Aksesori memancing ini banyak terdapat di kedai-kedai pancing dan
harganya pun tidaklah semahal mana. Tapi, sekiranya korang yang kreatif,
bertangan seni dan gemar bertukang, tidak salahnya jika ingin menghasilkan sendiri penyelamat gewang.
Barang-Barang Keperluan:
- 2 biji batu ladung buah kana saiz 6 (Untuk lebih berat, boleh
- gantikan batu ladung bersaiz besar).
- Tali sulam 80lb
- Dawai lembut & dawai keras
- Playar
- Marker pen.
Cara-Cara Menghasilkannya:
Langkah 1
Tanggalkan klip pada dawai keras. Jangan dibuang, akan guna semula.
Potong klip berkenaan (rujuk anak panah).
Langkah 2
Gunakan dawai lembut untuk bina model terlebih dahulu.
Langkah 3
Selepas reka bentuk siap, barulah gunakan dawai keras mengikut
model yang telah dibuat. Gunakan marker pen sebagai tanda bahagian
dawai yang perlu dibengkokkan.
Langkah 4
Masukkan sebiji batu ladung pada kaki pendek.
Langkah 5
Masukkan batu ladung yang satu lagi pada kaki dawai panjang
& lipat dawai ikut yang telah ditandakan.
Langkah 6
Betulkan kedudukan dawai yang melintang & cantumkan.
Langkah 7
Tiruskan sedikit pada bahagian muncung (rujuk anak panah).
Langkah 8
Dan sekali lagi di bahagian tengah.
Langkah 9
Lipat hujung untuk dibuat cangkuk.
Langkah 10
Ikat penyambung & batu ladung dengan braided supaya lebih kejap.
Langkah 11
Ambil klip yang dipotong tadi, buang lebihan dawai & bentukan balik gelung tersebut. Boleh juga digunakan untuk ganti klip swivel.
Langkah 12
Ikat klip pada pangkal penyelamat gewang dengan tali braided.
Langkah 13
Aplikasi penyelamat gewang. Sambungkannya dengan tali yang panjang & kuat. Sangkutkan klip & hujungnya pada tali pancing.
Langkah 14
Penyelamat gewang telah pun siap & sedia untuk diuji.