DIY : Buat Batu Ladung Sendiri!!

Share

 

Sebenarnya admin tidak galakkan sangat menghasilkan batu ladung sendiri kerana risiko keracunan dan kecederaan yang berkemungkinan berlaku. Jadi, kalau korang nak buat jugak, maka berhati-hatilah.

 

Tidak dapat dinafikan kos memancing yang semakin meningkat sejajar dengan peredaran zaman membuatkan pemancing merasa sedikit terikat dengan bebanan perbelanjaan untuk kos memancing.

Batu ladung adalah salah satu aksesori yang semakin meningkat harganya. Kalau satu trip memancing lebur 10 biji dek kerana tersangkut semestinya ia membebankan ditambah lagi dengan mata kail dan swivel yang putus.

 

Di sini kita berkongsi membuat batu ladung dari timah pemberat bagi talaan rim kereta.

 

Peralatan yang diperlukan:

 

Timah pemberat roda kereta terbuang

Penunu bunsen

Senduk atau kuali kecil

Dawai untuk pin

Daun Pisang

Tanah

 

Cara Penyediaannya:

 

Langkah 1

 

Timah pemberat rim kereta yang tidak digunakan (boleh juga gunakan timah dalam bateri kereta terpakai).

 

Langkah 2

 

Buatkan lubang pada tanah (tanah di dalam pasu bunga pun boleh) mengikut bentuk dan saiz batu ladung yang dikehendaki.

 

Langkah 3

 

Bentukkan acuan daun pisang seperti corong atau kon ini. Letakkan dawai sebagai cangkuk pada hujung daun pisang.

 

Langkah 4

 

Bakar timah dengan api tinggi. Gunakan playar untuk menambah timah sekiranya kurang. Sila berhati-hati kerana suhunya amat panas.

 

Langkah 5

 

Tuangkan timah cair ke dalam daun pisang yang telah di bentuk tadi. Awas! Sebaiknya guna alat penutup hidung agar tidak menyedut wap timah air yang bertoksin.

Elakkan juga dari terkena pada anggota badan.

 

Langkah 6

 

Setelah itu biarkan ia sejuk dengan sendiri. Apabila sudah sejuk barulah keluarkan batu ladung dari acuannya.

Published by
Amang