 

Cara-Cara Memancing Ikan Terboi!!

Ads

 

Jika inginkan keseronokan sebenar memancing ikan terboi dengan penggunaan joran dan kekili maka pilihan terbaik adalah set pancingan ultra ringan. Kaedah memancing ikan terboi hampir sahaja dengan memancing lampam sungai atau temperas.

 

Namun mata kail sebaiknya yang halus atau mata kail udang saiz 2-4 amat sesuai digunakan. Selain cacing, terboi amat menyukai biji kekabu dan hirisan kelapa sawit.

Ads

 

Sekiranya anda biasa memancing ikan kelah, pasti anda faham bagaimana pentingnya teknik bersembunyi ketika memancing. Begitu jugalah jika memancing terboi terutamanya jika memancingnya di sungai yang jernih airnya. Ini kerana daya penglihatan ikan terboi amat baik dan tidak akan menghampiri umpan sekiranya terlihat kelibat anda.

 

Cara-Cara Memancing Ikan Terboi!!

 

Seperkara lain, untuk menarik perhatian terboi menghampiri umpan, anda haruslah kerap menabur umpan. Inilah rahsia sebenar untuk pancingan ikan apa-apa pun. Pastikan kumpulan ikan terus kekal berada di kawasan anda melontar umpan bermata kail. Cubalah, pasti anda akan terhibur dengan pancingan ikan terboi juga enak digoreng kunyit.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI